Monday, August 3, 2009

Projek Terkini (Part 2)

Selepas berhempas pulak menjalankan Projek Terkini, akhirnya habis jugak aku mengira duit syiling yang ada. Jadi, diumumkan jumlah duit semuanya adalah sebanyak RM201.50 (tidak termasuk syling 5 sen, malas nak kira).

Duit tu semua aku masukkan dalam akaun Tabung Haji Haziq & Hadif. Aku tambah le skit duit aku bagi banyak lagi. Untuk aku? Tak tambah pun duit, cuma update buku saja. Lega skit bila dah settle kerja-kerja mengira duit syiling dan masukkan duit ke dalam akaun anak-anak. Aku ni biasalah, lagi tak settle kerja rasa tak selesa. Lepas ni boleh bersalin dengan aman.


Di Tabung Haji, diaorang guna mesin kira duit syiling. 3 keping duit 50sen aku kena rejek. Katanya duit palsu. Nasib baik duit 50sen. Kalau RM50 meraung le.....

Sebut pasal duit ni, aku teringat masa aku tanyakan Haziq soalan ni....

AKU: Haziq, kalau Haziq ada duit banyak sejuta, Haziq nak buat apa?
HAZIQ: Hm...nak beli aiskrim.
AKU: Tak berbaloi Haziq beli aiskrim dengan duit sejuta tu.
HAZIQ: Haziq nak beli roti juga.
AKU: Hm...yalah tu...
HAZIQ: Ibu nak aiskrim apa? Nanti Haziq belikan...
AKU: Belila apa-apa pun....
HAZIQ: Haziq beli Vanila. Untuk Abah dengan Hadif pun Haziq beli juga...



Harap-harap bila dah besar nanti Haziq tak kedekut nak 'berkongsi'. Tapi, Haziq...tak berbaloi beli aiskrim dengan duit sejuta tu tau!

2 comments:

Rozy said...

woooo Haziq kuat makan eskrim nih....

baguskan kecik2 lag dah ajaq anak menabungkan..
rozy niat nak simpan duit anak sebulan RM50, tp abah dia memang selalu xberkesempatan nakpi bank buat akaun... duit hadiah masa lahir hadiff pun still lagi simpan bawah tilamm<-- uikk..jgn bgtau kat orang tau.. heheheh

Aishah Megahasz said...

Sebenarnya untuk Tabung Haji tu Aishah buat potongan gaji RM50 sebulan untuk anak-anak. Duit raya & duit orang bagi kat anak-anak simpan dalam akaun Didik.

Syiling tu patutnya simpan dalam akaun Didik tapi malu nak bawa ke Maybank sebab ramai orang....hehehehe..tu yang pegi Tabung Haji.