Monday, June 22, 2009

Father's Day

Father's Day tahun ni tak ada makan-makan. Dah makan-makan malam sebelumnya di Tadika Minda Cerdas sebab buat Mama & Papa Day. Ada BBQ dan karaoke lagi. Tapi sayang tak ambik gambar sebab bateri kamera habis dan lupa nak charge. Rasa rugi plak.
Hari Ahad tu sibuk shopping barang-barang untuk Huzein sebab dia ada buat BBQ dengan kawan-kawan office dia hari Isnin. So, aku pun tumpang sibuk jugakla membeli barang-barang.

Yang ada untuk Father's Day tahun ni cuma hadiah untuk Huzien.


Terimalah hadiah yang tak sepertinya ini dari Aishah, Haziq & Hadif.


Kenapa beli kasut? 2 kali kasut Huzein di curi orang. Kat depan rumah kami lagi. Hangin betul dia. So, sebagai meredakan hangin dia, aku beli kasut yang boleh tahan le jugak harganya sebagai hadiah Father's Day. Suke tak?

No comments: