Tuesday, March 31, 2009

Makan apa mengandung ni?

Sekarang ni usia kandungan dah masuk 4 bulan lebih. So far, masa saya pergi klinik hari tu, saya diberikan 4 jenis ubat untuk di makan. Saya makan jela....makan ubat tak ada masalah bagi saya. Ini dia ubat-ubatnya....kecik-kecik. Sekali telan je 4-4 ubat tu. Teror tak sayer?


Selain tu saya ambik jugak suplement spirulina jenama Elken. Mahal la jugak harga dia tapi dibeli oleh suamiku. Terima kasih abang!


Pastu saya selalu makan kismis. Kismis ni sangat elok di amalkan oleh ibu-ibu mengandung (saya baca dalam Pa&Ma). Tapi saya tak ingat apa khasiatnya. Saya beli kismis minda & doa. Rasa pun sedap. Mende sedap lagila tak ada masalah nak makan.


Selain mende-mende di atas, saya jugak mengamalkan minum susu setiap hari untuk menambahkan kalsium. Tapi bukan susu tepung tau, sebab saya memang tak suka susu tepung. Yang boleh/suka minum susu tepung bolehla minum Anmum, Enfamama ataupun jenama lain di pasaran. Saya cuma minum susu dalam kotak macam susu Dutch Lady ataupun susu soya.

Arwah Tok saya memberi petua supaya minum air kelapa. Air kelapa menurut arwah Tok dapat menguatkan rahim. Selain tu bila baby dilahirkan, kulit baby terutamanya bahagian kerak di kepalanya lebih bersih. Kalau dulu masa arwah Tok ada, sibuk dikaitnya kelapa dekat rumah untuk saya minum. Sekarang ni, beli je kat kedai..isk....


Ada jugak yang memberi petua supaya makan buah delima (sebiji dimakan tanpa berkongsi dengan orang lain). Petua ini boleh menjadikan anak bijak. Saya ikut saja. Selalunya bila mengandung, saya mesti akan beli buah delima sekurang-kurangnya sekali untuk makan. Tak susah nak dapat sekarang buah delima sebab di kedai buah pun banyak dijual.


Selain buah-buahan di atas, saya dapat petua dari kawan untuk makan sengkuang cina. Ini bagi mengelakkan anak mendapat kuning/jaundis. Tapi keberkesanannya tak tahula sebab setiap kali mengandung mesti terlepas nak dapatkan sengkuang cina ni. Kali ni bolehla cuba.

Monday, March 30, 2009

Alkisah Durian

Aku pun tak paham, setiap kali mengandung mesti nak makan durian. Nak kata mengidam, tak jugak, sebab aku memang suka makan durian. Tapi dari mengandungkan Haziq sampaila sekarang ni mesti buat permintaan dengan husband suruh belikan durian. So, untuk kesekian kalinya berusahala En. Huzein Fahmi mendapatkan durian untuk isterinya ini...

Inila durian yang dibeli...


Inila wajah orang yang sangat gumbira bila dapat durian....
(Sila abaikan muka dan baju batman yang huduh itu)


Terima kasih pada En. Huzein Fahmi yang bersusah payah mendapatkan durian ini. Tapi rasanya tak susah sangatkan? Lainla kalau mintak durian yang isinya merah macam ni......


Monday, March 23, 2009

Jom ke Bangsar Village


Malaysian Babywearers (MBW) telah dijemput untuk turut serta dalam Bumps & Mums Weekend at Bangsar Vilage. Jom turut serta!

Program ini akan berlansung selama 2 hari dan MBW akan terlibat dalam slot pada 4 April 2009, jam 2.30 - 3.30 petang di mana public akan diperkenalkan dengan babywearing dan peranan MBW dalam mempromosikan babywearing. Talk akan disampaikan oleh Jess dari MBW.

Pada semua ibu dan bakal ibu, apa lagi...jom ke Bangsar Village. Pelbagai perkara menarik mengenai babywearing bakal dipelajari. Tak rugi kalau ke sana. Hadiah menarik menanti anda juga!

Untuk program penuh klik di sini.

Thursday, March 19, 2009

Haziq & Hadif

Ramai yang cakap, both of them look different. What do you think?


