Monday, August 3, 2009

Celebrate WBW @ USM

Excited aku nak celebrate World Breastfeeding Week ni walaupun perut dah memboyot dan jalan pun ala-ala dah tak larat. Kira lambat jugala aku sampai di USM. Dahla hujan turun lebat. Pegi sana sampai salah tempat pulak. Boleh kena marah ni.....

Sampai kat tempat yang betul, Dewan Kuliah A acara untuk 1 Minute Stimultaneous Breastfeeding dah habis. Kalau sampai awal pun aku tak join sama sebab dah tak breastfeed dah. Pergi cuma nak bagi sokongan saja. Tapi, rasanya sambutan tak begitu meransangkan. Tak ramai sangat orang macam event tahun lepas di Hotel Bayview.


Huzein, Haziq & Hadif mesti boring sebab asyik dengar talk.


(Mr. Yusoff)


(Dr. Aishah)

Apa-apapun thank you sebab sudi temankan ibu ni.....


Sebelum balik ambil sekeping gambar kenang-kenangan. Tak lawa sebab perut dah melandut benar ke bawah.


Kat sana sempat say hi pada Rozy, Dayah, Shida, Debz & Tze Shin.

Insyallah, tahun depan aku boleh join 1 Minute Stimultaneous Breastfeeding dengan baby baru. Mudah-mudahan.....

2 comments:

Dayah said...

seronok tengok Aisyah semangat mai jugak dgn perut dah makin besaq..tapi betuikan,dis year kurang org berbnding ms kita p last year kat BAyview kan...

Aishah Megahasz said...

:D