Thursday, June 18, 2009

Kenapa?

Haziq Fahmi sekarang ni dah 3 tahun 8 bulan. Dalam sebulan dua ni dia dilanda sindrom KENAPA? Asyik tanya, kenapa itu? kenapa ini? Otak ni terpaksa ligat berfikir bagi jawapan sebab dia akan tanya selagi dia tak puashati. Jangan berdiam, sebab dia akan ulang soalan yang sama sehinggalah dia dapat jawapan. Kadang-kadang tu macam tak larat nak layan. Sebabnya ada soalan-soalan yang dia tanya tu macam mengarut a.k.a merepek. Seperti:-

> Kenapa Ultraman tu macam sakit ibu? (lampu ultraman dah berkelip-kelip tanda lemah)
> Kenapa raksasa nak lawan dengan Ultraman ibu?
> Kenapa baby kena duduk dalam perut ibu?
> Kenapa baby tak besar lagi ibu?

Tapi ada satu masa tu, Haziq tiba-tiba bertanya satu soalan yang aku nak gelak pun ada, terkejut pun ada...kira macam soalan pelik la. Haziq sentiasa bersama dengan patung Poohnya (baca di sini). Masa tengah syok main-main/belek-belek patung Pooh dia ni....

HAZIQ: Ibu, kenapa Pooh tak ada 'te'? (refer to his 'bird')
AKU: Er...er....sebab Pooh animal, dia tak adalah 'te'.
HAZIQ: Oooo.... (paham le kot dia...)


Nasib baik tak ada soalan susulan selepas itu. Maybe lepas ni dia akan bertanyakan soalan-soalan yang mencabar minda lagi. Jadi, aku kena sentiasa bersedia!

No comments: