Wednesday, December 2, 2009

Avent ISISKu


Gambar diambil dari website Avent.

Apalah sangat Avent ISIS ye? Manual pulak tu, lenguh tangan dibuatnya tiap kali sesi sedut lemak. Orang lain punya BP hebat-hebat. Ameda la, Medela la, lalalala. Ikutkan hati memanglah nak beli lain, tapi selagi boleh pakai Avent ISIS kenapa nak membazirkan? (baca: kedekut). Kalau ada spare-part yang rosak, boleh tukar. Tak payah susah-susah.

Ada yang suggest kat aku untuk beli BP lain. Tapi rasanya tak payah lagila. Selagi Avent ISISku mampu memberi hasil yang banyak...hahahaha...pakai sajala. Lagipun macam sayang je dengan Avent ISIS ni. Banyak berjasa tau.... dari zaman Hadif Syahmi lagi aku pakai dan sekarang diperturunkan pada Alesya pulak.

Avent ISISku ni bukan saja membantu memberi hasil yang banyak, tapi dapat mengurangkan stress dan juga kesakitan. Stress dan sakit tau bila 'kantung' penuh. Bila urusan selesai, lega je. Pulak tu mudah dibawa ke mana-mana. Memangla part dia banyak, tapi aku letak dalam jag mudah skit nak bawa ke mana-mana.



Inilah Avent ISISku yang banyak berjasa. Walaupun orang kata tak best, bagi aku best aje.....

4 comments:

Rozy said...

sapa kata avent isis xbest?
bestlaaa

Aishah Megahasz said...

Tapi tak sehebat pam canggih2 yang hands free tu...

Hana Seman said...

Aishah!
Saya pun guna Avent ISIS kat rumah. Okay per.. sama jer amaun guna S3,cuma takes time.
Tapi kalau tgk stok Aishah, sama jer macam org yang guna BP yg riban2 tu.

Aishah Megahasz said...

Hana, bolehla nak kembang hidung sket..hehehee..