Aku cuba compare gambar aku dan Huzein masa kecik-kecik dengan gambar Haziq dan Hadif. Haziq banyak rupa Huzein dan Hadif banyak rupa aku cuma pipi aku lebih tembam, biasala...seksi...hahahaha...

Huzein & Haziq




Aku & Hadif



Agak-agaknya si kecik dalam perut ni ikut muka siapalah ye...?

Hadif dan mulut ikannya....

Aiyoo...apa dah jadi? Muncung semacam je ni. Inila reaksi Hadif bila disuruh buat mulut ikan. Lucukan?





Thursday, March 12, 2009

Shopping lagi?

Jangan salah anggap. Aku bukan shopping baju ataupun mende-mende yang tak perlu. Cuma melengkapkan barang-barang untuk projek breastfeeding yang aku rancang untuk 3rd baby aku ni.

Antara yang aku beli...

1) Bekas Avent


Bekas Avent ni aku beli yang set 10 (8oz). Mula-mula ingat nak beli yang set 20 (6oz + 8oz), tapi tak ada pulak. So aku beli sajalah yang 8oz ni sebab aku memang sangat-sangat memerlukannya. Bekas Avent ni boleh muat dengan pam Avent ISIS aku. Time pagi-pagi bila aku pam susu selalunya dapat dekat-dekat 8oz jugakla. Jadi dengan adanya bekas ni, tak payahla aku tukar bekas 2 kali sebab yang aku ada sekarang cuma bekas 6oz. Aku beli dekat Parkson sebab time tu ada sales. Jimat skit.

Ada jugak yang suggest aku beli pam baru, jenama lain. Tapi buat masa sekarang, rasanya pam inilah yang terbaik untuk aku. Kalau aku berubah fikiran di masa akan datang, tak tahula...

Ini dia pam kesayanganku. Aku letak dalam jag supaya senang dibawa ke sana ke mari sehingga menimbulkan syak wasangka yang bukan-bukan dari orang lain terutamanya di bulan puasa...hahahaha....



2) Mom's Precious Cooler Bag Set


Set ni bagus sebab ada cooler, icepack dan jugak storage bottle. Semua dalam satu pakej. Senang. Beli dari Shida, Charanty Store.

3) Mom's Precious Breastmilk Storage (12 pack)


Yang ni pun beli dari Shida, Charantya Store. Nak buat stok susu kenala ada tempat menyimpan susunya. Kalau tak cukup aku ingat aku beli bekas dadih saja sebagai tambahan.

4) Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya


Sebenarnya sebelum ni aku dah ada buku ni. Beli banyak kali dah dari Shida tapi aku hadiahkan pada orang, sampai kat aku tak ada. So, aku beli satu simpan sebagai rujukan. Mana tahu bila-bila nak rujuk nanti senang dah ada.

Mende-mende yang aku beli dari Charantya Store ni tak dapat lagi. Huh...tak sabarnya nak tengok. Walaupun tak akan pakai lagi sekarang, tapi biasalah benda baru beli, mesti nak belek-belek......

Untungnya menjadi IBU!

Untung camna tu ye....

> Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda, "IBU lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." Kira doa seorang IBU lebih makbul daripada bapa.

> Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

> Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

> Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan IBUnya melahirkannya.

> Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi IBU itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

> Apabila semalaman IBU tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

> Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?". Jawab Rasulullah, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "IBUnya."

> Apabila memanggil akan engkau dua orang IBUbapamu pada masa yang sama, maka jawablah panggilan IBUmu dahulu.

> Syurga itu di bawah tapak kaki IBU. Yang ni semua orang sedia maklum :D

Untungkan jadi seorang IBU? Diwaktu-waktu letih menjaga anak-anak, dimasa-masa susah menanggung kepayahan mengandung dan kesakitan semasa melahirkan, fikirkan perkara-perkara ini. Mesti sejuk hati dan rasa sangat-sangat beruntung. Dan akula antara orang-orang yang beruntung tu.....

Wednesday, March 11, 2009

Buku Merah


Buku merah ni tersangatlah berkaitan dengan ibu-ibu mengandung. Buku merah ni sebenarnya Buku Rekod Kesihatan Ibu. Warnanya merah, sebab tula kalau tanya ibu-ibu mengandung buku merah, mesti diaorang tahu.

Untuk mereka-mereka yang pertama kali mengandung, buku merah ni kena buat bila kandungan masuk 2 bulan. Untuk yang kali kedua, ketiga dan seterusnya, bila kandungan masuk bulan ke 3, dah kena buat buku ni.

Aku pun baru je buat buku merah ni. Kandungan dah masuk...er...dah berapa bulan ye? berapa minggu ye? Aku pun tak ingat....hehehehe... Kerja leceh jugakla bila buat buku merah ni. Ukur tinggi (macamla ketinggian aku ni berubah setiap tahun), timbang berat, check air kencing, check tekanan darah, yang tak best ambik darah..huhuhu... banyak pulak tu, check perut, pendek kata satu badan luar dan dalam la nak dichecknya.

Adalah dinasihatkan buku merah ini dibawa ke mana-mana sahaja anda pergi. Bukan apa, dah le mengandung, kalau terjadi apa-apa (mintak simpanglah ye..) senang skit nak check perkembangan kehamilan dan senang skit doktor nak bagi rawatan.

Masa pergi buat buku merah ni, aku tersilap cakap (tersilapkah aku?) yang abah aku ada kencing manis. Jadi, aku diminta buat MGTT. Ala....test yang minum air gula tu. Aku decide buat di IPPT saja. Leceh pergi klinik buat sebab ambik masa yang lama. Lepas tu nak terkejar-kejar pergi office pulak. Resultnya, alhamdulillah ok. Kalu tak mesti kena buat test ni lagi. Eeee....tak mau! Tak sedap, meloyakan dan boleh buat aku pitam. Tolonglah!

Friday, March 6, 2009

Exam Result

Peperiksaan bulanan Haziq baru saja habis. Untuk monthly exam ni Haziq kena ambil 3 paper (BM, BI dan Matematik). Sepatutnya exam ni dibuat 3 hari pada 23, 24 & 25 Februari. Tetapi memandangkan kami semua terpaksa bergegas balik ke kampung Setiawan, Opah Huzein meninggal, Haziq 'dipaksa' ambil ketiga-tiga paper ni pada 22 Februari.

Resultnya:-
BM = 100%
BI = 100%
Maths = 96%




Balik kerja kelmarin, tengok Haziq asyik belek hadiah yang teacher dia beri. Huzein tunjukkan aku stiker ni. Wah, bangga betul ibu.....hehehe...Haziq dapat No. 1 untuk kelas 4 tahun. Pergh, kembang hidung ni. Ni belum Haziq konvo ke apa, kalau tak mesti semuanya kembang. Alhamdulillah, semoga Haziq Fahmi terus terang hatinya dalam menimba ilmu. Amin......

TMC Family Day

Lama jugak aku tak update blog. Sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak jengah sini.
28 Februari lepas Tadika Minda Cerdas (TMC) buat Family Day. Rasanya mak bapak budak-budak dekat tadika tu yang seronok lebih-lebih, bukannya budak-budak tadika...hehehehe....(tak termasuk sayer ye....)


Semua student dibahagikan kepada 3 kumpulan (hijau, biru & merah). Haziq kumpulan hijau. Program dibuat di taman depan rumah aku saja. Pergi jalan kaki. Aku dengan semangatnya pakai baju dan tudung warna hijau, abah pakai baju yang TMC bagi (baju putih tulisan hijau) dan Hadif pakai baju Pooh warna hijau sebagai tanda sokongan.



Jom tengok apa yang terjadi pada hari tu....






Dalam kebisingan dan kesibukan orang ramai, Hadif tertido dalam Angelpack. Letih kot sebab terpaksa bangun awal.


(aku pun nampak macam nak tertido jugak...heheheheh...)

Terus aku letakkan dalam stroller. Bagi dia selesa skit tido.


Bangun je tido, ceria betul dia. Puas tido la tu....


Habis saja program semua orang berkumpul di TMC untuk acara makan-makan dan penyampaian hadiah. Kumpulan Hijau menang nombor 1. Seronok betul Haziq dapat hadiah termasukla mug Intel. Ceh....kat rumah pun banyak. Takpela, yang penting seronok sebab menang. Huzein, Haziq & Hadif dah kenyang makan, aku duduk sorang-sorang enjoy my food.....