Thursday, June 4, 2009

Lagi E-Mel dari 3R

Ingat tak lagi balasan e-mel dari 3R berkenaan isu susu ibu? Kalau tak ingat boleh baca di sini.

Sekali lagi aku mendapat e-mel dari pihak 3R.

Re: Cadangan, Friday, May 29, 2009 7:30 AM
From: editor@3r.com.my
To: megahasz@yahoo.com

Hi Pn Aishah,

Kami di 3R ingin memberitahu Pn Aishah bahawa topik-topik seperti penyusuan ibu dan hal-hal berkaitan wanita akan diutarakan dalam 3R musim seterusnya, setelah musim ke-14 yang akan bermula 7 Jun 2009 (Setiap Ahad, 7.30pm, tv3) ini habis ditayangkan. Untuk pengetahuan Pn Aishah, bermula musim-musim akan datang, 3R akan mengupas isu-isu yang lebih relevan kepada wanita berumur dalam lingkungan 25-35 tahun. Untuk penonton yang berusia lebih muda, kami akan memulakan program baru 3R Freshy, yang akan ditayangkan bermula tahun hadapan.

Sekali lagi, terima kasih atas cadangan Pn Aishah. Kami sangat menghargai sokongan daripada para penonton kami.

Salam,
Nadirah


Sekiranya isu berkenaan susu ibu diterbitkan dalam 3R, sekurang-kurangnya kebaikan berkenaan susu ibu dapat disampaikan kepada orang ramai. Dan dengan ini kuranglah pandangan negatif sesetengah orang tentang penyusuan ibu.

Terima kasih pada 3R yang sangat-sangat prihatin!

No comments: