Thursday, November 19, 2009

Haziq Fahmi: Graduation Concert

Seperti tahun lepas, habis je exam Haziq gigih berlatih untuk konsert. Kat rumah hari-hari melalak lagu entah apa-apa yang liriknya dibuat sendiri.

Konsert tu dibuat di Kulim Golf Club. Masa kami sampai, ramai yang dah sampai. Maklumlah hujan, dengan anak-anak lagi, lambatlah jadinya.

Pose istimewa dari Hadif Syahmi dan Hana Alesya yang tak berapa paham kenapa kami berada di situ?


Aku dijemput memberikan ucapan sebagai wakil parents untuk year 4. Alesya aku tinggalkan dalam stroller sekejap. Mulanya ingat nak kendong saja Alesya, tapi takut pulak dia meragam. Buat malu saja, dah le aku macam tak berapa bersedia. Gambar aku berucap, tak ada. Yang ada video. Malas nak letak kat sini, sebab aku rasa aku cakap merapu.

Banyak jugak show yang Haziq masuk. Masa ni tengah nyanyi lagu 'Aci Aci Bukak Pintu'

Hadif memang enjoy tengok show. Sampai nak duduk kat depan. Terpaksa Huzein berkejar ke sana ke mari. Mana nak ambil gambar lagi. Last-last gambar dia tak ada. Kesian.....

Last sekali acara penyampaian hadiah.....

Tahun ni Haziq dapat nombor 2. Beza skit saja markah untuk kalahkan Hakim (di sebelah kiri Haziq). Masa exam paper English hari tu, Haziq cakap dengan teacher dia, dia penat dan tak larat nak buat. Boleh pulak gitu.....

Tapi aku bangga jugak la dengan Haziq. Sekurang-kurangnya dia dapat BEST IN SPELL NUMBER. Dia dengan Hakim saja yang dapat. Takpe, tahun depan usaha lagi.

Last sekali sempat juga kami ambil gambar sekeluarga. Seperti biasa, tak pernah dapat gambar yang perfect. Hadif sibuk nak makan kek pulak...huhuhuhu....

No comments: