Wednesday, May 6, 2009

SSC Littlepods

Littlepods telah melancarkan Soft Structure Carrier (SSC)nya baru-baru ni. Aku yang sebelum ni teruja nak beli satu dah pun beli. Walaupun aku tak dapat pakai sekarang, aku beli juga sebab dari awal lagi aku memang teruja nak beli SSC dari Littlepods ni.

SSC ni ada 5 corak. Lawa-lawa sebab kainnya diimport.


Aku pilih untuk beli corak Carnival sebab dari awal lagi aku memang suka dengan corak ni.




Yang paling best, SSC ni didatangkan bersama dengan begnya sekali. Tak sama macam Angelpack aku. Nak simpan kena lipat kemas-kemas. Kalau tak nampak berserabut.


Dah beli ni tak dapat nak try pulak. Simpan dulula, pakai lepas bersalin. Aku dah try pakai masa pegi Bumps & Mums Weekend di Bangsar Village dulu. So far ok dan aku suka.

Note: Ring Sling sampai sekarang tak pandai pakai lagi.

4 comments:

E`n1x said...

wah, aishah dah beli SSC like nita!. me baru berangan nak beli. tp me now tgh gila rs n my daughter is not fond os sscs yet, so tangguh dulu =P

Aishah Megahasz said...

Pakai dulu RS. Nanti dah tak larat carry baby dengan satu bahu bolehla beli SSC :D

Liz said...

Aishah, saya ada buat instructional video cara nak buat hip carry, cuba lah tengok bila free kot kot boleh membantu

http://www.youtube.com/watch?v=0iWZPbBPpRQ

Aishah Megahasz said...

Liz, Aishah tengok dan try lagi weekend ni. Kalau tak boleh gak kena jumpa sifu le nampak gayanya.