Wednesday, December 9, 2009

Haziq Fahmi: Ha..Potong!

Setiap pagi biasanya aku akan bertolak bersama anak-anak, hantar mereka ke rumah mak dan lepas tu ke pejabat. Pagi tadi sebelum bertolak.....

AKU: Abang, nanti jangan lupa register Tadika Haziq untuk next year ok.
HUZEIN: Ok.....
AKU: Nak ambik uniform awal, nak POTONG kaki. Takut Haziq pakai labuh.
HUZEIN: Ok.....


(Huzein memang tak ada ayat lain selain ok. Kalau aku tegur dia akan jawab okies pulak. Apa bezanya? Isk.....)

Dalam kereta masa bertolak ke rumah mak.....

HAZIQ: Ibu, Haziq tak mau POTONG
AKU: POTONG? POTONG apa?
HAZIQ: Tadi ibu cakap dekat Abah.
AKU: Ooo...POTONG kaki seluar la. Kena POTONG la nanti Haziq pakai labuh.
HAZIQ: Haziq takut tamau POTONG
AKU: Nak takut apa, POTONG kaki seluarla....
HAZIQ: Tamau, takut jugak! Tamau POTONG kaki.
AKU: Bukan POTONG kaki. POTONG kaki seluarlah.
HAZIQ: Tamau, tamau jugak. Takut!
AKU: Isk..tak ada apa-apala. Jangan takut..... Hadif senyap tu buat apa? Tido ke (cuba menukar tajuk perbualan)


Persoalannya: Haziq Fahmi takut kena POTONG atau takut kena POTONG kakinya atau apa ye?

3 comments:

Hana Seman said...

budak laki memang takut dengar perkataan "potong"..

Aishah Megahasz said...

Bahana tengok iklan 'potong' lah ni.....

SlingMeMama said...

takut kena sunat kot!
kakakakakakaka.