Friday, February 27, 2009

Saya budak baru belajar

Ok murid-murid, ini huruf apa? Huruf M cikgu? Bukan da....


Baca bukula pulak....


D-U-C-K, duck....


Boring buku ni, tukar buku la pulak....

Hadiah untuk Hadif

Ini dia hadiah birthday untuk Hadif Syahmi. Mula-mula ingat nak beli basikal kecik, tapi memandangkan kaki macam tak sampai je, terus beli kereta ni. Ini adalah pilihan abah, tapi warna pilihan ibu. Murah je...tak sampai RM50 pun. Abah yang bayarkan...hehehehe...

Friday, February 20, 2009

Happy Birthday Hadif Syahmi

Hari ni merupakan ulangtahun kelahiran Hadif Syahmi yang pertama. Pejam celik, pejam celik dah setahun dah umur dia.

Gambar ni diambil lebih kurang seminggu umur Hadif. Masa ni tak cukur kepala lagi.


Ni lastest picture. Ada banyak perbezaan tak?

Thursday, February 19, 2009

Tomorrow, Hadif will turn ONE!


Esok, 20 Februari 2009. Hm...rasa sekejap saja Hadif akan masuk usia satu tahun. Mak aku plan nak buat pulut kuning dan sedekahkan pada orang kampung. Hadiah untuk Hadif tak decide betul-betul lagi tapi maybe akan belikan dia basikal. Lambat skit pun takpe, janji beli.

Yahoo...esok boleh makan pulut kuning dan kek (macam birthday aku pulak!).

Wednesday, February 18, 2009

Sudut Mainan Haziq & Hadif

Memandangkan aku dah berjanji dengan Huzein untuk buat sudut mainan dekat anak-anak, jadi inilah hasilnya. Sebenarnya dulu aku dah pernah buat dah sudut mainan ni dekat Haziq, sebelum Hadif lahir. Tapi, bila rumah asyik berselerak je aku ambil keputusan untuk simpan setengah mainan dalam stor. Tak laratla nak mengemas.

Tapi bila Hadif semakin membesar, rasanya elok juga ada sudut mainan ni. Sekurang-kurangnya mainan takla ada di sekitar rumah. Ada dekat satu tempat saja.

Aku ambil banyak juga gambar sudut mainan ni. Tapi aku terdelete pulak. Ceh...

Rasa-rasanya lama mana sudut ni boleh kemas ye? Dengan 3 orang hero (Huzein + Haziq + Hadif) rasanya sekejap saja dah berselerak balik. Huhuhuhuhu...... Takpela. Demi anak-anak aku rela......

Testing, testing.....

Kami baru je beli vacuum. Sebelum ni pakai vacuum kecik dapat hadiah masa kahwin dulu. Tak sesuai sangat untuk vacuum rumah, kalau kereta ok. Sebab tu aku dan Huzein decide beli vacuum ni. Huzein lepas beli je terus rajin vacuum rumah..hehehehe.... Maklumlah mende baru, excited lebih. Dan anak-anak pun sibuk nak test sama.

Mula-mula Hadif. Dia tak takut pun dengan bunyi bising vacuum ni. Suka lagi dia dengar bunyi vacuum yang bingit ni.


Sibuk tekan sana, tekan sini.


Sibuk juga nak tolong vacuumkan rumah dengan penuh perasaan pulak tu....



Haziq yang takut dengan bunyi bising vacuum ni duduk jauh-jauh. Jangan tertipu dengan gambar ini. Sebenarnya gambar ni gambar eksyen je dia tengah dok vacuum. Sebenarnya masa ni Huzein dah matikan suis. Kalau tidak, jangan harap Haziq nak pegang vacuum ni.

Proton MPV Exora

MPV Malaysia pertama keluaran Proton dinamakan sebagai EXORA.


Nama Exora dizahirkan daripada nama bunga Ixora nama yang dipilih daripada ratusan ribu nama yang dicadangkan oleh orang ramai dalam Peraduan Menamakan Proton MPV baru-baru ini. Pemenang contest ni adalah seorang guru pelatih Norsholihan Abd. Eanich, dari Jitra, Kedah. Bestnya dia dapat MPV free. Aku masuk tapi naper tak terpilih? Huhuhuuuuu.......

Nampak gayakan kena simpan duitla kalau nak naik MPV ni. Harga MPV Exora ni kurang daripada RM80,000 dan yuran tempahan ditetapkan pada RM1,000.

Tapi yang tak puashati ni naper pilih nama Exora? Macam tak patriotik je. Kan kereta buatan Malaysia, nama pun kenala ada ciri-ciri keMalaysiaan skit. Saper setuju angkat tangan.....


Bunga Exora (Ixora)? Aku panggil Bunga Jarum. Cuba tanya kat orang kampung kenal tak bunga Exora? Bunga Jarum depa taula......

Tuesday, February 17, 2009

Kenangan di ITM Shah Alam

Dulu di ITM Shah Alam aku ambik kursus Diploma Kesetiausahaan Eksekutif. Berbelit lidah nak menyebutnya. Sekarang ni UiTM dah tak offer dah kursus tu. Sekarang ni dah jadi Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat. Kira kitaorang antara batch-batch terakhir yang ambik Diploma Kesetiausahaan Eksekutif ni. Ingat-ingat balik, pecah kepala nak habiskan kursus ni. Terseksa jiwa dan raga dengan subjek Trengkas dan Shorthand. Tapi alhamdulillah, habis jugak dan ada gak kerja....hehehehe...

Gambar ni diambil dalam bilik typing. Masa tu tak pakai komputer lagi. Ni pun satu seksa, bila salah kenala padam, nasib baik mesin taip ni canggih skit. Kalu pakai yang zaman dulu kala lagila tensen. Budak-budak zaman sekarang dah berasa senang sebab ada komputer, salah boleh delete je. Budak-budak zaman sekarang semuanya senang, sebab tu mengada-ngada...hehehehe...tak boleh nak susah skit. Betul tak?

Friday, February 13, 2009

Kenangan zaman sekolah...

Aku suka facebook...hehehehe...Bukan apa, dengan facebook aku dapat jumpa balik dengan kawan-kawan sekolah, ITM (walaupun secara maya). Sekurang-kurangnya dapat tanya khabar, tahu perkembangan masing-masing, dapat tengok life diaraong sekarang. Bestlakan?

Gambar zaman sekolah aku ni, aku jumpa dalam facebook kawan aku, Hidayu. Gambar masa form 5 tak silap aku. Masa tu aku sekolah di Sekolah Menengah Convent Bukit Mertajam. Aku tak glemer masa sekolah dulu. Sebab aku bukan budak pandai, bukan budak yang rajin bersukan dan aku tak cun...heheheheh. Cuba carik mana satu aku? Masa tu aku tak pakai tudung lagi.


Ni gambar masa join persembahan dikir barat. Aku suke gambar ni.....

Tuesday, February 3, 2009

Awana Porto Malai Resort in memory

Aku suka ke Langkawi. Masa honeymoon dulu, aku ke Langkawi dan masa Haziq Fahmi berumur 10 bulan, kami ke Langkawi sekali lagi. Kenapa ye?
Aku boleh shopping.....


Huzein & Haziq boleh mandi laut.....


Dan Haziq suka dapat main pasir.....


Kami memilih untuk menginap di Awana Porto Malai Resort Langkawi melalui pakej online yang menawarkan harga bilik yang sangat-sangat berpatutan. Lagipun biliknya sangat selesa dan berdekatan dengan laut, menjadikan percutian sangat istimewa.




Kawasan di sekitar hotel juga cantik. Haziq sangat teruja tengok bot-bot yang banyak sekitar hotel.






Istimewanya, ikan yang sama ada di Awana Genting Highlands ada juga di Awana Porto Malai Resort ni. Atau aku yang silap?


ALAMI PERCUTIAN HEBAT, BAKAL MENJADI KENANGAN SEPANJANG HIDUP DI AWANA PORTO MALAI RESORT, LANGKAWI.

klik sini untuk promosi hebat

Awana Genting Highlands in memory

Pada tahun 2005, semasa mengandungkan Haziq Fahmi (7 bulan) aku telah dijemput untuk satu sesi pengambaran promo Peraduan Foto Impian Berganda di NTV7. Penginapan kami telah ditaja oleh pihak Awana Genting Highlands Golf & Country Resort. Memang best tempatnya.
Bilik besar, selesa dan cantik.....


Tempat makan yang selesa, bersih ditambah dengan makanan yang sedap serta banyak pilihan.....


Permandangan di kawasan hotel yang cantik dan memukau.....


Termasuklah ikan-ikannya.....


Perkhidmatan bas turut disediakan dari hotel ke tempat kereta kabel bagi kemudahan pengunjung.....


Yang paling best semua krew dan peserta yang terlibat sporting belaka.....


HAYATI KEINDAHAN AWANA GENTING HIGHLAND DALAM PERCUTIAN YANG HEBAT LAGI MENGASYIKKAN.....


klik sini untuk promosi hebat

Mari Mengaji

Alhamdulillah, kelmarin Haziq Fahmi dah start dah kelas mengaji Al-Quran dia. Kalau diikut-ikutkan hati ibu ni rasa macam kecik sangat Haziq ni dah kena pergi kelas mengaji. Bulan ni Haziq Fahmi baru nak masuk 3 tahun 4 bulan. Start ke Tadika masa umur 2 tahun 6 bulan. Aku masa umur tu entah tak reti apa-apa lagi, masih dok ingat main-main lagi. So far, aku nampak dia ada minat nak belajar mengaji dan suka. Asyik-asyik suruh ajar. Harap-harap Haziq Fahmi dapat ikut kelas mengaji dia dengan baik dan jadi anak yang soleh. Amin......

Monday, February 2, 2009

Biasala tu...

Bila mengandung ni, adala perkara biasa bagi aku kalau......

.....selera makan bertambah-tambah. Asik-asik nak makan, asik-asik nak makan. Dan aku apa lagi, makan sajala tanpa rasa bersalah. Tak perlu jaga diet dan risau tentang berat badan yang naik mencanak-canak. Lepas bersalin baru fikir balik camna nak kuruskan badan ok.

.....asik-asik pegi toilet buang air kecik. Penat makcik. Toilet tu pun gamaknya boring dengan aku. Cuma takleh bagitau je....

.....emosi berlebih-lebihan. Sensitif yang teramat. Tak boleh tak kena skit mesti nak merajuk atau hangin satu badan. Bersabar ye Encik Huzein Fahmi. Banyak pahala tau layan karenah isteri yang sedang mengandungkan anak abang ni.....

.....susah nak tido malam. Aku kalau terjaga tengah malam, nak tido balik susah sangat. Tensen tau. Padahal badan ni letih dan dalam hati menjerit-jerit nak tido. Pusing kanan tak kena, pusing kiri tak kena. Last2 berangan....huhuhuhuuu....

.....gusi berdarah tanpa sebarang sebab. Maybe sebab tak cukup kalsium. Entahla. Aku pun tak suka nak minum susu untuk ibu-ibu mengandung ni macam Anmum & Enfamama. Tak sedap wek...wek... Selalunya aku ambil alternatif lain dengan minum susu kotak Dutchlady ataupun soya. Lagi sedap. Berkotak-kotak habis pun takpe.

.....tangan kebas. Ni pun antara simptom-simptom kurang kalsium gamaknya. Apa lagi, kena minum susu le...

.....kaki bengkak. Jadi terpaksala aku simpan kasut-kasutku yang cun di dalam almari sehingga start kerja balik. Buat masa sekarang ni tak bengkak lagi. Tapi skit hari lagi bengkak le tu. Orang kata nak elakkan kaki bengkak ni jangan duduk kaki terjuntai dan masa tido make sure kaki tinggi dari badan (letak atas bantal). Aku buat tapi bengkak juga. Tapi aku tak kisah sangat sebab lepas bersalin nanti kaki bengkak ni automatik akan surut sendiri.

.....sakit montot. Macam lawak je, orang sakit pinggang, dia sakit montot. Dalam masa ni, tulang montot dalam proses terbukak supaya senang bersalin, sebab tu kadang-kadang rasa sakit. Bila duduk lama, nak bangun mesti rasa sakit. Nak duduk pun sakit. Pendek kata serba sakit. Kalau tamau sakit jangan mengandung. Sebab tula 'syurga di telapak kaki ibu' sebab ibu-ibu tersangatla terseksanya masa mengandung. Kalu lelaki yang terseksa begini, maunya diambil pisau dan belah perut sendiri...keh..keh...keh...