Monday, November 2, 2009

Sleeping Beauty

Hana Alesya memang kuat tido. Mewarisinya daripada akukah atau abahnya?



Cerita pasal kuat tido ni aku teringat masa aku masih belajar dulu. Masa tu aku di ITM, Shah Alam (sekarang ni UiTM). Baru masuk belajar biasalah ada sesi introduce diri. Kena cakap omputih lagi you.....

AKU: My name is Noor Aisah Ahmad. You can call me Aishah...bla..bla..bla...bla.... My hobby is reading and sleeping (merepek je aku ni). Some of my friend call me Sleeping Beauty (ni dah masuk merepek tahap gaban ni)
*Masa ni semua orang dah gelak dah termasuk lecturer aku*
LECTURER (Aku tak ingatlah nama dia sapa): If you're Sleeping Beauty, who is your Prince Charming
AKU: Batman! (tetiba je jawapan merepek ni keluar kat mulut aku)
*Masa ni lagila semua kengkawan dalam kelas gelak. Aku sengeh sajalah*

Tak tahula sama ada kawan-kawan yang satu kelas pre-dip dengan aku ingat ke tak lagi kisah ni. Tapi aku memang kuat tido. Itu dulula..... Sekarang dah anak 3 rasa macam tak cukup tido saja. Dah jadi tabiat aku, selagi ketiga-tiga anak aku tak tido aku tak boleh lelapkan mata. Sleeping Beauty dah tak beauty dah. Mata ada eye bag huhuhuhu.......


Hana Alesya tetap beauty walaupun tengah tido.....

No comments: