Friday, June 5, 2009

Kehamilan: 28 Minggu

Tempoh Kehamilan: 28 Minggu
Berat Badan: 66kg

Hari Sabtu (23/05/09) aku berjumpa Dr. Fawziah di Bagan Specialist sekali lagi. Turut serta Huzein, Haziq, Hadif dan Yati (adik ipar aku). Kebetulan Yati ada program di MSI Kulim, so dia pun ikut sama ke Bagan Specialist.

Masa jumpa Dr. Fawziah dia buat 4D scan untuk tengok baby. Yang paling membuatkan aku excited, dia cakap aku akan dapat baby GIRL! Hm...seronokkan? Tapi dalam hati ni ragu-ragu jugak, manalah tahu bila keluar nanti baby BOY. Actually aku tak kisah sangat kalau dapat boy lagi sekali. Apa susah...beranak le lagi :D.

So di sini aku nak kongsi gambar scan yang Dr. Fawziah ambil. Gambar ni diprint hitam putih, so tak nampak clear sangat. Dr. Fawziah nak burn dalam CD tapi anak-anak dah meragam tunggu lama, tak jadi nak ambil CD. Pulak tu, dengan cara aku ambil gambar scan ni pun tak berapa elok, jadi lagi tak clear. Aku malas nak ambil semula gambar ni. Ini sajalah yang ada......



2 comments:

ZOORA said...

tak pernah buat 4d scan.. oo mcm ni rupan dia ya.. uii clear nya ya...

Aishah Megahasz said...

Zoora, kalau tengok di skrin lagi nampak clear. Warna lain, coklat putih gitu. Yang print ni tak berapa clear sebab print hitam putih.