Friday, November 20, 2009

EBM (19/11/09) & Ibu Susuan

Ni gambar last EBM yang aku ambil semalam. No more ice cube, ayam, ikan dll. Cuma aku tinggalkan sedikit ruang untuk letak MLO ice pack. Runsing jugak bila tengok ruang dah semakin sempit. Nak beli deep freezer ke tak payah?


Dan dengan rasminya juga kelmarin 19 November 2009 aku bergelar ibu susuan kepada Muhammad Afiq Ahza. Ibunya ada masalah dengan EBM (EBM rosak) jadi aku dengan izin Huzein telah memberikan stok EBMku sebanyak 28oz. Mula-mula aku ragu-ragu sama aku betul-betul jadi ibu susuan sebab aku bukan direct feeding cuma berikan EBM saja. Hasil perbincangan dengan kawan-kawan di facebook, confirm aku dah jadi ibu susuan.

Sumber:
1) Artikel dari susuibu.com
2) http://baheis.islam.gov.my

Jadi dengan automatiknya Haziq, Hadif & Hana Alesya dapat saudara/adik-beradik baru. Tapi ada beberapa perkara yang aku inginkan penjelasan. Maybe aku akan refer mana-mana ustaz supaya jelas kefahaman aku. Banyak perkara yang aku tak tahu pasal ibu susuan ni.


Gambar Ahza yang dicurik dari facebook abahnya :D
Dah rupa Alesya pulak aku nengok.

4 comments:

Hana Seman said...

Aishah,
beli jer deep freezer.. berbaloi-baloi.
Tahniah kerana berjaya menjadi susu ibuan, Insya Allah susu Aishah akan melimpah ruah lagi lepas ni. Aammiin

Aishah Megahasz said...

Amin....
Hana, deep freezer ni 50/50 nak bali. Takut Hana Alesya jadi baby yang last pulak.....:D

anisfuad said...

Alhamdulillah.. saya pon jadi ibu susuan jugak.. as at today EBM saya dah cecah lebih kurang 200 packs

Aishah Megahasz said...

200pack banyaknya!!!! Saya dah jatuh miskin EBM tinggal skit je..huhuhuhu...