Monday, December 7, 2009

Outing Without Hana Alesya

Hari Sabtu lepas ada Jusco sales untuk member. Huzein ajak aku ke sana sebab nak shopping baju mandi. Dia nak register kelas swimming. Outing kali ni tak bawa Hana Alesya sebab lepas pergi Jusco kami nak pergi kenduri pulak. Memandangkan nak ke sana ke mari, aku tinggalkan Hana Alesya sekejap kat rumah Mak. Bukan lama pun, dalam 3 jam saja. Kesian nak bawa Hana Alesya sebab time kami keluar tu time dia tidur.


Pusing seround dua, Hadif Syahmi dah layu matanya. Aku letakkan dia dalam troley barang, tido dengan amannya. Kami memang tak bawak stroller sebab selalunya tak bawa pun. Nak babywearing Hadif rasanya aku dah tak cukup stamina. Dia dah berat benar.


Pilih punya pilih baju mandi, aku suruh Haziq test sebab nak bagi puashati. Untuk Hadif aku agak-agak sajalah saiznya. Haziq Fahmi siap bergaya ala-ala model lagi.


Pastu test topi plak.


Happy betul Haziq Fahmi. Tak sabar nak pegi swimming. Siap berlakon lagi gaya ala-ala orang tengah berenang.


Akhirnya baju dan topi ni yang kami pilih untuk Haziq Fahmi.


Sekejap saja dekat Jusco. Pilih-pilih barang dan bayar. Lepas tu singgah di McDonalds sekejap. Beli Prosperity Burger yang sedap tu.


Haziq tak sabar-sabar nak makan. Sibuk mengorek Curly Fries. (Nampak huduh plak kereta kami. Bilala dapat nak beli yang baru. Tunggu...)





Dalam kereta,
Haziq Fahmi: Saya penatlah ibu....

Kami bergegas ke kenduri di rumah Zaidi pulak. Malas nak snap gambar banyak-banyak sebab perut dah lapar. Kenduri hebat, makan pun sedap. Anak-anak aku suka sebab ada ais-krim. Aku pun tumpang sekaki merasa.....



Habis makan cepat-cepat kami pulang sebab aku asyik teringatkan Hana Alesya. Hana Alesya memang baik dan tak meragam. Suka hati ibu.....

No comments: