Thursday, January 29, 2009

Aku nak itu, aku nak itu....

Memandangkan tak lama lagi aku akan ada baby baru, aku merancang nak buat stok susu banyak-banyak. Jadi aku nak.....

1) Mom Precious Breastmilk Storage Set dari Momslittleones


2) Breastmilk Containers dari Avent
Aku nak beli yang Avent punya bekas ni sebab boleh pakai dengan Avent ISIS aku dan set ni ada bekas yang boleh muat 8oz susu. So bila pagi-pagi selalu pam susu dapat banyak, so tak payahla tukar-tukar bekas. Pakai satu je bekas. Senang kerjaku.


Dan memandangkan aku gila babywearing, aku nak ler sangat-sangat yang ni....

1) Snugg Mei Tai dari Snuggbaby
Aku tak decide lagi corak/warna yang mana. Tapi pilihan aku mesti yang ada buckle sebab aku rasa senang nak pakai. Ni contoh corak yang lawa bagi aku. Tapi yang ni original Mei Tai (tak ada buckle).


2) Pouch dari Peekaroobaby
Aku nak design terkini dari Peekaroobaby iaitu Love at First Sight. Colour dia memang yummy.


3) Soft Structure Carrier dari Littlepods
Tapi tak keluar lagi di pasaran. Ini hanya contohnya saja. Lawala....


So, sapa-sapa yang berniat nak bagi hadiah pada aku ataupun nak beli hadiah untuk baby yang bakal lahir ini, mende-mende di atas adalah satu keutamaan. Sekian, terima kasih....hehehehehe....

Wednesday, January 28, 2009

Melawat Zoo Taiping

Cuti Tahun Baru Cina, kami sekeluarga termasuk MIL dan Yati pergi ke Zoo Taiping. Tak merancang pun pergi, tiba-tiba je. Tapi okla seronok sangat. Seronok tengok anak-anak hepi. Lagipun sebelum ni dah 2 kali rancang nak pergi tapi terpaksa dibatalkan saat-saat akhir.

Memandangkan nak pergi aktiviti outdoor, aku decide pakai Aidafiqs Buckle-Tai sebab takut Hadif panas kalau pakai Angelpack. Hm..memang cuaca panas pun. Panas terik.


Orang ramai sangat maklumlah public holiday. Yang aku pelik, orang cina pun ramai jugak datang ke zoo hari tu. Diaorang tak raya ke?

He..he..he...macam buruk je aku pakai topi ni...
Haziq seronok sangat. Teruja tengok binatang-binatang secara live. Yelah..selalu tengok kat TV je...


Lagi seronok sebab Haziq dapat bagi makan rusa. Tapi takut-takut jugak tu.....


Hadif belum habis pusing zoo dah tertido. Penat kot. Panas pun tak kisah, janji dapat tido....


Memandangkan Haziq teringin nak naik train pusing-pusing dalam zoo, kami semua terpaksa beratur panjang sebab orang ramai sangat. Tapi puas hati sebab sebelum ni, aku tak pernah naik train masa datang ke Zoo Taiping ni. Masa ni Hadif dah bangun dari tido. Sebelum train berjalan, posing dulu...hehehehe...


Selalunya Hadif takkan duduk diam dalam kereta. Tapi, masa naik train ni diam pulak dia. Asyik tengok animal kot....


Sebelum balik, posing depan zoo. Terima kasih untuk En. Huzein Fahmi yang rajin ambil gambar.


Lepas solat, kami semua pergi makan. Tak lupa jugak Yong Tau Fu Taiping yang special ni. Memang sedapla...

Main belon, bestnye!

Aktiviti ni memang fun. Dan tak memerlukan banyak duit pun sebenarnya. Budak-budak memang suka. Tak payah kata budak-budak, orang tua pun suke...hehehehe. Masa balik kampung Ipoh baru-baru ni, Haziq & Imaan spend time dengan Maksu main belon. Habih lantai rumah basah-basah. Diaorang kisah apa, hepi je...

Haziq & Imaan

Haziq

Imaan

Maksu Yati tumpang sekaki

Babywearing semasa hamil

Mesti ramai yang ingat bila dan mengandung ni dah tak boleh babywearing. Salah tu...still boleh lagi. Aku buat research skit-skit sebab rasa rugi pulak kalau tak babywearing Hadif lepas ni. Rasa tak puas lagi kendong dia. Baca artikel ni, Babywearing while pregnant.

Dan di sini aku nak tunjuk gambar-gambar babywearing semasa mengandung yang aku cilok dari thebabywearer.com. Enjoy!

Soft Structure Carrier

Ring Sling

Mei Tai

Wrap

Hmm...semuanya back-carry. Aku fobia skit nak back-carry ni sebab tak confident. Tapi insyallah, maybe lepas ni ok skit kot sebab Hadif dah semakin membesar.

Wednesday, January 21, 2009

Sesi jumpa doktor

Kelmarin, dengan gigihnya aku sorang-sorang pergi jumpa doktor. Ni kira tengah bersemangat nak tahu bila tarikh jangkaan aku bersalin. Aku ke Klinik Penawar di Permatang Pauh. Selalunya bila nak scan baby aku akan pergi ke klinik ni sebab doktor kat situ semua pompuan. So, rasa selesa skit. Kalau tidak malu le sayer....

Aku keluar awal dari office dalam jam 4.40petang setelah mendapat kebenaran dari bos. Bukan main lari keluar je. Walaupun masa tu bos tak ada sebab outstation, mana boleh main lari je. Tak baik tau. Berdose...hehehehe...

Masa sampai kat klinik ada sorang ke patient tengah tunggu dengan husband dia. Tapi lama jugakla menunggu. Aku sampai terpejam mata hampir tertido tunggu giliran. Bila turn aku masuk, aku direct bagitau dekat doktor aku mengandung tapi tak tahu dah berapa lama. Aku inform jugak last period aku adalah pada 11/10/08. Sembang lebih kurang skit dengan doktor, dia suruh aku naik atas katil untuk scan. Wah..wah...teruja aku tau tengok baby dalam perut ni. Nampak kecil lagi, tapi doktor kata dah ada nadi.

So, dari hasil scan dijangka aku akan bersalin pada 06/08/09. Doktor kata bila kandungan dah masuk 5-6 bulan aku kena scan lagi untuk confirmkan lagi tarikh. Ok, baik doktor! Habis je semua urusan, aku masuk kereta dan terus call Huzein. Dia hepi la sebab tarikh yang doktor bagi tu dekat-dekat dengan birthday dia 4 Ogos. Kalau dah ditakdirkan, baby ni lahir sama tarikh birthday dia, Insyallah......

Monday, January 19, 2009

I'm pregnant, what to do after this?

1) Pertama-tama sekali aku akan pergi jumpa doktor. Ini untuk memastikan tarikh jangkaan bersalin. Kalau untuk pregnancy yang dulu-dulu aku akan inform dekat doktor hari pertama period terakhir aku, tapi kali ni aku ingat nak mintak doktor scan terus perut aku ni. Sebab apa? Doktor selalunya akan kira tarikh jangkaan bersalin dengan hari pertama period terakhir. Ikut-ikut hari pertama period terakhir aku adalah pada 11 Oktober 2008. Lama dah kan? Dan kalau ikut tarikh tu kira dah 3 bulan la aku mengandung. Tapi last month aku buat UPT keputusannya negatif dan perut aku tak nampak besar pun. Yela...aku ni jenis kulit perut tebal. Mengandung 4 bulan dah kena pakai baju mengandung. Kalu kata sekarang aku ni dah mengandung 3 bulan, mesti perut aku dah nampak besar. Ni macam kecik je. Tu yang aku ingat nak mintak doktor scan terus. Senang, terus boleh tau tarikh. Nanti kira silap jadi masalah pulak. Bila nak pergi jumpa doktor? Insyaallah dalam minggu ni jugak.

2) Bila dah tau tarikh jangkaan bersalin senangla skit. Sebab bila kandungan dah 3 bulan kena pergi klinik kerajaan buat buku merah. Bagi mereka yang pertama kali mengandung ataupun pernah ada masalah semasa mengandung, kena buat buku merah tu bila kandungan dah 2 bulan. Tapi so far aku alhamdulillah, sepanjang aku mengandungkan Haziq dan Hadif tak ada masalah. Selalunya aku akan pergi check di klinik kerajaan ni sehingga kandungan aku mencecah 8 bulan. Lepas tu aku akan stop pemeriksaan di klinik kerajaan (kena inform dengan misi kat situ ye....jangan pepandai terus tak pegi nanti dia call dan call tanya). Aku stop sebab aku akan sambung pemeriksaan di Bagan Specialist Center. Aku bersalin kat sana. Er...kali ni tak tahula. Kena tunggu apa kata bos? Boleh ke Abang?

3) Memandangkan perut aku akan membesar tak lama, nak kena tengokla balik koleksi baju-baju mengandung aku. Rasanya tak payah beli dah sebab semuanya masih dalam keadaan elok lagi. Lagipun aku kan ada berjanji takkan membeli baju baru sehingga Jun ni. So, pakai je apa yang ada. Kalau teringin jugak yang baru, berharap sajalah agar ada orang belikan sebagai hadiah....hahahahaha.....

4) Semasa mengandung, antara perkara yang aku ambil berat sangat adalah kasut yang sesuai. Koleksi kasut-kasut aku yang cun terpaksala disimpan. Tak lama lagi kaki aku pasti akan bengkak. Dan kasut yang paling best dipakai adalah kasut Bata Comfit. Memang design macam makcik-makcik. Tapi tersangatlah selesa dipakai dan harga pun tak mahal. Aku beli time sales dapat RM19.90. Kalau diikutkan hati aku teringin Crocs. Tapi takpela, buat apa membazirkan?

Setakat ni, perkara-perkara ni sajalah yang dalam fikiran aku. Aku tahu ada lagi, contohnya makan ubat/vitamin yang akan diberikan oleh doktor, pemakanan dan macam-macam perkara lagi. Tapi memandangkan aku baru diperingkat awal kehamilan, so nanti-nantilah ye. Yang penting...nak jumpa doktor, nak jumpa doktor.....nak jumpa doktor, nak jumpa doktor.......

Friday, January 16, 2009

...and the answer is

POSITIF

Maybe ada yang tertunggu-tunggu jawapan lepas baca entry sebelum ni. So, diumumkan, aku pregnant. Dah berapa lama? Aku tak sure sebab last month aku buat UPT jugak tapi jawapannya adalah negatif. Lepas ni aku ingat nak pergi klinik dan scan untuk make sure dah lama mana aku pregnant.

Maybe ada yang akan kata, baby baru 11 bulan tapi mengandung lagi. So, what to do? Takkan nak buang? Merepek...bukan merepek tapi gila! Aku tak kisah sebab aku suka dan aku mengandung ada suami. Bukan aku mengandung tak ada suami. Jadi tak ada masalahkan? Ada masalah ke?

Maybe ada yang akan kata lepas ni baby pompuanla pulak. Hm....kalau boleh dirancang-rancang memang teringin sangatla nak baby pompuan. Tapi kalau rezeki Allah tu lelaki aku terima saja. Tak jadi masalah bagi aku. Ada masalah ke?

Bayangkan 6-7 bulan lagi rupa aku mesti cenggini...

Thursday, January 15, 2009

Kisah hari ini....

Hari ini.....sakit-sakit badan aku. Kelmarin ada Pertandingan Boling antara Jabatan. Aku gatai sangat pegi join sama. Dah 2 tahun lebih tak main dah. Dan malam sebelum tu aku tak boleh nak tido sebab sakit leher (tersilap bantal). Jadi aku pun main cincai-cincai saja. Lagipun bukan teror sangat pun. Nak habiskan 4 permainan pun rasa macam terseksa sangat. Tapi habiskan jugakla. Aku tau, tak menang pun. Saguhati pun jangan harap....hehehehehehe.... Yang aku dapat cuma sakit-sakit badan. Petang ni rasa macam nak demam pulak. Er...nak MC ke esok?

Hari ini.....aku beli UPT. Suspennye. Saja nak test tengok nak comfirm betul-betul. Daripada tertanya-tanya baik aku test. Tapi yang tak berapa pueh hati ni harga dia RM10. Kalau beli kat Kulim RM8 je. Cis..cis..cis... Nak tau result? Tunggu esok ye...

Hari ini....aku check website PMMPS. Saja nak tengok result sapa yang menang Breastfeeding Photo Contest. Aku tau dah aku tak menang sebab aku dapat 4 votes saja. Tapi yang bestnya, aku dapat jugak hadiah saguhati. Hadiah tak tahu apa dia. Kena tunggu e-mel dari PMMPS. Yang penting dapat hadiah. Bestnye......

Monday, January 12, 2009

Ninja & Babywearing

Rasanya di Jepun babywearing bukan satu perkara yang baru dan masyarakat di sana dah biasa sangat dengan babywearing ni. Sebab tula bila aku tengok kartun-kartun Jepun (tumpang sekaki tengok dengan Haziq kat Astro Ceria) aku banyak kali terperasan tentang babywearing ni. Antara kartun yang aku terperasan tentang babywearing ni, kartun Hagemaru dan Ninja Boy.

