Thursday, December 24, 2009

Simpanan Untuk Masa Depan

Saya nak share macamana saya menyimpan untuk anak-anak. Adalah skit-skit, taklah banyak sebab saya bukan orang kayo. Tapi, baik ada daripada tiada lansungkan?

AMANAH SAHAM DIDIK
Semua duit raya, duit tabung dan duit yang disedekahkan kepada anak-anak akan disimpan di dalam Amanah Saham Didik. Dalam setahun tu dalam 3-4 kali sajalah saya pegi bank untuk menyimpan. Malas pegi bank sebab kena drive dan jauh. Parking pun satu masalah, nak beratur lagi. (Eh...ni citer pasal simpan duit ke pasal bank)

Antara syarat nak buka akaun Amanah Saham Didik:-
> Anak berumur 6 bulan ke atas.
> Salinan surat beranak anak.
> Salinan kad pengenalan penjaga.
> Bawa surat beranak dan kad pengenalan penjaga yang asal semasa nak buka akaun.
> RM100 sebagai permulaan nak buka akaun.
> Akaun boleh buka dengan agen yang dilantik macam Maybank, CIMB, RHB dll.
> Contoh borang macam kat bawah ni, tanda kat Amanah Saham Didik (ASD).


Bila siap, akan dapat buku warna purple macam ni.....



TABUNG HAJI
Satu lagi saya menyimpan untuk anak-anak di dalam akaun Tabung Haji. Kenapa saya pilih Tabung Haji? Sebab boleh buat potongan gaji, mudah bagi saya. Kalau nak harap saya menyimpan sendiri pada anak-anak tiap-tiap bulan, haruslah habis duit tu. Duit bila dah ada dalam tangan, pandai sangatlah nak membeli itu dan ini. Lupa nak menyimpan. Buat potongan gaji macam ni senang. Potong untuk diri sendiri dan anak-anak. Tak banyak, skit pun tak apa. Hujung tahun baru pergi update buku.

Nak buka akaun Tabung Haji senang je:-
> Boleh buka dari anak berumur sehari dan ke atas.
> Salinan surat beranak anak.
> Salinan kad pengenalan penjaga.
> Bawa surat beranak dan kad pengenalan penjaga yang asal.
> RM10 sebagai permulaan nak buka akaun.
> Cawangan Tabung Haji ada merata-rata senang bila nak buka akaun.

Isi borang ni yer.....


Kalau nak buat potongan gaji jangan lupa isi borang ni. Pastu bagi copy kat Bahagian Gaji/Payroll.


Ni dia buku Tabung Haji kalu sapa-sapa tak pernah tengok.


Untuk Haziq Fahmi dan Hadif Syahmi saya dah buka dah akaun Amanah Saham Didik dan Tabung Haji. Untuk Hana Alesya je belum, masih dalam tindakan. Leceh skit isi-isi borang ni. Insyallah, akan diusahakan secepat mungkin.

Tu sajalah cara saya menyimpan untuk anak-anak. Nak buka akaun lain rasa macam tak perlu. Lagipun apa gunanya ada akaun banyak, tapi duitnya tak banyak. Biarlah akaunnya skit, tapi duitnya berlambak!

3 comments:

Linda said...

thanks alot fot the tips..

Aishah Megahasz said...

Linda: Sama-sama :D
Time duit raya budak-budak tengah banyak ni eloklah menyimpan

Anonymous said...

Tq atas info..wan jalil