Wednesday, April 29, 2009

Peraduan Dwi Ganjaran Dutch Lady 2009

Aku masuk contest anjuran Dutch Lady ni. Grand prize dia RM100,000.00 untuk beli rumah baru atau settlekan bayaran rumah sekarang. Best apa? Bilalah Dutch Lady nak announce sapa yang menang grand prize ni. Kalaula aku yang menang....
Er...tak dapat grand prize pun takpe la. Sebab dengan point yang ada sekurang-kurangnya boleh tukar dengan barang (tuala, bekas serbaguna, frame & t-shirt). So dengan point yang ada, aku tukar dengan 15 helai tuala dan 6 bekas serbaguna.

So, kelmarin baru sampai 3 bekas serbaguna tu.


Bentuk dia lebih kurang camnila.


Satu bekas aku beri pada mak aku. Yang tak bestnya salah satu bekas tu rosak/pecah. Ni mesti kerja posmen yang main baling-baling je barang. Nanti aku nak try call Dutch Lady mana tau boleh tukar. Tak boleh pun tak pela.....

Sekarang aku masih menunggu 15 helai tuala dan 3 bekas serbaguna. 10 pek susu Dutch Lady yang aku redeem pun tak sampai-sampai lagi. Karang komplen banyak-banyak lagila orang tak layan. So, nak buat camna lagi?

p/s: Ring Sling baru dah sampai. Tapi try pakai tak menjadi pulak....huhuhuuuu....

Tuesday, April 28, 2009

Kehamilan: 23 Minggu

Tempoh Kehamilan: 23 Minggu
Berat Badan: 62kg

Hari Sabtu lepas aku pergi jumpa Dr. Fawziah di Bagan Specialist Center, Butterworth. Ikut kebiasaannya (anak 1st & 2nd) aku akan start jumpa Dr. Fawziah ni bila kandungan berusia 7 bulan lebih. Tapi kali ni aku dan Huzein decide pergi awal sebab aku frust dengan doktor di Klinik Kesihatan Kulim. Frust sebab apa? Karang termengumpat pulak. Malasla nak citer.

Bila dah jumpa Dr. Fawziah ni hati aku jadi tenang skit. Dr. Fawziah kata due date aku ikut latest scan yang aku buat di Klinik Penawar, Permatang Pauh iaitu pada 24 Ogos 2009. So, lepas tu Dr. Fawziah scanla baby dalam perut aku ni untuk tengok keadaan. Wah...dah ada tempat scan baru. Lawa dan canggih lagi. Rasa rugi pulak tak bawa kamera, kalau tak dah boleh ambil gambar masa doktor tengah scan aku.

Masa ni Dr. Fawziah scan guna yang 2D punya. Gambarnya lagi clear daripada di Klinik Muslimah. Aku excited nak tahu juga jantina baby. Tapi tak nampak. Dr. Fawziah kata nanti bila kandungan dah masuk 7 bulan boleh buat scan 4D. Wah..mesti nampak lagi clear muka baby ni. Tapi tak tahula berapa kos dia. Ada sapa-sapa tahu tak? Meh le bagitau......

Ni gambar terkini baby aku. Dari bentuk muka aku rasa muka dia nanti mesti macam Hadif Syahmi. Nanti dah lahir nanti kita tengok rupa siapa ye?

My 1st Ring Sling

Macam tak percaya je aku beli Ring Sling. Sejak 'terjebak' dalam babywearing, aku rasa aku takkan sekali-kali akan mencuba Ring Sling, Wrap dan original Mei-Tai. Bukan apa, aku rasa susah nak pakai. Nak yang senang je...hehehehe...

Tapi sejak mengandung dan perut dah semakin membesar, rasanya Ring Sling adalah yang paling sesuai aku pakai. Ring Sling ni boleh adjust kekecilan dan kebesarannya. Dengan Ring Sling aku boleh hip carry Hadif. Pouch dah aku dah tak boleh pakai sebab aku rasa ketat semacam je. Kalau pakai Aidafiqs Buckle-Tai ataupun Angelpack, aku boleh front carry je. Tupun lama-lama rasa tak selesa sebab Hadif akan duduk dekat atas perut aku. Kalau back carry jangan harapla si Hadif ni akan duduk diam.

Lepas buat research skit (research konon) aku pun decide beli JumpSac Ring Sling. Aku suka shoulder style dia. Harap-harap aku dapat pakai Ring Sling ni dengan mudah sebab aku sebenarnya tak reti nak pakai Ring Sling (dah penah cuba sebelum ni).

Inilah Ring Sling yang aku beli tu.


Syaz dah hantar, kira Ring Sling ni on the way lagi. Nanti kalau dah sampai aku akan post action picture pulak.

Monday, April 27, 2009

Daniel Zain Photography

Masa pegi Bumps & Mums Weekend di Bangsar Village, aku turut serta dalam sesi fotografi yang dibuat oleh Daniel Zain ni. Murah je....bayar RM20 dan duit tu akan disumbangkan untuk badan kebajikan. Dan hari ni dia e-melkan gambar-gambar yang dia ambil. Lawa-lawa pulak tu. Rasa tak rugi bayar RM20 untuk ambil gambar-gambar ni.

Gambar kami sekeluarga. Aku still nampak lawa (perasan) walaupun perut dah besar dan aku rasa macam gumuk saja.



Gambar ni paling aku suka.



Haziq Fahmi


Hadif Syahmi


Lawa-lawa tak gambar yang Daniel Zain ni ambil? Nak contact Daniel Zain ni, boleh lawat website dia.
Website: www.danielzain.com
Blog: http://danielzainphotography.blogspot.com
Email: info@danielzain.com

Upin & Ipin

Dah lama aku nak masukkan gambar-gambar masa pegi menonton filem Upin & Ipin ni. Tapi asyik terlupa saja. Gambar-gambar pun diambil dari HP Huzein, so blur...tak clear sangat. So, entry ni kira jadi entry basi la......


Inila first time aku dan Huzein bawa Haziq menonton wayang. Aku pun dah lama tak tengok wayang lepas ada anak ni. Upin & Ipin pun...Upin & Ipin la....janji tengok wayang. Kesian Hadif kena tinggal kat rumah dengan Opah.

Aku, Huzein, Haziq, Maidy, Nora & Imaan pegi menonton sekali. Sebelum cerita ni start, adala promo filem Jangan Tegur. Spoil betul. Haziq terus ketakutan, dahla panggung gelap gelita. Tak tahula dia enjoy ke tak tengok kartun kegemaran dia ni....



Wednesday, April 22, 2009

Haziq dan patung Poohnya


Aku tak ingat sejak umur berapa (tapi rasanya setahun lebih) Haziq asyik melekat dengan patung Pooh ni. Patung Pooh ni sebenarnya aku dapat hadiah dari peraduan anjuran Watsoon. Dapat 2 patung. Dari hari pertama patung Pooh ni ada kat rumah aku, sampaila sekarang, Haziq melekat dengan patung ni. Kira dah jadi macam bantal busuk dia dah. Nasib baikla ada 2 patung, kalau satu basuh, satu lagi boleh guna.

Antara masa-masa yang perlu ada sangat-sangat patung Pooh ni adalah masa minum susu, masa tido dan kalau keluar rumah tak bawa patung Pooh ni dia sanggup nangis dan paksa patah balik ke rumah ambil patung Poohnya. Adoi.....seksala jugak. Tapi bila keluar berjalan-jalan, dia tinggalkan patung ni dalam kereta. Sebab aku pesan malu kalau orang tengok. Nasib baik dia mau dengar cakap. Kalu tak usungla Pooh tu ke mana saja.

Bila Haziq dah masuk Tadika, patung Pooh ni aku masukkan juga dalam beg baju supaya petangnya bila dia duduk di Taska, ada patung Pooh ni dan mudah skit dia nak tido. Tapi dah 2 minggu lebih dah aku tak bekalkan patung Pooh ke Taska. Teacher di Taska dalam usaha nak jauhkan diri Haziq dengan patung Pooh. Tapi, balik rumah mesti cari punyala. Camna nak buat?

Aku korek gambar-gambar lama. Banyak jugala gambar-gambar Haziq dengan patung Pooh ni. Hm......macam pompuan ke main anak patung?








Thursday, April 16, 2009

Simpan Baju Lama Anak

Sejak kelahiran Haziq, saya banyak sangat beli baju untuk dia. Biasala, anak pertama. Ikut hati semua pun nak beli. Bila dah asyik membeli, banyakla jadinya. Nak simpan pulak jadi satu masalah. Takkan letak dalam beg plastik je. Nanti dapat anak seterusnya, susah pulak nak mencari.

Jadi, bila saya tengok kotak ni dari katalog Cosway kawan saya, saya beli dan baju-baju lama Haziq yang berkeadaan baik saya simpan elok-elok dalam kotak ni. Harga tak mahal, RM8.00 lebih je. Senang simpan dalam ni sebab semua baju dapat diasingkan mengikut umur. Baju-baju pun berkeadaan elok dan tiada semut.