Masa tengah tengok citer Ninja Boy ni aku sempatla ambil gambar. Ninja pun babywearing tau, jangan memain......




Friday, January 9, 2009

Mainan baru Hadif

Dah lama rasanya kami tak beli mainan untuk Hadif. Haziq rasanya lebih beruntung sebab mainan dia banyak sangat. Anak sulong, biasala gitu. Hadif asyik kena main mainan lama Haziq je. So, baru-baru ni kami decice beli mainan baru untuk Hadif.


Suka betul dia dengan mainan baru ni...


Tapi lama-lama Haziq pulak yang lebih-lebih main. Takpe, janji main sama-sama.

Lukisan Haziq

Haziq dah mula bersekolah balik. Tahun ni merupakan tahun kedua dia ke tadika. Masa dia berumur 3 tahun kami dah hantar dia ke tadika dengan tujuan supaya dia pandai berkawan sebab kalau duduk di rumah Tok dan Tok Wan memang tak ada kawan. Kawan dengan Tok dan Tok Wan sajala.

Semalam Huzein ajar dia menulis huruf A. Lama-lama dia jadi boring dan mula melukis. Kata dia "Ni gambar Abah..."


Lepas tu Huzein suruh dia lukis gambar aku pulak....


Dan ini gambar adik, katanya...


Comel jekan?

Haziq tengah asyik melukis

Thursday, January 8, 2009

Buku Panduan Penyusuan

PANDUAN PENYUSUAN SUSU IBU BAGI IBU BEKERJAYA


Antara isi kandungan:
> Penyusuan susu ibu - Mengapa perlu menyusu secara eksklusif
> Perancangan awal untuk ibu bekerja
> Persediaan memerah susu
> Latihan memerah
> Panduan penyimpanan susu ibu
> Cara memberi perahan susu ibu
> Tips kejayaan penyusuan susu ibu
> Cara mudah memantau tumbesaran bayi
> Carta pertumbuhan
> Sumber makanan berkhasiat untuk merangsang penghasilan susu
> Teknik penyusuan yang betul
> Cabaran penyusuan susu ibu
> Kisah benar penyusuan susu ibu bekerjaya

Bagi aku, buku ni bagus sangat dibaca oleh ibu-ibu bekerja yang merancang breastfeed baby mereka. Bukan semua orang ada akses ke internet untuk surf susuibu.com atau website panduan penyusuan ibu yang lain. So, buku inilah panduan lengkap yang dapat membantu.
Buku ni pun aku dah hadiahkan pada beberapa orang. Tak mahal RM10 je. Tetapi dengan RM10 tu harap-harap dapat memberi manafaat yang banyak untuk ibu dan baby meraka. Insyaallah.....
Berminat nak beli? Boleh beli dari Charantya Store. Tapi buat masa sekarang out of stok. Sorry.....

Wednesday, January 7, 2009

Yeah..menang 1st prize

Yeah...syoknye menang. Yang paling best dapat 1st prize lagi. Dapatla 6,000 point dan boleh redeem barang dari website Dutchlady. Bolehla redeem susu untuk Haziq. Jimat belanja.....

(Copy dari website Dutchlady)
MOM-GET MOM CONTEST WINNER

The winners of our 'Mom-Get-Mom' contest held during 20 August 2008 – 20 October 2008have been announced! Congratulations to the names listed below, and thank you to all participants for making this contest a success. Let’s continue to redeem exciting products with our Reward Points!

Grand Prize – 6,000 Reward Points :
Name: Noor Aisah Binti Ahmad
I/C No: 781018-07-XXXX


Second Prize – 2,000 Reward Points :
Jessica Tan Ching Woen 810822-05-XXXX
Ngan Chui Mooi 750829-10-XXXX
Ng Ming Choo 770221-11-XXXX

Third Prize – 600 Reward Points :
Noor Saliza Binti Razali 780409-05-XXXX
Ayu Rafikah Binti Mohd Amin 780312-03-XXXX
Leong Pooi See 710103-10-XXXX
Tiew Lay Yoong 821122-10-XXXX
Abidah Binti Mohd Pawaid 780630-08-XXXX
Noreehan Bt Mohamad Kassim 770727-10-XXXX
Lau Lai Lai 730505-08-XXXX
Aniza Binti Daud 750118-07-XXXX
Choh Poh Lian 820728-10-XXXX
Marlisa Binti Abdullah 820612-06-XXXX

Monday, January 5, 2009

2009, Impianku...

Aku tak set apa-apa azam pun untuk 2009. Malas sebab biasanya sama je tiap-tiap tahun. Tapi alangkah bagusnya kalau 2009 ni....

1) DUIT simpanan aku bertambah, bertambah dan bertambah lagi. Kalau boleh aku nak simpan lagi banyak duit. Maklumlah ekonomi dijangka meleset. Kalau jadi apa-apa (kalau....) at least aku dah ada simpanan. Jadi aktiviti membeli-belah akan dikurangkan. Perkara-perkara yang bukan keperluan akan ditolak ke tepi. Er...baby carrier tak termasuk tau..hehehehe...
Jimatkan duit. Sekarang pun dah start dah buat tabung. Biarlah orang kata macam budak-budak. Duit syiling yang aku ada dan jumpa masa kemas-kemas rumah aku simpan. Boleh dapat dalam RM300 setahun tau, sapa nak kasi? Kalau boleh nak RM15ribu dalam simpanan. Boleh? Hish...tingginya impian.....

2) BERAT badan aku turun, turun dan turun lagi. Tapi bukannya turun sampai cekeding. Aku plan nak turunkan skit lagi. Nak turun tu lambat sangat. Nak naik tu cepat, tak susah....

3) KOLEKSI Baby Carrier aku bertambah lagi. Ni kira perabih duit jugak ni. Dah minat, nak buat camna? Tapi pembelian baby carrier ni pun akan diteliti sebaik mungkin sebelum beli. Bukan main rembat beli je supaya aku akan puashati dengan semua koleksi baby carrier yang aku ada.

4) RUMAH aku sentiasa kemas dan bersih. Bukan apa, dengan anak-anak yang semakin membesar ni, nak maintain kemas tu susah sangat. Kadang-kadang jadi tension pulak. Kemas sekejap je, lepas tu dah selerak balik. Dan 2009 ni aku plan nak bagi rumah lawa, buang mende-mende yang menyemakkan, kemas stor, buatkan bilik yang best untuk anak-anak aku, bla..bla..bla...Huh..duit semua tu! Takpe, kita carik sponsor.....

5) BERCUTI dengan sebenar-benarnya. Tahun lepas cuma pegi KL dan Johor je. Tupun sebab pegi Konvo Huzein di UTM, singgah kat KL sekejap. Plan nak jalan-jalan di Penang pun tak jadi sebab Haziq sakit. Insyallah, tahun ni aku akan plan betul-betul percutian yang hebat untuk family aku...chewah....murninya hasrat :P.

6) MASA yang ada lebih dihargai. Memandangkan aku bekerja, masa sentiasa saja tak cukup. Dan masa aku dengan family aku hanya ada beberapa jam saja sehari berbanding masa ditempat kerja. Jadi aku harap aku akan lebih menghargai masa yang ada dengan family aku, habiskan masa yang ada dengan perkara-perkara yang menggembirakan mereka, main dengan anak-anak dll......

Cukupla banyak ni je. Karang banyak-banyak tak tertunai rasa macam tak bestkan.....

Friday, January 2, 2009

My Angelpack Paprika

Walaupun dah lama beli, baru kali ni aku berkesempatan betul-betul test Angelpack yang aku beli dari Frogmama. Inila Angelpack Paprika Production Sampel aku....


Bahagian Luar

Bahagian Dalam

Action picture...




Action picture kat dalam rumah je. Aku dah try pakai jalan-jalan ke Tesco shopping barang rumah. Rasa berbaloi beli sebab rasa selesa sangat bila pakai terutamanya di bahagian pinggang. Tapi Hadif macam boring je duduk dalam tu. Body Angelpack ni macam tinggi skit dari Aidafiq Buckle-Tai. Kalau ikut keselesaan Hadif patut duduk ke bawah dan kira tangan dia tak dapat keluar dari body Angelpack tu. Jadi tak dapatla dia tangan merewang-rewang nak pegang semua mende. Aku tengok dia boring, aku pun keluarkan tangan dia. Tapi aku rasa tak berapa selesa pulak buat macam tu. Maybe bila Hadif dah besar/tinggi lagi skit dia akan lebih selesa.

Back carry tak penah try lagi. Tak confident. Kalau tak confident baik tak payah buatkan?. Tunggula Hadif besar lagi skit.....
Sorry ye aku tak pandai sangat nak bagi review. Pandai pakai je...hehehehe...