Thursday, July 2, 2009

Avent ISIS Manual Spare Parts

Anda pengguna Avent ISIS Manual Brest Pump?


Ada masalah dengan spare parts ni; Avent White Star Valve?
Bila dah pakai lama-lama biasanya Start Valve ni akan mengembang. Hari-hari cuci, rendam air panas, rosakla ia. Dalam set Avent ISIS ada disertakan extra lagi satu. Pakai lagi dan lama-lama masalah yang sama akan jadi. Mesti geramkan? Tengah syok mengepam terpaksa berhenti untuk betulkan. Boleh mengganggu proses mengepam dan mood saja.

Satu cara anda boleh buat, tukarkan Star Valve ni dengan spare part yang lain. Tukar pakai Avent Breast Pump Valve.


Jangan risau mesti boleh muat dengan Avent ISIS. Kalau dah pasang beginilah rupanya.
Dari atas,


Dari bawah,


Dari tepi,


Avent Breast Pump Valve ni aku beli di kedai baby di Kulim. Online pun ada jual jugak. Boleh beli di KasihkuSayangku. Tapi kedai baby di Kulim harganya lebih murah. Selamat mencuba.

43 comments:

asmieyra said...

tq.sis..coz share info..mmg feed up bila pump asyik prob jer..leh datangkan hangin 1 bdn..huhuhu...

Aishah Megahasz said...

Aini, gambar tak sempat nak ambil lagila. Sorry. Tapi kalau dah beli nanti mesti pandai sendiri camna nak pasang.....

asmieyra said...

okies,tq kak asiyah..coz siap post n3 special tuk mslh aini..huhuu...tq sis

puterikiut said...

tq so much sbb sharekan info ni.. mmg geram betul kalau valve ni asyik cabut je kan..

Aishah Megahasz said...

PuteriKiut, sharing is caring. Happy Breastfeeding!

Bawang Goreng said...

Assalamualaikum,

Mohon izin ambil gambar dari entri ini, saya nak kirim pada adik, nak soh dia beli di London.

Menyampah tul dengan star valve tu...

Thanks for great solution!

Aishah Megahasz said...

Bawang Goreng, sila-sila :D

mahani said...

assalamualaikum..
selama ni saya jadi silent reader je..tapi baru-baru ni saya pn ada prob sama. saya nk tanya, apa nama kedai baby tu dan kat mana? hubby saya org kulim, so nanti blh dia belikan bila blik kg. thanks in advance!

Aishah Megahasz said...

W'salam mahani. Nama kedai tu Winsome Baby. Dekat Taman Selasih, belakang Minat. Kalau tak silap kedai tu tutup tiap hari Ahad. Jangan pegi hari Ahad ok.

mahani said...

thanks!aishah beli Rm brape ye? saya ada baca review juga pasal valve yg ni. ada yg review valve baru ni tak brape best, kurang suction berbanding star valve katanya. ada gak cakap valve yg baru ni susah cuci.btw, valve br ni blh disteril ke?thanks in advance!

Aishah Megahasz said...

Mahani, kalau tak silap masa beli hari tu RM11 kot, tapi baru-baru ni dah naik harga dalam RM12. Kalu tak silapla. Aishah pakai ni ok je, tak ada masalah mengembang macam star tu. Nak cuci pun senang je. Aishah steril dalam air panas. Material dia sama macam star tu (getah plastik) cuma bentuk je lain.

Harrafyelza said...

salam..i da ngk kat kasihkusayangku..tp x de stock..kat kedai kulim tuh ada lg x??email me plzzzz
harrafyelza@yahoo.com

Wan Anie said...

thanks for sharing this....

saya baru beli tadi dari ks...

memang tak syok bila valve tercabut time mengepam :(

Aishah Megahasz said...

Wan Anie: Sharing is caring. Legakan bila masalah dah selesai. Happy Breastfeeding!

mamadeep said...

hai aishah saya berminat la nak beli valve tu.. bleh x kirim kat awak...

