Friday, June 5, 2009

JCard Day @ Jusco Prai

Jumaat lepas, dengan bersemangatnya aku dengan Kak Roziah ke Jusco Prai. Ada JCard Day. Siap ada ambik cuti half day lagi. Banyak le juga duit habis. Tapi memandangkan aku dalam proses buat persiapan untuk kelahiran baby, inilah masanya untuk shopping. Boleh dapat beli barang dengan murah. Diskaun gila-gila. Duit je yang tak banyak. Meh tengok apa aku beli.

Haziq Fahmi punya.....


1) T-shirt Mickey Mouse
2) T-shirt berkolar Padini

Hadif Syahmi punya.....


1) T-shirt berkolar Kiki Lala
2) T-shirt JBaby (pack of 3)

Baby punya.....




Paling banyak tentulah barang untuk baby. Dalam ragu-ragu nak beli baju untuk baby girl, aku beli juga sepasang dua yang berunsur keperempuanan. Ada gak terselit baju warna pink. Yang lelain aku beli warna yang natural, boy or girl boleh pakai.

Untuk rumah aku beli Magic Carpet ni. Dulu aku ada beli Magic Carpet ni di Tangkak. Memandangkan harganya murah aku pun beli, untuk pakai di dapur.



Untuk diriku, aku beli ini saja.....



Spek mata ni menjadi rebutan ramai. Ramai yang teringin mencuba.....




Untuk En. Huzein? Bukan tak nak beli. Tapi ramai sangat orang lelaki mengerumum di bahagian lelaki. Saya dengan perut besar ni malas nak berebut-rebut sama. Sorry ye, nanti Father's Day ni kita beli hadiah lain ok?

No comments: