Tuesday, June 30, 2009

Kehamilan: 32 Minggu

Tempoh Kehamilan: 32 Minggu
Berat Badan: 69kg

Rasa sekejap saja dah masuk 8 bulan aku mengandung. Berat badan pun naik dengan cemerlangnya. 69kg you...lagi 1kg nak jadi 70kg. Pergh....maunya naik lebih dari masa aku mengandungkan Hadif dulu. Masa aku mengandungkan Hadif dulu, sebelum masuk dewan bersalin, aku timbang berat aku 74kg.

Bila berat badan dah naik mencanak-canak ni, Dr. Fawziah minta aku buat test darah. Manalah tau ada kencing manis ke. Tapi alhamdulillah, tak ada. Lega skit hati ni.

So far, tak adalah masalah berat-berat. Cuma gigi berdarah terutamanya di pagi hari, letih dan lapar sepanjang masa. Tu yang badan naik tu....isk....


Ini gambar terkini aku yang diambil oleh Haziq. Suka sangat bila orang bagi dia ambik gambar. Tengokla betapa comel, bulat dan gebusnya aku. Takpe, lepas ni aku breastfeed mesti badan kurus balik (nak sedapkan hari sendiri le tu :P)

Jualan Gudang Kumpulan Utusan

Hari Sabtu (27/06/09) lepas kami sekeluarga ke Jualan Gudang Kumpulan Utusan. Mulanya tak rancang pun nak keluar berjalan-jalan. Tapi memandangkan bekalan air tak ada di rumah, kami keluar sebab lepas pergi jualan gudang tu boleh mandi di rumah mak aku.
Jualan gudang ni berlansung dari 25 hingga 28 Jun 2009 di Logi Percetakan Sri Utusan, Seberang Perai, Pulau Pinang.


Tak ramai sangat orang yang datang. Tapi bestla sebab boleh beli buku dengan harga yang murah.



Selain gerai buku, ada juga gerai-gerai lain macam gerai Pharmaceutical (jual vitamin & ubat), gerai Hotlink, gerai Celcom, gerai cenderamata KOSMO, gerai majalah2 keluaran Uturan (URTV, Mangga, Wanita, Harmoni dll) termasuklah gerai makanan dan minuman. Gerai jual kain dan tudung pun ada. Gerai kat sebelah tu dah tutup, gerai ACMS.


Selain tu, pengunjung juga boleh naik kuda. RM3 untuk 3 round. Rasa macam tak berbaloi saja sebab pusingannya kecik sangat. Aku offer Haziq untuk naik kuda tapi dia tak nak. Bergambar dengan kuda pun tak nak. Takut....




Kat sini, banyak jugala vitamin dari gerai Pharmaceutical yang kami beli sebab murah dan ada diskaun lagi. Orang kat gerai tupun layan baik punya. Satu beg plastik kami borong. Nampak tak plastik kat dalam gambar tu? Banyak tak?


Dan inilah buku-buku yang kami borong. Paling banyak buku Huzein la. Untuk Hadif je tak ada sebab buku-buku kat sini untuk pra-sekolah dan ke atas.


Untuk Haziq 2 buah buku ni......


Aku beli 2 buah buku pasal breastfeeding, Penyusuan Susu Ibu Menurut Perspektif Islam dan Sentuhan Kasih karya Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar yang famous tu. Sebuah lagi buku Setiausaha & Kesetiausahaan: Tugas & Profesionalisme. Konon-konon nak bagi motivasi skit, bagi rajin kerja.


Yang lelain tu buku Huzein la. Ada buku motivasi, parenting. Ada masa ke nak baca tu? Sebagai hadiah, dapatla beg free. Beg saja ke? Kasi le yang best-best skit. Beli banyak ni tau!

Friday, June 26, 2009

Piknik Depan Rumah

Hari tu, lepas BBQ dengan kawan-kawan officenya, Huzein bawa balik sate. Tapi yang belum dimasak. Jadi, malam tu kami buat projek bakar sate depan rumah. Gigih betul Encik Huzien membakar sate. Berasap satu rumah. Banyak jugala satenya. Sedekah kat jiran sebelah sama.



Sementara menanti sate masak, aku hamparkan tikar kat taman sekangkang kera depan rumah bagi anak-anak lepak. Sabar menanti Haziq & Hadif tunggu sate masak sambil bertemankan asap......



Yeah...Sate dah masak. Makan time!






Beria-ria betul anak-anak aku ni. Terutamanya Haziq le.....

Monday, June 22, 2009

Peraduan Foto Impian Berganda

Sebagai memenuhi pertanyaan kawan aku, so aku buat entry special ni. Kalau diikutkan cerita ni dah basi dah, cerita tahun 2005 kalau tak silap.

Peraduan Foto Impian Berganda ni diadakan sempena tayangan siri Gila-Gila Pengantin di NTV7. Ingat lagi ke dengan cerita Gila-Gila Pengantin ni? Pelakon dalam cerita ni Syarifah Shahirah, Razak Ahmad, Balkish, Jehan Miskin dan budak AF ni aku tak ingatla nama dia. Aku tahun pasal contest ni pun bila diberitahu oleh officemate. Syarat peraduan kena hantar gambar kahwin dah buat slogan. Aku pun dah tak ingat slogan apa aku merepek. Hadiah yang ditawarkan lumayan sangat, tu yang aku teruja nak masuk peraduan ni. RM10,000 siapa yang tak nak? Gambar nila yang aku hantar.


Lama lepas hantar gambar tu, aku dapat panggilan dari penganjur kata aku masuk dalam senarai 4 peserta terakhir. Tapi yang tak berapa syok, masa tu aku dah mengandung 7 bulan. Tapi penganjur kata ok, takpe. 3 lagi peserta yang masuk senarai akhir adalah pasangan Faiz, Fung & Wandy.


Semua peserta dikumpulkan di Awana Genting Highlands selama 3 hari 2 malam. Penginapan dan makan semuanya ditanggung oleh penganjur. Aku ingat kalau tak menang pun at least aku dapat bercuti-cuti Malaysia, free lagi.

Kat sana kira jadi macam artisla. Ada make-up artis, cameraman, tuan pengarah.....tapi aku rasa aku tak tak berapa cun jugak sebab time tu kan gumuk, maklumlah tengah mengandung.



Habis pengambaran pegi jalan-jalan di Genting. Seronok sebab free...hehehehe...


Lepas habis pengambaran, lama jugakla tunggu keluar kat NTV7 tu. Pemenang peraduan ni dipilih berdasarkan undi oleh penonton. Jadila glemer sekejap sebab masuk TV. Habis semua kengkawan tanya. Rasanya aku menang sebab vote untuk diri sendiri banyak kot....hahahaa...

Bila dah bersalinkan Haziq, aku lupa sekejap tentang peraduan ni. Tapi masa dalam pantang tu dapat call lagi dari penganjur kata aku & Huzein menang. Pergh..punyalah happy time tu. Rezeki anak, RM10,000. Masa dalam pantang yang ke 39 hari, aku ke NTV7 untuk acara penyampaian hadiah. Siap pakai stokin lagi tu.


Yang datang untuk acara penyampaian hadiah cuma pasangan Faiz saja. Faiz & wife dia dapat nombor 2. Hadiahnya jam tangan dan pakej ke Awana Porto Malai, Langkawi. Pasangan Fung & Wandy tak datang.


Itulah cerita serba sedikit tentang Peraduan Foto Impian Berganda; Gila-Gila Pengantin NTV7. Nak tengok gambar-gambar pasal contest ni bolehla klik link di bawah.

Pengambaran Promo Peraduan Foto Impain Berganda
Penyampaian Hadiah

Father's Day

Father's Day tahun ni tak ada makan-makan. Dah makan-makan malam sebelumnya di Tadika Minda Cerdas sebab buat Mama & Papa Day. Ada BBQ dan karaoke lagi. Tapi sayang tak ambik gambar sebab bateri kamera habis dan lupa nak charge. Rasa rugi plak.
Hari Ahad tu sibuk shopping barang-barang untuk Huzein sebab dia ada buat BBQ dengan kawan-kawan office dia hari Isnin. So, aku pun tumpang sibuk jugakla membeli barang-barang.

Yang ada untuk Father's Day tahun ni cuma hadiah untuk Huzien.


Terimalah hadiah yang tak sepertinya ini dari Aishah, Haziq & Hadif.


Kenapa beli kasut? 2 kali kasut Huzein di curi orang. Kat depan rumah kami lagi. Hangin betul dia. So, sebagai meredakan hangin dia, aku beli kasut yang boleh tahan le jugak harganya sebagai hadiah Father's Day. Suke tak?

Thursday, June 18, 2009

Kenapa?

Haziq Fahmi sekarang ni dah 3 tahun 8 bulan. Dalam sebulan dua ni dia dilanda sindrom KENAPA? Asyik tanya, kenapa itu? kenapa ini? Otak ni terpaksa ligat berfikir bagi jawapan sebab dia akan tanya selagi dia tak puashati. Jangan berdiam, sebab dia akan ulang soalan yang sama sehinggalah dia dapat jawapan. Kadang-kadang tu macam tak larat nak layan. Sebabnya ada soalan-soalan yang dia tanya tu macam mengarut a.k.a merepek. Seperti:-

> Kenapa Ultraman tu macam sakit ibu? (lampu ultraman dah berkelip-kelip tanda lemah)
> Kenapa raksasa nak lawan dengan Ultraman ibu?
> Kenapa baby kena duduk dalam perut ibu?
> Kenapa baby tak besar lagi ibu?

Tapi ada satu masa tu, Haziq tiba-tiba bertanya satu soalan yang aku nak gelak pun ada, terkejut pun ada...kira macam soalan pelik la. Haziq sentiasa bersama dengan patung Poohnya (baca di sini). Masa tengah syok main-main/belek-belek patung Pooh dia ni....

HAZIQ: Ibu, kenapa Pooh tak ada 'te'? (refer to his 'bird')
AKU: Er...er....sebab Pooh animal, dia tak adalah 'te'.
HAZIQ: Oooo.... (paham le kot dia...)


Nasib baik tak ada soalan susulan selepas itu. Maybe lepas ni dia akan bertanyakan soalan-soalan yang mencabar minda lagi. Jadi, aku kena sentiasa bersedia!

Monday, June 15, 2009

Aktiviti Hujung Minggu

Weekend yang lepas kami sekeluarga tak keluar ke mana-mana. Rehat je dekat rumah. Lagipun hari Ahad, Haziq dah start balik sekolah. Jadi tak nak la penat-penat sangat.

Weekend tu selain aktiviti mengemas rumah, Huzein cuci kereta. Haziq Fahmi seperti biasa akan tolong. Dia memang suka bab-bab buat kerja ni. Suka buat kerja yang dia suka sahaja.






Bersungguh-sungguh betul Haziq tolong abahnya. Hadif tak dibenarkan lagi buat aktiviti ni. Takut jatuh tergolek sebab licin dengan air sabun. Maybe bila dia dah menginjak 2 tahun boleh join sekali. Buat masa sekarang tengok sajalah ye....


Cari Nama Baby?

Anda sedang mencari nama untuk baby yang bakal lahir? Selain refer buku (macam yang selalu saya buat ni....) boleh juga refer di website. Pada saya website ni bagus sebab simple, siap dengan makna nama baby. Memudahkan bakal ibubapa mencari nama baby dengan maknanya sekali.

http://name.crazyartzone.com/


Jangan nama baby je sempoi, makna pun kena sempoi jugak. Betul tak?

Friday, June 12, 2009

List Barang Baby

Memandangkan kehamilan dah mencapai usia 29 minggu, saya rasa aku perlu buat list barang-barang baby. Nak pastikan tiada barang yang tertinggal. Beli semua siap-siap. Dah bersalin nanti susah pulak kalau barang tak lengkap, nak pergi beli jadi satu masalah pulak. Jadi inilah barang-barang yang saya listkan.

PAKAIAN
> Sarung tangan (4-5 pasang)
> Sarung kaki (4-5 pasang)
> Topi
> Baju lengan pendek (4-5 pasang)
> Seluar pendek (4-5 pasang)
> Baju lengan panjang (4-5 pasang)
> Seluar panjang (4-5 pasang)
> Barut (perlu ke?)
> Lampin kain/pakai buang (ikut keperluan)

PENJAGAAN DIRI
> Bedak
> Losyen bayi
> Baby Oil
> Minyak Telon
> Wet tissue
> Nappy cream
> Cotton ball
> Cotton buds
> Sikat

MANDI
> Tuala
> Besen mandi
> Sabun/mandian bayi
> Syampu bayi

TIDUR
> Tilam
> Bantal tidur (2)
> Bantal peluk (1)
> Selimut
> Kelambu
> Baby coat (perlu ke?)
> Buaian
> Kain buaian

MINUM
> Susu ibu
> Botol susu
> Puting
> Bib
> Tuala kecil
> Termos
> Berus cuci botol
> Sabun pencuci botol

OUTING
> Stoller/Baby carrier (pouch/RS/wrap dll.)
> Car seat
> Beg
> Nursing cover

Ada yang tertinggal ke? Tolong bagitau ye. Terima kasih!

Thursday, June 11, 2009

Family Reunion

Last weekend family Mak Sulong, De & Maksu turun berkampung di Bukit Merah. Jauh datang tau...Terengganu, KL. Kami sekeluarga pun pegi join kat Bukit Merah. Tak tido di sana, balik hari.

Aktiviti yang paling anak-anak aku suka, apa lagi mandi-mandala. Aku & Huzein tak mandi sama sebab tak bawa baju salin. Anak-anak mandi bersama Opah Su...hehehe...






Tengokla Haziq Fahmi ni, seronok sungguh! Mula-mula macam malu. Lepas tu lupa daratan sampai tak mahu naik dari kolam.



Aktiviti Lepas Shopping?

Selepas bershopping-shopping di Jusco (baca sini), ada aktiviti lain yang perlu dibuat selepas itu. Apa dia? Apa lagi...cuci baju baby le. Penat tau sebab kecik-kecik. Nak menyidai lagi, nak lipat lagi. But I'm happy.



Memandangkan diri yang begitu rajin sekali, turut menjadi mangsa adalah Encik Spongebob. Kesian dia....

I MISS BABYWEARING!

Oh..aku sangat-sangat rindu babywearing. Dan aku tahu Hadif pun sama :D. Tapi memandangkan keadaan perut yang semakin membesar, babywearing bukanlah satu idea yang bijak. Sebabnya? Aku dah kurang stamina. Tak dapat nak kendong Hadif lama-lama. Nak suruh Huzien, er...minta maafla kot. Lagipun Hadif dah dapat kaki. Dia lebih suka berjalan.

Lately, bila keluar berjalan-jalan terpaksa bawak stroller. Stroller ni bagi memudahkan Hadif tidur. Tupun bukan dengan sendirinya boleh tidur (kat rumah boleh pulak tidur dengan sendirinya). Aku terpaksa dodoikan Hadif dulu, lepas tu baru letakkan di dalam stroller.

Last aku babywearing Hadif masa pergi ke KL bulan April '09 lepas. Gambar-gambar ni aku cilok dari Facebook The Lil Caliph. Diambil masa Bumps & Mums Weekend di Bangsar Village. I MISS BABYWEARING!




Have to wait for another few months. Lepas ni boleh babywearing baby baru. Yeay....