Thursday, October 29, 2009

Cukur Rambut Alesya

Seperti biasa, lepas pusat baby dah jatuh, aku akan prepare untuk acara cukur rambut. Alesya pusatnya jatuh lewat skit dari abang-abangnya. Haziq & Hadif dalam 4 atau 5 hari dah jatuh dah. Alesya lewat skit. Tukang cukur rambut Alesya ni makcik yang sama urut aku dan cukur rambut Hadif & Haziq.

Jenuh jugala makcik ni mencukur bersih rambut Alesya sebabnya rambut Alesya lebat sangat. Tapi aku tengok makcik ni relaks je. Alesya melalak dia buat tak heran pun. Cukur sampai habis!







Inilah hasilnya. Lihat wajahku, seksikan?


Ikut sunat, rambut yang dah dicukur tu selalunya Huzein akan bawa ke kedai emas untuk ditimbang dan dikira mengikut harga emas semasa. Kali ni berat jugakla sebab rambut Alesya banyak. Kalau ikut harga emas, adalah dalam RM300 lebih. Jumlah ni akan disedekahkan.

3 comments:

sue said...

rm300?? mmg berat tu rambut alesya. my ilham rm250.

asshafie said...

tahniah !

tembamnya, berapa kilo dak tu ?

Aishah Megahasz said...

3.6kg maunya tak tembam :D