Aishah Megahasz said...

mamadeep: Saya boleh tolong belikan. Tapi hari minggu saja baru dapat pergi sebab kerja hari-hari sampai rumah lewat, tak sempat nak keluar ke tempat lain. Emel saya ok megahasz@yahoo.com.

Anonymous said...

aishah...
saya dh dpt valve tu beli kat one worl baby kat tmn permata Kl huhu3... happy sgt.. tq aisya for d info.. settle masalah...:))

Aishah Megahasz said...

Anonymous: Welcome. Suka dapat bantu orang lain :D

Anonymous said...

salam.. nak tanya la.kat kedai kat kulim tu ada jual tak Silicone Diaphragm & Silicone Petal Massager utk pam avent manual ni? susah la nak cari, tak jumpa sparepart ni..

Aishah Megahasz said...

Ada. Tapi bergantung pada stok. Kalau habis maybe boleh suruh dia order lagi.

faizahnur said...

salam... saya ni segan sebanarnya nak minta tolong, tapi dah terdesak sangat. Saya tinggal kat kuching, sarawak. sgt2 lah terdesak nak cari duckbill valve tu kat sini, tapi tak jumpa. star valve yg lama dah hilang, anak sulung dok main2... hish geram jer. Dok cari online kot2 ada, tapi semuanya sold out. Kat kasihsayangku pun dah sold out. Boleh tak aishah bagitau saya kat mana lagi saya boleh beli valve tu? Saya dah tak boleh nak guna breastpump saya tu, sekarang ni perah dgn tgn je. Sedih sgt... Tolong ye....

Aishah Megahasz said...

Faizahnur: Cuba tengok dekat website ni, rasanya ada.

http://otakibaby.com/

Kalau tak ada juga, boleh emel Aishah (megahasz@yahoo.com). Nanti Aishah try pergi tengok dekat kedai di sini ada ke tak. Tapi weekend ni je dapat pergi.

faizahnur said...

Thanks aishah... Pagi tadi dah place order kat otakibaby. Sementara tunggu valve tu sampai, saya pinjam jiran saya punya valve dulu. T. kasih ye Aishah... Kalau tak tatau lah saya nak beli kat mana.

Aishah Megahasz said...

Faizahnur: Alhamdullillah...

Puan Wan said...

Salam Aishah dan kawan2 yang lain,

Saya menghadapi masalah yg sma. Pada mulanya saya sangat gembira Avent yg saya damba selama ini sgt efisyen. Walaupun almost demam susu, isis dpt mengepam keluar tanpa rasa sakit spt pam biasa yg lain.

Setelah saya cuba pada minggu ke-2 berpantang, pengeluaran tidak mhampakan. Sampailah pd hari 47-48, baru saya cuba kembali mengepam susu sebelum, semasa d luar rumah. Pun berjaya.

Malangnya, masuk hari ke 50 lebih, saya cuba utk mengepam kembali, tiada susu yg keluar. Saya belek2 spare partnya even tukar yg baru. Tidak berjaya juga, sedihnya, sakit di dada sudah ketara.
Saya ingatkan s.part di atas tu yg sudah 'memeri' slps. byk kali basuh, rupanya menurut aishah, star s.part di bwh itu yg bermasaalah.

Saya akan cuba menukar star yg baru tgk berkesan atau tau, kalau tidak, kena pergi mencari valve yg disebutkan Aishah.

Nyaris2 saya hendak keluar membeli electric dual pumping, dek frustnya saya terhadap Avent yg di sebut2 selalu sbgai 'mahal, berkualiti, dan tahan'.

Saya sudah lama mgunakan Avent utk anak sulung saya. Tak pernah mhampakan, tapi kali ini, kepercayaan saya menurun.
p/s: teringat produk SPectra 3 kawan yg dikatakan bagus juga.

TQ for the tips. :)

Aishah Megahasz said...

Pn. Wan: Sharing is caring. Happy Breastfeeding!

