Tuesday, May 26, 2009

Traditional Babywearing

Masa ke Sunway Carnival, Seberang Jaya baru-baru ni, aku ternampak seorang bibik memakai baby sling dari kain batik lepas. Aku curi-curi ambil gambar dia masa dia tengah asyik tengok persembahan badut kat atas pentas.




Masa ni dia tengah duduk, so tak nampakla macamana dia kendong baby tu. Tapi bibik ni main selit-selit je kain batik di bahagian bahu untuk kendong baby. Berbeza dengan baby sling moden yang memakai ring.

Kalau diikutkan banyak kali aku nampak bibik dari Indonesia mengendong baby dengan memakai baby sling dari kain batik lepas. Tapi tak pernah berkesempatan ambil gambar.
Hm.....mungkin ada beranggapan aku nampak macam bibik juga bila memakai pouch atau ring sling. Dan ada yang berkata aku seolah-olah 'menyeksa' anakku dengan mengendongnya dengan cara demikian. BABYWEARING masih belum boleh diterima oleh sesetengah orang. Sama jugala macam BREASTFEEDING. Susah menyakinkan orang lain apa yang kita buat adalah yang terbaik untuk anak kita. Ada ke seorang ibu sengaja nak 'menyeksa' anaknya?

For more info about BABYWEARING, please visit Malaysian Babywearers. Mungkin banyak perkara yang boleh dipelajari.

1 comment:

Eazyshop2u said...

bibik sy pun pki kain gendong mcm nih dr anak yg sulung :D

Hi. Come and visit us at http://eazyshop2u.blogspot.com for a good quality, branded and affordable children clothing. New stock arrived (25 May) POLO Club for Boys! Other brands OshKosh, Mothercare, Carter's, Oilily, NEXT, Tommy Jeans also available...Grab yours while stock last!! TQ