Tuesday, November 24, 2009

Hadif Syahmi: Eee... Egham!


Hadif Syahmi sekarang ni sudah menjangkau usia 1 tahun 10 bulan. Hm...semakin besar ni semakinlah pandai cakap. Kadang-kadang geram jugak dibuatnya. Tapi jangan ingat geram kita saja, geram dia pun boleh tahan jugak!

Sekarang ni, kalau dia nak apa-apa, kita kata 'no', 'tak boleh' atau 'jangan', mesti Hadif akan cakap balik 'nak jugak!'. Sekiranya jawapan yang dia dapat still negatif, mesti dia akan kata 'eeee...egham!'. Huihs...boleh tahan. Siap geramkan kita lagi. Ni belajar dengan Haziq Fahmila ni.....

Tapi ada juga benda yang aku suka dia belajar dengan abangnya. Contohnya, Hadif dah pandai membahasakan diri 'saya' bila bercakap. Sukanya ibu dengar. Cute sangat!


Ini gambar terbaru Hadif Syahmi. Bergambar dalam car seat baru. Yang lama dah rosak (baca: rosak teruk sangat!) jadi kena beli yang baru. Mahal plak tu. Takpe duit abahnya, bukan ibunya.....

No comments: