Monday, June 22, 2009

Peraduan Foto Impian Berganda

Sebagai memenuhi pertanyaan kawan aku, so aku buat entry special ni. Kalau diikutkan cerita ni dah basi dah, cerita tahun 2005 kalau tak silap.

Peraduan Foto Impian Berganda ni diadakan sempena tayangan siri Gila-Gila Pengantin di NTV7. Ingat lagi ke dengan cerita Gila-Gila Pengantin ni? Pelakon dalam cerita ni Syarifah Shahirah, Razak Ahmad, Balkish, Jehan Miskin dan budak AF ni aku tak ingatla nama dia. Aku tahun pasal contest ni pun bila diberitahu oleh officemate. Syarat peraduan kena hantar gambar kahwin dah buat slogan. Aku pun dah tak ingat slogan apa aku merepek. Hadiah yang ditawarkan lumayan sangat, tu yang aku teruja nak masuk peraduan ni. RM10,000 siapa yang tak nak? Gambar nila yang aku hantar.


Lama lepas hantar gambar tu, aku dapat panggilan dari penganjur kata aku masuk dalam senarai 4 peserta terakhir. Tapi yang tak berapa syok, masa tu aku dah mengandung 7 bulan. Tapi penganjur kata ok, takpe. 3 lagi peserta yang masuk senarai akhir adalah pasangan Faiz, Fung & Wandy.


Semua peserta dikumpulkan di Awana Genting Highlands selama 3 hari 2 malam. Penginapan dan makan semuanya ditanggung oleh penganjur. Aku ingat kalau tak menang pun at least aku dapat bercuti-cuti Malaysia, free lagi.

Kat sana kira jadi macam artisla. Ada make-up artis, cameraman, tuan pengarah.....tapi aku rasa aku tak tak berapa cun jugak sebab time tu kan gumuk, maklumlah tengah mengandung.



Habis pengambaran pegi jalan-jalan di Genting. Seronok sebab free...hehehehe...


Lepas habis pengambaran, lama jugakla tunggu keluar kat NTV7 tu. Pemenang peraduan ni dipilih berdasarkan undi oleh penonton. Jadila glemer sekejap sebab masuk TV. Habis semua kengkawan tanya. Rasanya aku menang sebab vote untuk diri sendiri banyak kot....hahahaa...

Bila dah bersalinkan Haziq, aku lupa sekejap tentang peraduan ni. Tapi masa dalam pantang tu dapat call lagi dari penganjur kata aku & Huzein menang. Pergh..punyalah happy time tu. Rezeki anak, RM10,000. Masa dalam pantang yang ke 39 hari, aku ke NTV7 untuk acara penyampaian hadiah. Siap pakai stokin lagi tu.


Yang datang untuk acara penyampaian hadiah cuma pasangan Faiz saja. Faiz & wife dia dapat nombor 2. Hadiahnya jam tangan dan pakej ke Awana Porto Malai, Langkawi. Pasangan Fung & Wandy tak datang.


Itulah cerita serba sedikit tentang Peraduan Foto Impian Berganda; Gila-Gila Pengantin NTV7. Nak tengok gambar-gambar pasal contest ni bolehla klik link di bawah.

Pengambaran Promo Peraduan Foto Impain Berganda
Penyampaian Hadiah

2 comments:

neeza said...

wah best nye.. pasangan faiz tu ajasu kan, tokei mybreastpumpshop tu.. kalo tak silap la..

Aishah Megahasz said...

Eh..ye ke? Boleh jejak kasih ni. Nama wife Faiz tu tak ingatlah. Yang ingat nama dia start dengan huruf N.