Untuk memudahkan lagi, saya label setiap kotak mengikut peringkat umur. Bila Hadif lahir, saya ambil sekotak demi sekotak untuk kegunaan dia. Jangan lupa, periksa dulu baju-baju dalam tu mana tau jadi kuning dan basuh sebelum beri anak seterusnya pakai. Karang gatal-gatal pulak, kesian dekat anak.


Saya susun elok-elok semua kotak tu dalam almari. Tak nampak berserabut dan sangat memudahkan.


Bila dah dapat anak seterusnya, baju-baju yang ada boleh digunakan lagi. Best tak idea ni?

Hadiah Dari Huggies

Hari Selasa lepas sampai jugak akhirnya hadiah dari Huggies yang ditunggu-tunggu. Hadiah dihantar di rumah mak aku. Senang kalau masuk contest bagi alamat rumah mak sebab kalau dapat hadiah, hadiah akan dihantar ke sana. Kalau hantar di rumah aku, alamatnya tak ada orangla nak terima.

Banyak jugakla hadiah yang aku dapat ni walaupun hadiah saguhati.


Huggies Ultra ada 2 kotak (3 pek setiap kotak)


Huggies Pull-up Pantas ada 4 kotak (6 pek setiap kotak)


Jimat belanja. TERIMA KASIH HUGGIES!

Wednesday, April 15, 2009

KL Menjerit! (Hari Terakhir)

6 April 2009 - Isnin

Hari ni merupakan hari terakhir kami di KL. Pagi-pagi tu tanpa mandi...hehehehe.... kami semua turun breakfast di coffee house hotel.


Dan anak-anak aku seperti biasa sangat berminat dengan air. Kat coffee house tu ada kolam.


Haziq: Tengok dalam tu ada fish tu...


Hadif: Mana ada? Tak ada pun...


Lepas makan, mandi time. Saat yang paling disukai oleh Haziq Fahmi.



Hadif mandi sampai kesejukan. Aku kesian tengok dia menggigil, balut dia dengan tuala. Tengok-tengok dia tertido. Boleh pulak macam tu?


Haziq tak kira sejuk, happy je memanjang.


Lepas bersiap, kami semua check-out dari hotel. Bye-bye Hotel Nikko.


Perjalanan seterusnya adalah ke Ikea atas permintaan Huzein. Nak kata shopping sakan tak jugak. Tapi penuhla kereta tu. Habih shopping lunch dekat Ikea. Aku suka sos meatball dia. Sedap sangat. Bilala dapat pegi merasa lagi ye?



Bye-bye KL. Lain tahun pegi lagi. Lain tahunla kot sebab lepas ni dah nak bersalin....

KL Menjerit! (Angkasawan?)

Masa di Petrosains, kami semua berkesempatan menjadi Angkasawan. Meh tengok mana yang paling bergaya.
Kita mulakan dengan Huzein Fahmi


Lepas tu aku plak


Pastu Haziq Fahmi, bergayanya dia....


Angkasawan paling comel, Hadif Syahmi.


..dan diikuti oleh Imaan (anak sedaraku).


Best tak?

KL Menjerit! (Hari Ketiga)

BZ yang amat sampai tak sempat nak update blog....

5 April 2009 - Ahad

Hari ketiga kami merancang jalan-jalan dengan Maidy, Nora & Imaan. Jadi, kena mandi awal. Anak-anak aku seperti biasa, suka sangat bab-bab mandi dan menghabiskan shower gel yang aku bawak termasukla yang hotel punya.


Kami janji jumpa di KLCC. Jadi, berjalan kaki sajala ke sana. Panas terik. Sempat gak tu ambil gambar.


Bila dah berjumpa di sana, kami semua decide nak pegi ke Petrosains. Best sangat kat sana. Semua orang enjoy masa kat sana, termasukla bapa-bapa budak...huh! lupa daratan sekejap.









Masa kat dalam Petrosains tu ada dinosaur besar sangat. Hadif ok je dengan dinosaur ni...


Tapi Haziq tengok dari jauh je...takut...


Seperti biasa, Hadif tertido dalam Angelpack.


Kami habis jalan-jalan di Petrosains lebih kurang pada jam 4.30petang. Lama betul kami di sana. Letih sampai Haziq & Imaan tertido di tempat makan. Lepas makan di KLCC, kami balik ke Hotel Nikko. Di hotel seperti biasa, Haziq & Hadif enjoy mandi. Siap buat pesta buih lagi. Syok sungguh....


Malam tu semua tertido keletihan....ZZZZZzzzzzZZZZZZzzzzZZZZZ......