Monday, July 13, 2009

Kehamilan: 34 Minggu

Tempoh Kehamilan: 34 Minggu
Berat Badan: 70kg

Last aku pergi check-up ingatkan berat badan dah melebihi 70kg. Tapi bila timbang naik 1kg je. Macam tak percaya. Maybe sebab kebelakangan ni aku tak berapa selera makan nasi.

So far, doktor kata pergerakan baby ok. Doktor scan dan aku diberitahu sekali lagi baby girl. Huzein masih ragu-ragu. Hmm...harap-harap betulla sebab sekarang ni pun dah 8 bulan lebih aku mengandung.

Ini gambar terbaru baby. Tak jelas sangat sebab doktor kata kepala baby dah turun bawah cuma belum masuk ke salurannya. Gambar scan ni diambil dari jarak yang jauh, so gambar macam kelabu skit. Takpela...asal ada.



Yang aku perasan kebelakangan ni, kaki aku kadang-kadang bengkak (ke gemuk?). Nampak huduh benar. Tapi tak risau sangat sebab kalau bengkak pun, lepas bersalin nanti kakiku akan kembali seperti sedia kala.

No comments: