Friday, December 4, 2009

Haziq Fahmi: Yeay, No More Dypers!

Semalam merupakan hari ke-3 Haziq Fahmi tidur tanpa memakai dypers. Yeah...bagus betul anak ibu ni! Bulan 10 yang lepas umur dia dah masuk 4 tahun. Masa umur 2 tahun lebih dia dah start tak pakai dypers pada siang hati. Pada malam hari, susah skit nak train dia. Asyik terbabas je, habih le tilam sayer yang mahal itu. Kadang-kadang pakai dypers pun boleh bocor gak.

Orang kata, kalau nak train anak untuk malam kena kejutkan dia 2 atau 3 jam sekali suruh dia ke toilet. Tapi aku malas sebab nak kena jaga Hadif dan sekarang ni bertambah ngan Alesya. Nak harap Huzein, dia lagi malas......hehehehe....

3 malam yang lepas Huzien terlupa pakaikan Haziq dypers sebelum tidur (ini memang tugas dia ye....) Pagi-pagi Haziq bangun dan cakap dekat aku dia nak pegi toilet. Malam berikutnya Huzein sengaja tak pakaikan dia dypers dan kata pada Haziq, 'Next year Haziq dah 5 years. Budak 5 years dah tak pakai pampers'. Jadi, malam tu dia tak pakai dypers lagi. Dan berjaya! Pagi-pagi dia bangun dan pergi toilet sendiri. Hm..tak sangka mudah pulak. Baru je terfikir-fikir sampai umur berapalah si Haziq ni nak pakai dypers. Alhamdulillah, perkara ni dipermudahkanNYA.


Tahun depan kena 'potong' pulak. Nak ke dia?

2 comments:

Anonymous said...

yeas peace, saya budak bijak! hehehe... jgnla potong awal lg tggu geng2 dia besar

Aishah Megahasz said...

Potong awal sebelum start darjah 1 senang skit... :D