Wednesday, May 6, 2009

Peraduan Dwi Ganjaran Dutch Lady 2009 (2)

Sebelum ni aku ada cerita tentang Peraduan Dwi Ganjaran Dutch Lady ni kat sini.

Kelmarin sampai lagi barang yang aku redeem. Yang sampai tuala 12 helai. Rasa macam banyak pulak. Siap dia bungkus dalam kotak besar lagi. Mak aku yang excited bila dapat tuala banyak-banyak macam tu. Aku beri dia 4 helai. Dia komplen jugak sebab tuala tu warna putih takut cepat kotor. Nak buat camna mak? Barang free......heheheh.... Kualiti tuada ok, tebal dan besar. Rasa tak rugi redeem tuala ni. Bekas serba guna hari tu je rasa macam ralat sebab rosak.


Sekarang ni yang belum dapat lagi 3 helai tuala dengan 3 bekas serbaguna. Kena tunggu lagila.....

No comments: