Tuesday, May 26, 2009

Traditional Babywearing

Masa ke Sunway Carnival, Seberang Jaya baru-baru ni, aku ternampak seorang bibik memakai baby sling dari kain batik lepas. Aku curi-curi ambil gambar dia masa dia tengah asyik tengok persembahan badut kat atas pentas.




Masa ni dia tengah duduk, so tak nampakla macamana dia kendong baby tu. Tapi bibik ni main selit-selit je kain batik di bahagian bahu untuk kendong baby. Berbeza dengan baby sling moden yang memakai ring.

Kalau diikutkan banyak kali aku nampak bibik dari Indonesia mengendong baby dengan memakai baby sling dari kain batik lepas. Tapi tak pernah berkesempatan ambil gambar.
Hm.....mungkin ada beranggapan aku nampak macam bibik juga bila memakai pouch atau ring sling. Dan ada yang berkata aku seolah-olah 'menyeksa' anakku dengan mengendongnya dengan cara demikian. BABYWEARING masih belum boleh diterima oleh sesetengah orang. Sama jugala macam BREASTFEEDING. Susah menyakinkan orang lain apa yang kita buat adalah yang terbaik untuk anak kita. Ada ke seorang ibu sengaja nak 'menyeksa' anaknya?

For more info about BABYWEARING, please visit Malaysian Babywearers. Mungkin banyak perkara yang boleh dipelajari.

Thursday, May 21, 2009

Kehamilan: 26 Minggu

Tempoh Kehamilan: 26 Minggu
Berat Badan: 64kg++ (tak timbang)


Lepas tunjuk dekat kawan-kawan gambar masa pegi gathering susuibu hari tu, ramai yang kata aku gumuk. Huhuhu.....memang pun! Nak buat camna? Masa mengandung ni badan memang naik bagi dipam-pam. Kalau orang lain tak ada selera nak makan, asyik uwek...uwek...., aku ni lain, hentam selagi terdaya. Semua aku makan, tak ada pantang larang. Nak timbang berat pun takut.

Tapi harap-harap lepas bersalin ni berat badan akan turun. Perlahan-lahan pun takpe, janji turun. Jangan jadi lemak tepu.....hehehehe.... Rasanya dengan menyusu, insyallah berat badan aku akan mudah turun walaupun perlahan-lahan.

Hari Sabtu ni aku ada appointment dengan Dr. Fawziah sekali lagi. Maybe dia akan buat scan 4D. Aku harap sangat dapat nampak gender baby. Aku dah buat list senarai barang-barang baby yang perlu dibeli, cuma belum complete lagi. Dah tiba masanya aku shopping barang baby dan buat persiapan. Takut pulak mengenangkan saat-saat melahirkan baby. Seram you.... dah la perut besar semacam. Baby kali ni aku jamin mesti 3.5kg. Tak percaya? Kita tunggu bila dia lahir ke dunia.

Wednesday, May 20, 2009

3R & Isu Susu Ibu

3R adalah antara rancangan kegemaranku sebabnya banyak mengutarakan kisah wanita. Tak lagi 3R musim baru bakal bersiaran. Yeay...bestnye. Dalam pada asyik belek-belek laman web terbaru 3R, aku tergerak hati nak hantar e-mel pada editor 3R. Aku cadangkan supaya 3R kupas tentang isu penyusuan ibu terutamanya penyusuan di tempat awam. E-mel yang aku hantar, aku terdelete pulak.

Dan tak sangka pula akan di balas.

From: editor@3r.com.my
To: megahasz@yahoo.com

Hi Puan Aishah,

Terima kasih kerana berkongsi dengan kami cadangan puan.

Saya sendiri setuju, menyusukan anak di khalayak ramai masih sesuatu yang 'taboo' dalam masyarakat hari ini. Idea ini akan kami utarakan kepada penulis dan penerbit rancangan kami.

Kami sangat menghargai cadangan puan, kerana ini membolehkan kami terus relevan dan menghubungkan kami dengan para penonton rancangan 3R. Jangan lupa untuk tontoni 3R, musim terbaru, setiap Ahad 7.30pm, bermula 7 June 2009!

Salam,
Nadirah

Harap-harap isu ni akan diterima dan dipaparkan dalam 3R musim baru ni. Dengan ini isu pasal breastfeeding akan mendapat liputan lagi meluas. Harap-haraplah....

Monday, May 18, 2009

Jom Gunting Rambut!

Hari Ahad, aku & Huzein bawa anak-anak ke kedai gunting rambut. Rambut Haziq & Hadif dah panjang. Dari minggu lepas lagi plan nak gunting tapi tak sempat. Jadi petang Ahad tu kami ke kedai gunting rambut (baca: salon) untuk gunting rambut Haziq & Hadif.

Haziq Fahmi dah biasa gunting rambut dekat kedai ni. Jadi tak ada masalah nak gunting rambut dia. Bila aku cakap, 'Haziq, your turn'. Pandai pulak dia panjat kerusi gunting rambut yang tinggi tu dan tunggu kepalanya diproses.



Kalau diingatkan balik, pertama kali dia gunting rambut kat kedai ni, 2 orang kena pegang dia dan sorang lagi gunting rambut. Meronta-ronta dia menangis tak mahu. Sadis betul.

Tapi Hadif Syahmi baik betul. Ini adalah kali pertama dia gunting rambut di kedai. Sebelum ni kami gunting kat rumah je, potong sikit-sikit. (Baca di sini). Bila rambut dah panjang sangat macam ni, Huzein ajak potong di kedai. Hadif Syahmi tenang sangat, lansung tak menangis dan meronta-ronta.


Sangat-sangat memudahkan keja amoi tukang gunting rambut tu.


Cuma Huzein kena pegang untuk mengelakkan dia terjatuh dari bangku yang tinggi.


Baik sungguh anak ibu ni!

PIKNIK GENG UTARA

Tarikh: 16 Mei 2009 (Sabtu)
Masa: 9.00pagi - 2.00petang
Tempat: Taman Belia @ Youth Park
Warna Tema : Coklat

(Sila abaikan muka kami semua yang berkilat tu ok.....)

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba juga. Awal pagi dah kejutkan semua orang untuk bersiap-siap. Dalam bangun awal, lambat juga jadinya. Biasala dengan budak-budak. Pulak tu bila dah sampai, cari tempat pula satu masalah. Apa-apapun akhirnya sampai jugak ke tempat yang hendak dituju.

Inila Taman Belianya. Aku tak pernah sampai di sini. Tempat cantik dan bersih. Sesuai sangat untuk bawa family berkelah.


Haziq seronok sangat. Tak sabar nak mandi sampai tak mahu makan apa-apa.


Masa aku sampai Shida dah start talk pasal CD. Aku sempat dengar sekerat saja. Lepas tu dia terus sambung pasal Babywearing. Habis talk oleh Shida, giliran Dr. Balkesh pula bagi talk. Actually bukan talk, kira macam sesi perkongsian. Share pengalaman masing-masing dan kalau ada apa-apa soalan/masalah boleh tanya terus dengan dia masa tu.


Aku sibuk nak dengar talk, tapi Hadif sibuk nak suruh aku melayan dia. Nak suruh nyanyi lagu itik....huhuhu...


Lepas tu sesi bersambung dengan talk cara-cara nak selamatkan baby tercekik. Talk ni sangat-sangatlah berguna. Tapi tak tahula berguna untuk aku ataupun tidak sebab kalau perkara ni terjadi dekat aku, maunya aku panik dan menjerit-jerit.



Hadif pun tumpang menyibuk sama....


Sesi bersambung dengan acara lucky draw dikendalikan oleh aku sendiri. Ada 2 jenis lucky draw iaitu untuk orang dewasa dan untuk kanak-kanak. Harap semua happy dengan hadiah yang dapat dan sebarang kekurangan haraplah diampunkan.


Habis semua, acara test baby carrier. Aku mintak Shida ajarkan aku pakai Ring Sling. Tapi Hadif tak ada pulak, sibuk mandi. Terpaksa pinjam anak orang lain untuk buat demo. Akhir sekali acara bergambar beramai-ramai.

(Gumuknya sayer....)

Haziq dan Hadif memang enjoy mandi.


Habis mandi baru teringat nak makan. Ini dia muka orang lapar....


Aku sibuk mengemas, Hadif sibuk nak ambil anak patung Barney orang lain. Tengok kiri, tengok kanan...


Orang tak ada....hehehe....


Masa balik nampak monyet yang banyak dekat Taman Belia tu......


Lama-lama Haziq & Hadif pun tertido. Letih gamaknya.



Begitulah kisah pada hari tu. Seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan baru dan dapat belajar banyak benda baru. Harap-harap gathering seumpama ni dapat diadakan lagi.

Thursday, May 14, 2009

Cantik ke?

Minggu ni Haziq Fahmi sibuk dengan exam. Exam budak tadika....kacang je. Itu kata aku la tapi bagi Haziq maybe susah. Jadi, untuk tidak menyusahkan dia tiap-tiap malam Huzein akan mengajar Haziq supaya esoknya mudah skit bagi dia buat exam. Tugas aku menyediakan kertas-kertas soalan. Biar rasa macam exam betul-betul.

Malam tu, Haziq sibuk menjawab soalan exam olok-olok. Aku pula sibuk memunggah gambar kahwin. Aku tunjukkan Haziq gambar ni...


Aku: Haziq, cantik tak gambar ibu ni?
Haziq: Hm...cantikla jugak....


Pergh, jawapan....
Aku ingatkan jawapan dia mesti camni:-
1) Cantik!
ataupun
2) Tak cantik pun....

Cara dia jawab macam terpaksa je. Hish...aku tahu ikut perangai siapa ni? Korang tahu?

Wednesday, May 13, 2009

PIKNIK GENG UTARA lucky draw

Pada yang berminat nak pegi jangan lupa daftar nama anda dengan Shida. Maklumat lanjut baca di sini.

Setelah mengumpulkan semua barang, aku nak update barang-barang untuk lucky draw dari aku. Bukan apa, saja nak bagi semangat pada kengkawan yang pergi, biar teruja sket...

Ada 10 barang semuanya:-
> Huggies Pull-ups Pants (saiz M)
> Huggies Pull-ups Pants (saiz M)
> Skineeds Triple Firming set
> Mary Kay Creme Lipstick (warna: Amber Suede)
> Mary Kay Creme Lipstick (warna: Berry Kiss)
> Mary Kay Creme Lipstick (warna: Sunburst)
> Gamat Body Lotion
> Baby Oil Doremi + gunting kuku Fiffy
> Body Warming Oil Doremi + gunting kuku Fiffy
> Buku Membentuk Syurga Rumahtangga

Siapalah 10 orang yang bertuah tukan? Opss....itu belum termasuk yang akan diberi oleh kengkawan yang lain. Kira lebih dari 10 hadiah lucky draw yang ada. Rugi kalau tak pergi......

Tuesday, May 12, 2009

Kehamilan: 25 Minggu

Tempoh Kehamilan: 25 Minggu
Berat Badan: 64kg

Wah...2kg naik dalam seminggu. Saya pun rasa perut ni besar semacam saja. Tapi takpe, dah biasa. Jadi tak risau sangat. Perut saya memang besar semasa mengandung dan anak-anak saya pun lahir mesti 3kg lebih beratnya.

Haziq Fahmi: 3.2kg
Hadif Syahmi: 3.35kg

Pada masa ni, cincin kahwin dah tak boleh pakai sebab dah ketat. So, saya simpan sajalah. Saya pun ingat nak simpan semua barang kemas. Tak payah pakai dah sebab nanti bila time nak bersalin memang tak dibenarkan pakai sebarang barang kemas. Kalau simpan awal-awal senang, takut terlupa nak buka dan simpan lepas ni.

So far, tahap kesihatan adalah memuaskan. Selera makan pun ok. Memandangkan dah 6 bulan lebih, saya dah kena start buat list barang-barang yang perlu disediakan. Mana yang tak ada lagi nak kena beli. So, saya start dengan barang-barang ibu dulu. Barang baby tunggu lepas buat scan 4D. Mana tau boleh tahu jantina nanti (berangan le tu).

Senarai untuk ibu:
> Pam susu (ada)
> Nursing pad
> Nursing bra (ada)
> Nursing clothes (ada satu je, beli nanti-nanti la...)
> Bengkung (ada)
> Tungku (ada)
> Set bersalin (aku prefer Leesa Formula)
> Maternity pad
> Stokin
> Tukang urut (kena book)

Rasa macam tak banyak benda pulak nak beli. Okla tu kan. Nanti saya buat senarai barang untuk baby. So far, perkara pertama yang perlu saya buat ialah sarung tilam baby sebab sarung lama dah buruk dan bertahi lalat. Yela...kena susula, muak babyla. Jadi mesti buat baru. Nanti saya listkan barang-barang baby yang perlu disediakan ye....

Monday, May 11, 2009

Nurul Izzah Anwar

Aku baca dalam paper The Star, hari Ahad, 10 Mei 2009. Cerita berkenaan Nurul Izzah yang menyusu anaknya sehingga sekarang. Hmm....sangat-sangat memberi inspirasi. Yalah...kalau diikutkan, rutin harian dia lagi sibuk dari aku, tapi masih memberikan yang terbaik untuk anaknya iaitu susu ibu. Dan lebih membanggakan lagi sekarang dia mengandung 7 bulan. Semoga memberi inspirasi kepada mereka yang lain juga!


Baca kisahnya di sini.

Friday, May 8, 2009

SELAMAT HARI IBU!


SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA.

Tahun ni merupakan tahun ke-4 aku menyambut Hari Ibu. Dulu rasa macam tak yakin nak jadi ibu. Tapi dah nak masuk 3 dah pun anak. Sekejap saja masa berlalu.....

Hari ibu ni, aku dapat kad dari Haziq Fahmi. Dia buat di sekolah. Siap ada stiker Ben 10 lagi. Terima kasih Haziq. Ibu terharu...sob...sob...

Wacana Budaya

WACANA BUDAYA: AMALAN PENJAGAAN PETUA DAN PANTANG LARANG SEMASA DAN SELEPAS KEHAMILAN


Program ni terbuka untuk semua, termasukla bukan staf USM. Untuk staf USM bayaran yang dikenakan adalah RM30 sahaja.
Klik poster untuk maklumat lengkap.

PIKNIK GENG UTARA susuibu.com

Tarikh: 16 Mei 2009 (Sabtu)
Masa: 9.00pagi - 2.00petang
Tempat: Taman Belia aka Youth Park (depan cafe)
WArna Tema : Coklat

TENTATIF PROGRAM
8.30 - 9.00PAGI: Berkumpul, Sesi Berkenalan & Sediakan tempat.

9.00 - 10.00PAGI: Talk about Breastfeeding (Dr. Balkees)

10.00 - 11.00PAGI: Talk about Cloth Diapers & Babywearing

11.00 - 12.00TGH: Infant Choking

12.00 - 1.00PTG: Lucky Draw

1.00 - 2.00PTG: Sesi mandi-manda, berkemas dan bergambar.

Sesiapa yang berminat untuk hadir, sila register dengan Shida. Hantar e-mel ke charantya at yahoo dot com.

Maklumat lanjut boleh lawat website susuibu. Mehle datang ramai-ramai!

Rugi tau kalau tak datang. Hadiah lucky draw yang aku sponsor termasukla set pencuci muka brand Skineeds, lipstik MaryKay, losyen gamat, losyen baby. Tu tak termasuk yang orang lain sponsor. Meh le....

Wednesday, May 6, 2009

SSC Littlepods

Littlepods telah melancarkan Soft Structure Carrier (SSC)nya baru-baru ni. Aku yang sebelum ni teruja nak beli satu dah pun beli. Walaupun aku tak dapat pakai sekarang, aku beli juga sebab dari awal lagi aku memang teruja nak beli SSC dari Littlepods ni.

SSC ni ada 5 corak. Lawa-lawa sebab kainnya diimport.


Aku pilih untuk beli corak Carnival sebab dari awal lagi aku memang suka dengan corak ni.




Yang paling best, SSC ni didatangkan bersama dengan begnya sekali. Tak sama macam Angelpack aku. Nak simpan kena lipat kemas-kemas. Kalau tak nampak berserabut.


Dah beli ni tak dapat nak try pulak. Simpan dulula, pakai lepas bersalin. Aku dah try pakai masa pegi Bumps & Mums Weekend di Bangsar Village dulu. So far ok dan aku suka.

Note: Ring Sling sampai sekarang tak pandai pakai lagi.

Kiriman dari Shida


Akhirnya barang-barang yang aku beli dengan Shida sampai ke tangan aku. Barang-barang yang dia hantar termasukla Mom's Precious Cooler Bag Set, Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya dan Soft Structure Carrier (SSC) brand Littlepods. Lega je bila dapat pegang barang-barang ni walaupun tak dapat guna lagi. Thanks Shida!

Rasanya setakat ni sajalah aku beli barang-barang untuk breastfeeding dan babywearing walaupun sebenarnya ada lagi baby carrier yang aku teringin nak beli. Tapi kena tahankan hati sebab lepas ni nak kena shopping barang keperluan untuk baby pulak.

Peraduan Dwi Ganjaran Dutch Lady 2009 (2)

Sebelum ni aku ada cerita tentang Peraduan Dwi Ganjaran Dutch Lady ni kat sini.

Kelmarin sampai lagi barang yang aku redeem. Yang sampai tuala 12 helai. Rasa macam banyak pulak. Siap dia bungkus dalam kotak besar lagi. Mak aku yang excited bila dapat tuala banyak-banyak macam tu. Aku beri dia 4 helai. Dia komplen jugak sebab tuala tu warna putih takut cepat kotor. Nak buat camna mak? Barang free......heheheh.... Kualiti tuada ok, tebal dan besar. Rasa tak rugi redeem tuala ni. Bekas serba guna hari tu je rasa macam ralat sebab rosak.


Sekarang ni yang belum dapat lagi 3 helai tuala dengan 3 bekas serbaguna. Kena tunggu lagila.....

Monday, May 4, 2009

5S untuk Penyusuan Berjaya

Berdasarkan pengalaman sendiri, saya merumuskan perkara-perkara ni perlu ada pada ibu-ibu yang berhasrat untuk menyusu baby sepenuhnya.

SEMANGAT
Perkara yang paling penting sekali ada pada ibu yang berhasrat nak menyusu baby adalah semangat. Tak perlu pedulikan kata orang lain sebab biasalah mulut orang mana boleh nak ditutup.
Ada yang kata, 'Ibu yang menyusu baby ni kedekut nak beli susu'. Hello...kedekut mende? Ingat beli pam yang canggih-canggih ni beli dengan air liur ke? Kena keluarkan duit jugak. Ada yang sanggup keluarkan hampir ribu RM untuk beli pam yang sesuai dengan diri mereka. Kedekut lagikah itu?
Ada juga yang kata, 'Menyusu baby ni untuk orang-orang yang banyak duit saja. Yalah..nak beli pam, cooler bag, bekas simpan susu, nursing bra..bla..bla..bla...'. Hmm...agaknya orang yang beli susu formula tu tak kaya ke? Rasanya lagi kaya. Tiap-tiap bulan kena keluarkan belanja beli susu formula untuk anak.
Jadi kesimpulannya jangan dengar cakap-cakap orang. Tanamkan semangat dengan ikhlas dan berdoa semoga hasrat nak menyusukan baby akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

SOKONGAN
Sokongan daripada orang-orang sekeliling sangatlah penting terutamanya suami. Ada ibu yang patah semangat untuk menyusukan baby mereka kerana tidak mendapat sokongan malahan dicemuh. Adoi...sakit jiwa dan raga. Sakit hati pun ada jugak...hehehehe... Kalau dapat sokongan, senang skit nak jalankan misi menyusu baby. Terangkan pada mereka di sekeliling anda tentang hasrat anda untuk menyusukan baby sepenuhnya serta kebaikannya. Insyallah pasti akan diterima.

SUMBER ILMU
Mendapatkan ilmu sebanyak mungkin sangat-sangatlah perlu bagi menjayakan penyusuan. Hadiri taklimat, banyakkan membaca dan bertanya daripada orang-orang yang berpengalaman untuk mendapatkan ilmu. Kalau boleh join komuniti yang memberi sokongan dalam penyusuan baby. Jangan malu-malu. Bagi yang bekerja, belajar bagaimana memerah susu, pam yang sesuai, menyimpan stok susu dan perkara-perkara berkaitan. Kebanyakan ibu yang tidak berjaya menyusukan babynya sepenuhnya adalah kerana tidak cukup ilmu. Kalau ilmu tak cukup mesti rasa ragu-ragu. Buang rasa tidak yakin dengan penuhkan ilmu di dada.

STOK SUSU
Stok susu sangat-sangatlah penting terutamanya untuk ibu-ibu yang bekerja. Yang tak bekerja pun boleh buat juga sebab boleh digunakan pada masa-masa kecemasan contohnya bila pengeluaran susu kurang ataupun pada bulan puasa. Stok susu boleh mula dibuat sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum mula bekerja. Bila dah masuk kerja nanti, stok susu inilah jadi pengganti. Buat banyak-banyak pun takpe. Tapi jangan over sampai baby tak cukup makan pulak....

SEIMBANG
Mengamalkan pemakanan seimbang juga penting bagi ibu-ibu yang menyusu. Sebabnya, apa yang ibu makan akan dikongsi dengan baby. Amalkan juga makanan yang boleh menambahkan susu seperti longan, soya, sawi dll.

Semoga hasrat murni untuk menyusukan baby sepenuhnya akan berjaya. Good luck!


Hadif Syahmi: Apa nengok-nengok? Orang nak nenen pun tak senang....:P