Anonymous said...

hi,
i know 1 online shop sell breastpump with affordable price..
avent manual is just rm170. medela harmony also rm170.
spectra 3 and medela freestyle also cheap (for me).

just for sharing :
www.facebook.com/emumsdad

Anonymous said...

ops sorry forget to share that shop website.. may be can take any info about breastfeeding there..
www.emdbaby.com

i love BF :)

Aishah Megahasz said...

Anon: Thanks for sharing.

farah4eva said...

my manual pump currently berbunyi bunyi.rasanya sbb PHILIPS AVENT Silicone Diaphragm dah tak ok kot..ada sapa2 pernah hadapi problem sama cmni x?hope bole share..tq..

Aishah Megahasz said...

Farah4eva: Maybe sebab dah kembang sebab dah lama pakai. Dia tak kejap, ada ruang udara itu yang berbunyi tu. Cuba tukar yang baru.

Fizaazizol said...

salam..aisyah, nk tnya..kalo valve kite dah tkoyak kt bwh tu ckit..leh kaco pressure pam x?xsure sangat sb ms valve ni elok.susu kdg2 mriah kdg2 dpt ckit je bile pam..n smlm pam dapat ckit jugak..n tgk valve ada kesan koyak kt bwh tu..huhu..

Aishah Megahasz said...

Fiza: Rasanya tak memberi kesan. Bila pam, susu dapat sikit, Fiza rasa dalam breast masih ada susukah? Kalau masih ada susu mesti tak pam habis-habisan ataupun valve bermasalah.

Kalau dah pam habis-habisan, tapi still susunya skit maybe production dah kurang.
(alamak..boleh paham ka ni??)

Fizaazizol said...

hehe..faham2..
kalo pam dalam 20 min tu bru dpt 4oz..normal ke tu?hehehe

aishah..kalo nk mitak tlg aishah belikan valve tu boleh x?hee..xtau nk beli kt mana la..huhu

Aishah Megahasz said...

Fiza: Normal kot sebab Aishah dulu pam dalam 30 minit dapat 6 - 8 oz.

Baru ja pergi kedai Winsome Baby tu belikan star valve untuk kawan. Star valve je ada. Yang macam mulut itik tu tak ada stok.

Fizaazizol said...

ala..yeke..huhu..fiza pki yg elektrik..yg die kasi yg cm mulut itik tu..huhu..klo star tu leh pki utk e-pump jgk eh?fiza pki uno isi..

Aishah Megahasz said...

Fiza: Tak surela....cuba tanya dulu orang lain. Kalau boleh, insyallah Aishah boleh tolong belikan.

el said...

salam aishah..nak mintak bantuan aisyah jugakla tolong belikan valve manual pump avebt tu..dah call one baby world tapi xde,kasihku sayag pon xder..huhu.sedihla

Aishah Megahasz said...

El: Sori lambat reply sebab cuti2 Malaysia. Cuba tengok dekat otakibaby. Kalau tak ada juga nanti Aishah tolong belikan dekat kedai di Kulim.
Emel me ok megahasz@yahoo.com

Nik Alesya said...

assalam..saya ada jual brg2 spareparts avent dgn harga yg berpatutan. sesapa nak order boleh ke blog saya atau fb sy.tq

http://www.facebook.com/profile.php?id=100003784353750

http://gorgeous-mum.blogspot.com/2012/04/philips-avent-spare-parts-accessories.html

Definately Fiza Omar said...

Salam, saya sedang mencari star valve? ade sesiapa jual lg x spare part star valve nie?

Aishah Megahasz said...

Fiza: Boleh baca komen kawan-kawan di atas. Ada banyak info di mana nak dapatkan star valve ini.

JomPilihPilih said...

Salam kawan-kawan semua,

Jika ingin mencari sparepart Avent silalah ke fb kami:

http://www.facebook.com/JomPilihPilih

Kami menawarkan harga berpatutan untuk semua sparepart Avent.

Thanks yerr..!