Friday, October 30, 2009

Nur Kasih


Mesti ramai yang menonton drama Nur Kasih di TV3, setiap hari Jumaat. Drama ni memang favourite aku. Malah Huzein pun terjebak sama tengok Nur Kasih. Dia mana suka tengok drama-drama ni.

Dalam banyak-banyak watak dalam cerita ni aku suka dengan watak Hajah iaitu mak kepada Aidil dan Adam.



Orang lain suka hero/heroin aku suka dengan watak orang tua. Kenapa ye? Kalau aku menjadi Hajah, akulah orang yang paling bahagia dan senang hatinya dalam dunia ni. Mempunyai anak-anak yang baik, taat dan sangat-sangat menjaga hati ibu mereka. Siapa yang tak mahu? Pulak tu dikelilingi menantu-menantu yang baik-baik jugala.

Sebagai ibu, apa yang aku harapkan semoga anak-anak aku menjadi insan yang baik dan pastinya sayangkan aku. Insyallah, aku akan sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anakku.


Kalau Haziq & Hadif macam Aidil & Adam, alangkah bahagianya. Amin.....

No comments: