Tuesday, November 17, 2009

Hana Alesya: ZZZzzzZZZZZzzzz

Sudah lama perkara ni bersarang di fikiran aku. Aku pun tak sure sama ada perkara ni adalah normal, atau tidak, ataupun aku ni suka sangat risau. Bak kata Dr. Fadzilah Kamsah, 'Orang perempuan ni hobi dia RISAU. Semua perkara dia nak RISAU'.

Hana Alesya akan minum susu 5-6 botol X 3oz setiap hari semasa di rumah mak aku.

Dalam jam 6.00 petang, aku balik kerja, singgah di rumah mak untuk ambil Alesya dan Hadif. Biasanya aku akan BFkan Alesya.

Jam 7.00 malam bertolak ke rumah aku dan dalam 7.30 malam akan sampai. Jam 8.00 atau 8.30 malam aku akan BFkan Alesya sampai dia tertidur. Dan Hana Alesya akan tidur dengan nyenyaknya sehingga jam 4.30 atau 5.00pagi. Tak bangun-bangun. Aku tak sure sama ada ini adalah perkara biasa bagi baby girl sebab ini 1st time aku ada anak perempuan. Haziq & Hadif biasanya akan bangun banyak kali jugala untuk minum susu. Wah...sungguh risau hati ini. Yang merisaukan aku:-

1) Bagaimana dengan berat badan Hana Alesya? Aku takut skit saja naiknya. Pasni mesti orang kondem susu ibu. Tak suke!
2) Adakah susu aku akan mulai kering sedikit demi sedikit? Aku akan pam jugak di rumah sekurang-kurangnya sekali sebab bila Alesya tidur nyenyak sangat, mesti susu pun jadi banyak. Jadi terpaksala aku pam.
3) Kenapa macam ni? Orang tak suka anak berjaga malam. Tapi aku ni risau pulak tengok anak tido nyenyak sangat tiap malam. Baby girl memang macam ni ke? Aku ada juga cuba bagi dia minum susu bila dia ada tanda2 nak bangun (mengeliat dll) tapi digonggong saja, hisapnya tidak.
4) Er...er...risaula. Macam-macam yang risau.

Tolonglah saya........

5 comments:

Saira Azura said...

salam, kak..macamane nak jd follower blog akak nih..

Aishah Megahasz said...

Saira, add je kat bloglist. Akak tak ramai follower, malu nak letak icon tu kat blog :D

-| auM Chak |- said...

kak ecah...adk2 aimi dulu pun mcm tue gak kak...tmbh ardini nie mak kata kalo sblm tido BF dulu mmg dia akan nyenyak sampai ke pagi..insylh....kuat tido..ekeke alah kekadg aimi kaco dia dok nyusu...bukan nyusu pun...gongong jek....nk kata berat badan dia nyusut..hemmm....semangat lagi ada la kak adk2 aimi dulu...dun' wori...normal jek tu.. (eceh mcm aimi lak ader anak..pengalaman ngasuh adk dgn mak)

Aishah Megahasz said...

Aini, so far ramai yang kata ok. Tak ada masalah. Jadi, tenangla skit hati ni. Kalau tak risau je....

zie said...

ahaks... terbalik lak kita nih yer... saya punyalah risau anak terlalu kuat menyusu.. macam anak lelaki... aishah pulak risau anak tak kuat nyusu waktu malam... that's ok... depend kat bb tuh sendiri.. yang penting dia sihat n susu kita ttp banyak... :)