Tuesday, June 30, 2009

Kehamilan: 32 Minggu

Tempoh Kehamilan: 32 Minggu
Berat Badan: 69kg

Rasa sekejap saja dah masuk 8 bulan aku mengandung. Berat badan pun naik dengan cemerlangnya. 69kg you...lagi 1kg nak jadi 70kg. Pergh....maunya naik lebih dari masa aku mengandungkan Hadif dulu. Masa aku mengandungkan Hadif dulu, sebelum masuk dewan bersalin, aku timbang berat aku 74kg.

Bila berat badan dah naik mencanak-canak ni, Dr. Fawziah minta aku buat test darah. Manalah tau ada kencing manis ke. Tapi alhamdulillah, tak ada. Lega skit hati ni.

So far, tak adalah masalah berat-berat. Cuma gigi berdarah terutamanya di pagi hari, letih dan lapar sepanjang masa. Tu yang badan naik tu....isk....


Ini gambar terkini aku yang diambil oleh Haziq. Suka sangat bila orang bagi dia ambik gambar. Tengokla betapa comel, bulat dan gebusnya aku. Takpe, lepas ni aku breastfeed mesti badan kurus balik (nak sedapkan hari sendiri le tu :P)

No comments: