Monday, November 2, 2009

Hebat, Hebat.....!

Kalau langgan Astro Channel 613 (Playhouse Disney) mesti penah dengar lagu "Hebat, hebat....." Kat rumah aku tak ada channel 613 ni. Tapi kat rumah mak aku ada. Memandangkan hari tu aku berpantang di rumah mak aku, jadi Haziq & Hadif banyak menghabiskan masa tengok channel 613. Sampai naik muak dibuatnya, siang malam asyik tengok kartun saja.


Aku terbaca tentang Disney Hopla Roadshow ni dalam majalah. Jadi 17 Oktober aku, Huzein dan anak-anak pergi ke roadshow di AEON Seberang Prai (Jusco). Roadshow ni akan diadakan di.....

1. AEON Seberang Prai, P.Pinang: 16 Okt - 25 Okt '09
2. AEON Tebrau City, Johor Bahru: 30 Okt - 8 Nov '09
3. AEON Bukit Tinggi, Klang: 11 Nov - 18 Nov '09
4. Jusco 1 Utama Shopping Centre: 21 Nov - 6 Dec '09

Kalau nak tahu apa aktiviti yang ada, boleh refer di sini. Macam-macam ada!


Haziq main game. Aku kat sebelah jadi tukang sibuk sambil kendong Alesya.



Lepas main game, dapat hadiah. Tu yang teruja tu. Pastu dapat bergambar sebelah kartun kegemaran Handy Manny. Lagila teruja. Sebab tula sengih pun nampak semacam je Haziq ni.




Yang penting, Haziq & Hadif happy dan buat tempat tu macam rumah sendiri. Siap berbaring bagai.....

No comments: