Thursday, June 11, 2009

I MISS BABYWEARING!

Oh..aku sangat-sangat rindu babywearing. Dan aku tahu Hadif pun sama :D. Tapi memandangkan keadaan perut yang semakin membesar, babywearing bukanlah satu idea yang bijak. Sebabnya? Aku dah kurang stamina. Tak dapat nak kendong Hadif lama-lama. Nak suruh Huzien, er...minta maafla kot. Lagipun Hadif dah dapat kaki. Dia lebih suka berjalan.

Lately, bila keluar berjalan-jalan terpaksa bawak stroller. Stroller ni bagi memudahkan Hadif tidur. Tupun bukan dengan sendirinya boleh tidur (kat rumah boleh pulak tidur dengan sendirinya). Aku terpaksa dodoikan Hadif dulu, lepas tu baru letakkan di dalam stroller.

Last aku babywearing Hadif masa pergi ke KL bulan April '09 lepas. Gambar-gambar ni aku cilok dari Facebook The Lil Caliph. Diambil masa Bumps & Mums Weekend di Bangsar Village. I MISS BABYWEARING!




Have to wait for another few months. Lepas ni boleh babywearing baby baru. Yeay....

No comments: