Saturday, September 26, 2009

Raya Pertama Bersama Alesya


Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA untuk semua yang mengenali diri aku. Mohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dah silap.
Hari ni merupakan hari ke-30 aku berpantang. Kira hari ni merupakan sebulan umur baby baruku HANA ALESYA. Alesya lahir pada 28 Ogos 2009, lewat 4 hari dari tarikh jangkaan doktor. Tapi alhamdulillah pengalaman bersalin kali ni mudah sangat-sangat walaupun Alesya paling berat daripada abang-abangnya semasa dilahirkan, 3.6kg. Semoga kelahiran Alesya lebih menceriakan keluarga kami. Nama Hana Alesya dipilih sebab aku suka dengan maksud namanya yang sangat baik.....
HANA = Rezeki tanpa kepayahan
ALESYA = Yang dilindungi Tuhan

Lagi gambar-gambar Alesya akan aku updatekan nanti. Buat masa sekarang susah skit nak update blog sebab aku berpantang di kampung. Buat masa sekarang ni layan jela gambar aku yang masih gumuk dan berstokin. Gambar Alesya kecik benor, tak nampak clear muka dia.

Pada yang menyampaikan ucapan tahniah, yang datang melawat aku ucapkan ribuan terima kasih.

4 comments:

Dayah said...

tertunggu-tunggu jugakla berita dari Aisyah...akhirnya dah muncul gambaq si kecik Hana Alesya...tahniah...

zieha said...

tahniah dapat baby girl
nama pun cantik:)

asmieyra said...

alhamdulillah..selmanat akhirnya..lama tak dgr citer.,.huhuu...okies ler leh beraya ngan new baby..siap sedondon...tahniah yer

asmieyra said...

kak aisyah,.,suk ler nama bb..sedap didengar penuh maknanya.. cam tak sabar plak nak bb girls