Wednesday, October 28, 2009

Pertama Kalinya

Pertama kalinya aku ada baby girl. Yeay! Happy sangat-sangat sebab sekarang ni aku dah ada kawan. Haziq & Hadif lebih rapat dengan Huzein. Jadi, harap-harapnya Alesya akan rapat dengan aku. Dapatlah kawan untuk pegi shopping-shopping bila dia besar nanti.
Hana Alesya lahir dengan berat 3.6kg. Besarkan? Tapi mudah sangat-sangat melahirkannya. Ada kesempatan nanti aku ceritakan detik-detik kelahiran Hana Alesya. Wajahnya persis Huzein. Anak abah......


Pertama kalinya aku bersungguh-sungguh buat stok EBM. Sanggup bangun jam 2@3 pagi semata-mata nak perah susu. Kagum betul aku dengan diriku sendiri. Sekarang ni peti ais kat rumah penuh dengan EBM saja. Ada ruang skit je untuk ais kiub. Terfikir nak beli deep freezer. Tapi kena fikir ongkosnya juga dan berbaloikah beli? Tengok ni EBM aku. Walaupun tak sebanyak mana, tapi bangga jugala dengan kesungguhan diri sendiri sebab sebelum ni aku tak pernah ada stok EBM yang banyak macam ni.


Pertama kalinya aku berjaya pakai Ring Sling yang dah lama aku beli. Sebelum ni dah banyak kali aku try nak pakai Ring Sling untuk kendong Hadif, tapi tak berjaya. Usaha aku terberhenti sebab masa tu aku mengandung. Bila perut dah makin besar tak larat dah nak mengendong Hadif. Dan apabila Alesya lahir, apa lagi bermulala sesi test Ring Sling. Tak sure sangat cara pakai ok ke tak? Tapi aku rasa selesa dan Alesya pun duduk diam je dalam tu. Sampai tertido dia dibuatnya.....



Pouch pun aku try jugak pakai, buat craddle carry. Dah lama tak pakai pouch rasa macam tak betul cara pakainya. Tapi aku hantam saja. Setakat ni Ring Sling aku tak pernah pakai bawa keluar rumah lagi sebab tak confident dengan cara pemakaian. Pouch aku dah pakai keluar berjalan-jalan.


(Nota: Gambar tak cun lansung. Pakai kain batik je. Sorry ye masa tu masih dalam pantang lagi)

1 comment:

Anonymous said...

selamat menghimpun EBM..insyaAllah buleh..