Monday, May 18, 2009

PIKNIK GENG UTARA

Tarikh: 16 Mei 2009 (Sabtu)
Masa: 9.00pagi - 2.00petang
Tempat: Taman Belia @ Youth Park
Warna Tema : Coklat

(Sila abaikan muka kami semua yang berkilat tu ok.....)

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba juga. Awal pagi dah kejutkan semua orang untuk bersiap-siap. Dalam bangun awal, lambat juga jadinya. Biasala dengan budak-budak. Pulak tu bila dah sampai, cari tempat pula satu masalah. Apa-apapun akhirnya sampai jugak ke tempat yang hendak dituju.

Inila Taman Belianya. Aku tak pernah sampai di sini. Tempat cantik dan bersih. Sesuai sangat untuk bawa family berkelah.


Haziq seronok sangat. Tak sabar nak mandi sampai tak mahu makan apa-apa.


Masa aku sampai Shida dah start talk pasal CD. Aku sempat dengar sekerat saja. Lepas tu dia terus sambung pasal Babywearing. Habis talk oleh Shida, giliran Dr. Balkesh pula bagi talk. Actually bukan talk, kira macam sesi perkongsian. Share pengalaman masing-masing dan kalau ada apa-apa soalan/masalah boleh tanya terus dengan dia masa tu.


Aku sibuk nak dengar talk, tapi Hadif sibuk nak suruh aku melayan dia. Nak suruh nyanyi lagu itik....huhuhu...


Lepas tu sesi bersambung dengan talk cara-cara nak selamatkan baby tercekik. Talk ni sangat-sangatlah berguna. Tapi tak tahula berguna untuk aku ataupun tidak sebab kalau perkara ni terjadi dekat aku, maunya aku panik dan menjerit-jerit.



Hadif pun tumpang menyibuk sama....


Sesi bersambung dengan acara lucky draw dikendalikan oleh aku sendiri. Ada 2 jenis lucky draw iaitu untuk orang dewasa dan untuk kanak-kanak. Harap semua happy dengan hadiah yang dapat dan sebarang kekurangan haraplah diampunkan.


Habis semua, acara test baby carrier. Aku mintak Shida ajarkan aku pakai Ring Sling. Tapi Hadif tak ada pulak, sibuk mandi. Terpaksa pinjam anak orang lain untuk buat demo. Akhir sekali acara bergambar beramai-ramai.

(Gumuknya sayer....)

Haziq dan Hadif memang enjoy mandi.


Habis mandi baru teringat nak makan. Ini dia muka orang lapar....


Aku sibuk mengemas, Hadif sibuk nak ambil anak patung Barney orang lain. Tengok kiri, tengok kanan...


Orang tak ada....hehehe....


Masa balik nampak monyet yang banyak dekat Taman Belia tu......


Lama-lama Haziq & Hadif pun tertido. Letih gamaknya.



Begitulah kisah pada hari tu. Seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan baru dan dapat belajar banyak benda baru. Harap-harap gathering seumpama ni dapat diadakan lagi.

4 comments:

Adwindaa said...

hehehehehe.... best...

.:chEyaNtie:. said...

waaaa..best best!tak dapat g sbb husben keje daaaaaa...cis..

waaaa kak aisha dah pakai uniform!heeheheh ala tomey tomeynyer dier

Dayah said...

bestkan togeder geder..
lain kali leh jumpa lg ..selamat berkenalan...

Aishah Megahasz said...

Memang best. Tapi panas rasa macam nak terjun kolam saja..hehehhe...

Cheyantie, tomei ke. Macam tomot je.....gumuk!