Tuesday, June 30, 2009

Jualan Gudang Kumpulan Utusan

Hari Sabtu (27/06/09) lepas kami sekeluarga ke Jualan Gudang Kumpulan Utusan. Mulanya tak rancang pun nak keluar berjalan-jalan. Tapi memandangkan bekalan air tak ada di rumah, kami keluar sebab lepas pergi jualan gudang tu boleh mandi di rumah mak aku.
Jualan gudang ni berlansung dari 25 hingga 28 Jun 2009 di Logi Percetakan Sri Utusan, Seberang Perai, Pulau Pinang.


Tak ramai sangat orang yang datang. Tapi bestla sebab boleh beli buku dengan harga yang murah.



Selain gerai buku, ada juga gerai-gerai lain macam gerai Pharmaceutical (jual vitamin & ubat), gerai Hotlink, gerai Celcom, gerai cenderamata KOSMO, gerai majalah2 keluaran Uturan (URTV, Mangga, Wanita, Harmoni dll) termasuklah gerai makanan dan minuman. Gerai jual kain dan tudung pun ada. Gerai kat sebelah tu dah tutup, gerai ACMS.


Selain tu, pengunjung juga boleh naik kuda. RM3 untuk 3 round. Rasa macam tak berbaloi saja sebab pusingannya kecik sangat. Aku offer Haziq untuk naik kuda tapi dia tak nak. Bergambar dengan kuda pun tak nak. Takut....




Kat sini, banyak jugala vitamin dari gerai Pharmaceutical yang kami beli sebab murah dan ada diskaun lagi. Orang kat gerai tupun layan baik punya. Satu beg plastik kami borong. Nampak tak plastik kat dalam gambar tu? Banyak tak?


Dan inilah buku-buku yang kami borong. Paling banyak buku Huzein la. Untuk Hadif je tak ada sebab buku-buku kat sini untuk pra-sekolah dan ke atas.


Untuk Haziq 2 buah buku ni......


Aku beli 2 buah buku pasal breastfeeding, Penyusuan Susu Ibu Menurut Perspektif Islam dan Sentuhan Kasih karya Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar yang famous tu. Sebuah lagi buku Setiausaha & Kesetiausahaan: Tugas & Profesionalisme. Konon-konon nak bagi motivasi skit, bagi rajin kerja.


Yang lelain tu buku Huzein la. Ada buku motivasi, parenting. Ada masa ke nak baca tu? Sebagai hadiah, dapatla beg free. Beg saja ke? Kasi le yang best-best skit. Beli banyak ni tau!

No comments: