Thursday, July 30, 2009

Projek Terkini

Hasil dari mengutip duit syiling yang bersepah-sepah di dalam rumah, dalam poket Huzien tiap kali nak cuci baju, duit syiling dalam bekas di tempat kerjaku dan juga dari tabung yang dah tak boleh nak masuk lagi duit, inilah yang berjaya aku kumpulkan.


Jadi, next projek adalah mengira jumlah duit syiling yang ada. Nak senang, mula-mula sekali kena separatekan duit-duit yang ada. Camni caranya :P


Kalau rasa tak larat nak separatekan duit tu, anda boleh dapatkan seorang pembantu. Jadi dengan rasminya aku telah melantik Haziq untuk membantuku. Bersungguh-sungguh benar dia.


Sebagai upah, ibu akan bahagi dua jumlah semua duit syiling ni dan simpan dalam akaun Haziq dan Hadif. Tapi sorry, projek baru berjalan setakat ini saja. Tak sempat nak kira sebab sibuk dengan kerja lain. Ada masa nanti kita kira ok. Boleh tau banyak ke tak duit syiling yang ada.

Buah Delima

Mengandung kali ni susah benar nak dapatkan buah delima. Buah delima selalunya akan masuk dalam list mende-mende yang aku akan makan tiap kali mengandung. Banyak khasiatnya.

Sebelum ni dah dapat makan sekali. Itupun adik iparku yang beli. Ipoh mali lagi. Semalam masa ke kedai buah, aku ternampak buah delima ni. Apa lagi, terus minta Huzein belikan. Harganya mahal benar RM5 sebijik. Huzein siap beli 2 bijik lagi. Ini buah delimanya.....


Orang tua-tua kata, kalau makan buah delima, baby dalam perut akan bijak. Aku search jugak pasal kebaikan buah delima. Inilah hasilnya. Tak rugi makan. Tapi ingat, petuanya makan sebiji buah delima tu sorang-sorang. Jangan share dengan orang lain.


KEBAIKAN BUAH DELIMA

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:6)

Maksudnya: Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica Granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi di antara buah-buahan yang lain.

Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur(kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yg dikandung), mencegah edema dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah dan juga menguatkan jantung.

Antara kebaikannya yang lain:
> Menghalang pembentukan sel kanser
> Mencantikkan kulit
> Mencegah dari nyanyuk
> Memberi tenaga
> Elok utk pesakit tekanan darah tinggi dan rendah
> Elok utk sistem penghadaman
> Mengurangkan berat badan
> Pevent morning sickness(untuk ibu mengandung)
> Memperelokkan rahim

Hadiah Dari MySunshine2U

Walaupun tak menang giveaway dari MySunshine2U, taukenya Pn. Zarina amat berbesar hati beri hadiah ni pada semua yang join giveaway tu. Aku pun dapat satula...hehehehehe. Baru sampai kelmarin. Comelkan bib ni? Boleh bagi kat baby baru. Tapi nak pakai pun rasa macam sayang.....isk...

Wednesday, July 29, 2009

Redeem Jangan Tak Redeem

Selepas bersusah payah mengumpulkan sudu susu Hadif, akhirnya dapat juga aku redeem voucher Anakku sebanyak RM50 dari Wyeth. Aku berangan boleh beli baju anak-anak especially baby baru dengan voucher ni.


Sekarang ni aku tengah tunggu voucher Anakku sebanyak RM50 yang aku redeem dari Dutch Lady. Kira dah ada RM100 voucher.

Dan sekarang dalam proses kumpul lagi sudu susu Hadif untuk dapatkan voucher Anakku RM50. Kalau campur semua jadila RM150. Bolehla beli baju baru untuk anak-anak. Jimat belanja...hehehehehe....

Hadiah Dari Dumex

Akhirnya hadiah dari Dumex pun sampai. Hadiah untuk MOST MEMORABLE HOLIDAY PHOTO CONTEST.



Ini hadiahnya, Mini Friends Finger Paints Set. Harus comot rumahku dibuatnya....


Buku Panduan Penyusuan (2nd Edition)

Ingat lagi dengan Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya ni? Sekarang buku ni dah ada edisi keduanya. Isi kandungan masih sama, tapi cover dah tukar. Ada gambar ibu mengendong anaknya. Selain promote tentang breastfeeding, boleh jugak promote babywearing. Saya suke!

Friday, July 24, 2009

JOHNSON'S® Baby Workshop

JOHNSON'S® BABY: TOUCH - INFANT MASSAGE WORKSHOP SERIES

Sila klik poster ni untuk versi yang lebih jelas.


Bayaran yang dikenakan murah saja RM20 bagi setiap pasangan. Sebarang pertanyaan ataupun untuk mendaftar sila hubungi 1-300-88-0566 (weekdays, 9am - 5pm).

Thursday, July 23, 2009

World Breastfeeding Week & QB Mall

Sempena World Breastfeeding Week, Adventist Hospital Penang (Kangaroo Club) akan memberi penghargaan kepada ibu-ibu yang berjaya menyusukan baby mereka lebih dari setahun. Sesiapa yang berminat boleh emelkan maklumat kepada Tay Pai Lim, Lactation Nurse di taypailim@pah.com.my untuk penyediaan sijil. Hantar cepat-cepat ye!

Sijil akan diserahkan semasa program di Queensbay Mall pada 2 Ogos 2009, jam 2.00 hingga 5.00 petang. Rujuk poster untuk program yang berlansung pada hari tersebut.




Program lain yang berlansung semasa World Breastfeeding Week di Penang:-
World Breastfeeding Week @ USM (1 Ogos 2009)
World Breastfeeding Week & Jusco Prai (7-8 Ogos 2009)

Jom sama-sama memeriahkannya dan beri sokongan. SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK!

Stiker I Love Breastfeeding

Sebenarnya dah lama dah aku beli stiker ni. Tapi, lupa plak nak citer kat sini. Aku beli dari Rozy. Lawakan stiker ni. Rasa bangga saja lekat dekat kereta.

Aku beli 2 keping stiker ni. Satu aku lekatkan pada kereta yang aku drive hari-hari dan satu lagi untuk kereta yang Huzein bawa.



Berminat nak beli? Boleh jenguk-jenguk blog Rozy. Murah je. Stiker ni tak ada jual di mana-mana kedai. Tak percaya? Cubalah cari.....

DUMEX Photo Contest

Sebelum ni aku ada dapat call dari DUMEX untuk confirmkan penyertaan aku dalam MOST MEMORABLE HOLIDAY PHOTO CONTEST. Hmm...tak sangka menang pulak sebab main hantar je gambar, tak pilih betul-betul. Seronoknye! Gambar ni disiarkan dalam majalah keluaran DUMEX, Nature & You.


Untuk keluaran akan datang, tajuk contest adalah MY PARENT'S DAY CARD CONTEST. Tarikh tutup adalah pada 15 Ogos 2009. Penyertaan boleh dihantar melalui pos ataupun emel ke dumex@dumex.com.my. Lain-lain syarat boleh baca di bawah ni.


Aku ada juga kad yang Haziq buat masa Mother's Day dulu. Tapi biasa-biasa saja. Lagipun dah menang sekali, bagi peluang pada orang lain menang pulak. Jangan lupa join ok. Good luck!

Monday, July 13, 2009

Kehamilan: 34 Minggu

Tempoh Kehamilan: 34 Minggu
Berat Badan: 70kg

Last aku pergi check-up ingatkan berat badan dah melebihi 70kg. Tapi bila timbang naik 1kg je. Macam tak percaya. Maybe sebab kebelakangan ni aku tak berapa selera makan nasi.

So far, doktor kata pergerakan baby ok. Doktor scan dan aku diberitahu sekali lagi baby girl. Huzein masih ragu-ragu. Hmm...harap-harap betulla sebab sekarang ni pun dah 8 bulan lebih aku mengandung.

Ini gambar terbaru baby. Tak jelas sangat sebab doktor kata kepala baby dah turun bawah cuma belum masuk ke salurannya. Gambar scan ni diambil dari jarak yang jauh, so gambar macam kelabu skit. Takpela...asal ada.



Yang aku perasan kebelakangan ni, kaki aku kadang-kadang bengkak (ke gemuk?). Nampak huduh benar. Tapi tak risau sangat sebab kalau bengkak pun, lepas bersalin nanti kakiku akan kembali seperti sedia kala.

Friday, July 10, 2009

BAIBOO - Baby's Day Out

BABY'S DAY OUT
Since Hadif baby lagi, kami sekeluarga tak pernah tinggalkan dia bila keluar berjalan-jalan. Keluar jalan-jalan untuk Hadif bukan hanya keluar makan-makan bersama family.....

(at Secret Recipe; Celebrate birthday ibu)

(at Ikea)

.....ataupun ke shopping complex

(at Queensbay Mall)

.....ataupun join aktiviti di shopping complex

(at Queensbay Mall; Pertandingan Baby Comel)

(at Queensbay Mall; Milna Promotion)

Hadif juga turut serta dalam aktiviti yang ibunya sertai.....

(at Queensbay Mall; International Babywearing Walk)

(at Bangsar Village; Bumps & Mums Weekend)

(at Taman Belia Penang; Gathering Susuibu.com)

Hadif pun turut ikut dalam aktiviti yang disertai oleh abangnya, Haziq.

(at Kulim Golf Club; Tadika Minda Cerdas Concert)

(at Kulim Perdana; Hari Sukan Tadika Minda Cerdas)

Swiming pun Hadif suka.....

(at Hotel Niko)

(at Bukit Merah)

Selain tu, Hadif suka animal.....

(at Zoo Taiping)

(at Petrosains KLCC)

(at Jualan Gudang Utusan)

Dan selalunya hari Hadif akan berakhir begini.....




Thursday, July 9, 2009

World Breastfeeding Week @ Jusco Prai

Puteri Umno Bahagian Bukit Mertajam dengan kerjasama Hospital Bukit Mertajam akan mengadakan program bersempena World Breastfeeding Week 2009.

TARIKH: 7 - 8 OGOS 2009 (JUMAAT & SABTU)
TEMPAT: JUSCO PRAI, BANDAR PERDA
TENTATIF PROGRAM:-


7 OGOS 2009 (JUMAAT)
0900am - Kempen Derma Darah & Pemeriksaan Kesihatan
1500pm - Pertandingan Bayi Sihat
1600pm - Perasmian & Penyampaian Hadiah (Pertandingan Menulis Esei & Bayi Sihat)

8 OGOS 2009 (SABTU)
0900am - Kempen Derma Darah & Pemeriksaan Kesihatan
1100am - Pertandingan Dekorasai Kek
1500pm - Klinik Memberus Gigi & Pertandingan Senyum Menawan
1600pm - Ceramah Penyusuan Ibu
1800pm - Penutupan Minggu Penyusuan Ibu

Jom datang beramai-ramai!

Wednesday, July 8, 2009

World Breastfeeding Week @ USM


MMPS (Penang Mother-to-Mother Peer Supporter) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia akan mengadakan program sempena sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu 2009.

TARIKH: 1 OGOS 2009 (SABTU)
MASA: 9.30PAGI - 1.30PETANG
TEMPAT: DEWAN KULIAH A, KAMPUS INDUK USM PULAU PINANG
TEMA: 'BREASTFEEDING: A VITAL EMERGENCY RESPONSE. ARE YOU READY?'


Semua dijemput hadir untuk memeriahkan program. Maklumat lanjut:-
Telefon: 016-4211782 (Connie Moi)
E-mel: pgmmps@gmail.com
Website: http://pgmmps.wordpress.com/

Happy Birthday Pak Ngah Maidy

Balik ke kampung Ipoh kami sekeluarga menyambut birthday Maidy, Pak Ngah Haziq & Hadif. Siap buat suprise lagi, konon-kononla....
Sementara nak tunggu orang yang raikan sampai, sibuk betul Haziq & Hadif. Anak-anak aku pula yang terlebih excited terutamanya Haziq le.



Hari tu kami makan sedap. Sate lagi....yummy! Ditambah lagi dengan Kek Coklat Pisang, adoi boleh gemok dibuatnya.



Happy Birthday Maidy. Tahun depan boleh celebrate birthday dengan baby baru, lagi bertambah meriah.





Nora & Imaan, anak sedaraku berposing dengan hadiah birthday Maidy. Nora tengah tunggu hari nak bersalin. Bertambahla lagi ahli keluargaku.

Gambar-gambar birthday Maidy