Thursday, November 19, 2009

Thanks Joanne!

Aku ada masalah skit dengan pouch aku. Aku pakai saiz 22" tapi entah kenapa aku rasa ketat semacam. Sebelum ni aku kendong Hadif tak ada masalah. Sekarang, rasa susah pulak nak masukkan Alesya. Last-last kau kendong dia reverse cradle carry. Nampak pelik semacam. Tapi bolehla daripada jenuh berdukung bila keluar berjalan-jalan.


Mulanya aku nak bercadang nak test saiz yang lebih besar dengan pinjam pada Shida, tapi tetiba dia bersalin pulak. Jadi, aku tanya-tanya kat facebook aku kot-kot ada yang boleh pinjamkan aku saiz pouch 23" & 24". Seronoknya aku dapat message daripada Joanne, founder Littlepods yang dia nak beri aku pouch saiz yang aku nak tu. Yeay...seronok sangat aku.




Dia poskan aku Littlepods pouch saiz M (23") warna pink dan saiz L (24") warna light brown. Aku suka warna pink tu.

Aku sempat test dekat Alesya sekali saja.....



Lepas tu dia dah semacam sebab time tu time dia tidur, jadi dia kurang bekerjasamalah skit. Muka pun masam semacam je.


Aku sempat test saiz M saja, saiz L tak sempat. Aku nak test kedua-dua saiz tu nak make sure saiz tepat dan nanti tak lenguh bila keluar berjalan-jalan. Nantila ada kesempatan aku test lain dan ambik gambar lawa-lawa ye...

Anyway, thanks to Joanne. Thank you soooo much!

No comments: