Wednesday, May 6, 2009

Kiriman dari Shida


Akhirnya barang-barang yang aku beli dengan Shida sampai ke tangan aku. Barang-barang yang dia hantar termasukla Mom's Precious Cooler Bag Set, Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya dan Soft Structure Carrier (SSC) brand Littlepods. Lega je bila dapat pegang barang-barang ni walaupun tak dapat guna lagi. Thanks Shida!

Rasanya setakat ni sajalah aku beli barang-barang untuk breastfeeding dan babywearing walaupun sebenarnya ada lagi baby carrier yang aku teringin nak beli. Tapi kena tahankan hati sebab lepas ni nak kena shopping barang keperluan untuk baby pulak.

No comments: