Wednesday, December 23, 2009

1st Time Outing Pakai Ring Sling

Sebenarnya dah lama dah aku beli Jumpsac Ring Sling ni. Dari Hana Alesya belum lahir lagi. Aku beli masa mengandungkan dia. Konon-konon senang nak babywearing Hadif. Tapi bila kandungan dah mencecah 5 bulan aku dah tak mampu lagi nak kendong Hadif. Stamina tak cukup, semput makcik. Aku try pakai masa Piknik Geng Utara Susuibu.com. Lepas tu sekali masa dalam pantang. Lepas tu tak pakai dah sebab dah confident dengan cara aku pakai.

Masa ke Lost World of Tambun aku decide bawa Ring Sling. Sebelum ni kalau outing aku selalu bawa Pouch. Tapi masalahnya, kalau Hana Alesya tidur dalam pouch, dia hanya akan tidur dalam 15 minit saja. Aku pun tak sure kenapa? Maybe dia tak selesa, entahlah. Jadi, aku ambil risiko bawa Ring Sling. Dalam hati aku ingat, bawa sajalah. Tak cuba pakai, mana tau ok ke tak? Betul tak?

Alhamdulillah, sepanjang di Lost World, Hana Alesya 2 tidur dalam Ring Sling. Dan lama pulak tu dia tidur, dalam 45 minit ke 1 jam. Senangnya hidupku. Lega saja rasa hati ni. Lagipun sepanjang dia duduk dalam Ring Sling ni mudah bagi aku nak pegang tangan Haziq (Hadif, Huzein jaga sambil bawa beg lagi). Sambil aku jalan ngan Haziq siap boleh tolong Huzein bawa payung sebab hari tu hujan renyai-renyai. Kalau aku dukung Alesya dengan tangan, payung tu haruslah Huzein kena bawa sendiri.

Mesti ada yang tanya, kenapa susah-susah nak dukung. Bawa sajalah stroller. Stoller? Sorry, tak best. BACA KENAPA STROLLER TAK BEST. Lagipun kawasan macam Lost World tu ada sesetengah tempat tak sesuai bawa stroller. Rugila tak boleh explore habis-habisan.

So, enjoy my babywearing picture di Lost World of Tambun. I love it!








Hm, nak kata dah master Ring Sling ni pun tak jugak. Tapi dalam hati ni teringin nak beli Ring Sling baru. Kaler pink maybe.....

2 comments:

Hana Seman said...

Firas pun asyik tido jer bila dalam ring sling, diorang rasa selesa kot.
Rasa cam nak tambah koleksi sebab rasa warna yg saya pilih tu tak best plak.
Tapi harus cik abangku menentang, dah ada nak beli lagi..

Aishah Megahasz said...

Hana beli yang mana? Aishah pun dok berangan nak beli yang lagi. Mende ni memang ketagih bila dah beli nak beli lagi...