Monday, August 17, 2009

3R Nak Bagi Hadiah? Bestnye.....

Ingat tak lagi entry aku pasal e-mel dan e-mel dari 3R yang aku dapat sebelum ni. Dan hari ni, aku dapat e-emel lagi dari 3R......

Re: Contact from Aishah
From: editor@3r.com.my
To: megahasz@yahoo.com
Cc: editor@3r.com.my

Hi,

Thanks for writing, we appreciate your feed back and would like to send
something to you. May we have your postal address please?

Thank you,
Editor 3R


Wah.....bestnya dapat hadiah. Saya suke! Tak sabarnya tunggu hadiah sampai. Terima kasih 3R.


Boleh jenguk ke website 3R. Ada artikel pasal breastfeeding jugak!

Thursday, August 6, 2009

Kehamilan: 37 Minggu

Tempoh Kehamilan: 37 Minggu
Berat Badan: 71kg

Wah sekiranya dihitung-hitung aku ada lebih kurang 2 minggu saja lagi untuk bersalin. Dalam hati berdebar-debar, takut tapi gembira pun ada juga. Tak sabar nak tengok baby baru ni.

So far, berat badan pun naik dah tak banyak macam dulu. Naik skit saja. Hmm...rasanya kali takkan lebih dari masa aku mengandungkan Hadif dulu (74kg). Maybe sebab selera makan dah kurang. Tapi asyik dahaga saja. Dan biasalah bila minum banyak asyik kena pegi toilet banyak kali.

Antara perkara yang tak best aku alami sekarang ni adalah kaki bengkak. Nampak huduh sangat. Rasa ketat je bila pakai kasut. Satu lagi, bila baby bergerak mesti rasa tak selesa kat perut ni. Maybe sebab ruang untuk dia bergerak dah semakin sempit. Sian dia, meh le keluar cepat-cepat. Ibu dah tak larat ni.

Rasanya aku dah bersedia untuk bersalin bila-bila masa dari sekarang. Dah tak larat nak bawa perut ni. Dan yang paling penting dah tak sabar nak tengok baby ni lahir ke dunia. Nak sentuh, nak kiss, nak breastfeed, nak pakaikan baju yang lawa-lawa, nak....(wah banyak pulak rancangan aku).


Cuma yang aku seram sangat bila ingat saat-saat melahirkan. Sakit yang tak tahu nak diceritakan macamana sakitnya. Kadang-kadang tu boleh lupa macamana nak bernafas, nak mengucap, doa semuanya hilang macam tu saja. Nasib baik ada Huzien. Pertolongannya sangat-sangatlah diharapkan kali ni. Boleh ye Abang?

Wednesday, August 5, 2009

Birthday Huzein

4 Ogos, birthday Huzein. Kalau tak silap anniversary Faizal Ismail Hotfm pun sama tarikh juga. Aku dengar di radio pagi-pagi masa nak datang kerja. Aku tak plan pun apa-apa yang special. Cuma yang ada ini je.....


Dan malam tu kami sekeluarga ke Secret Recipe Kulim untuk celebrate. Lepas Maghrib je terus keluar rumah. So, masa sampai di sana tak ramai orang pun.




Yang happy tentulah anak-anak. Buat Secret Recipe tu macam rumah sendiri.....





Aku pun happy jugak.....


Agak-agak Huzein happy tak?



As I said before, 'Tak mampu nak hadiahkan iPhone. Tapi, kalau Abang nak anak 8 orang, boleh je.....'

Gambar celebrate birthday Huzein di Secret Recipe Kulim

Tuesday, August 4, 2009

Aduhai Isteriku

Jumpa dari e-mel lama. Sekadar untuk dikongsi bersama.....

ADUHAI ISTERIKU

Kata pujangga
Perempuan bagaikan angin
Lembutnya melenakan
Ributnya menggusarkan

Adakalanya mereka seperti ibu
Menyaji kasih, menghidang sayang
Adakalanya mereka seperti anak
Igin dibelai, minta dimanjakan
Adakalanya mereka seperti nenek
Berleter seadanya, merungut semahuannya

Namun,
Teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini
Bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka

Psst.....
Tiba-tiba isteri merajuk
Pandai-pandailah memujuk
Buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
Teliti dengan hati yang terseni
Rasional atau emosi?
Andainya emosi, belailah emosi itu
Jangan cuba dihadapkan secara rasional
Kerana si dia tak akan terdaya
Mengunyah hujah, berilah walau seribu sebab
Lengkap dengan perangkaan statistik
Atau dokumen saintifik
Berserta dengan beberapa affidavit
Dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu

Dalam situasi ini
Fikiran telah ditawan perasaan
Sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
Jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman

Masih gagal?
Cuba gunakan sentuhan
Semarakkan belaian

Masih gagal juga?
Tunggu saja rajuknya reda
Emosi isteri
Bagai riak-riak air dalam cawan
Jangan digoncang.....buat selamba
Lambat laun, gelombang akan tenang
Air dicawan akan kita minum jua

Tapi awas.....
Kalau ternyata, rajuknya berfakta
Masamnya berdata, geramnya berilmiah
Marahnya ada prima facie
Ini rajuk taraf tinggi namanya
Perlu ditangani berhati-hati
Kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima
Mengaku lalu berjanji serta berikrar
"Sayang, Abang tak ulang lagi"
Katakan "Sayang.....Abang alpa"
Bisikkan "Darling.....I lupa"
Hulurkan tangan, pinta kemaafan
Pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
Perisanya masam
Tetapi...
Kalau kena cicahnya
Enaknya akan terasa
Ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin

Arghh.....
Tiba-tiba isteri merungut
Malah kadangkala agak mengugut
Minta aksesori serta perabut
Minta Villa yang tersergam indah
Atau mahligai di lereng bukit
Sedangkan kita bukan Shah Jehan
Yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
Tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
Yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya "Seabadi permata.....segermelapan intan"
Sedangkan ditangan kita
Cuma cincin tembaga

Aduh.....
Peritnya mengukur cinta
Dalam ukuran mayam atau menimbang setia
Menerusi Bursa Saham papan utama
Kasih isteri, turun naik
Mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
Diakan dulu pilihan kita?
Semasa mekarnya
Dia dihargai, dipuja-puji
Dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita
Sudah takdir.....
Permata yang dipilih
Perlu digilap semula

Namun.....
Putus asa jangan sekali
Terimalah dia, dengan redha
Justeru isteri
Pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami
Wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
Luruskan dengan berhati-hati bertegas
Tapi jangan berkeras
Lembut tapi jangan reput

Katakan RM bukan segala-galanya
Lalu pada saat yang kudus
Setelah bersolat bersama
Bisikkanlah "Duhai isteriku.....
Marilah kita bina perkahwinan ini
Dengan cinta yang sejati
Marilah kita kutip rezeki
Dengan keringat tersuci
Kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
Padamu isteri, istanamu, di hati ini
Padamu sayang, kalung cintamu, di jiwa ini"

Puuuh.....
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
Usia meningkat kecantikan tergugat
Dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
Betis, tidak lagi bunting padi
Pipi, bukan lagi pauh dilayang
Apakah dengan itu akan berkurang cinta kita?
Jika berkurang, nyatalah cinta kita
Selama ini cinta di mata bertapak di body
Tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
Ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi
Itulah cinta sejati

Namun tidak salah
Di samping menyanjung budi
Kita merampingkan 'body'
Kalau ada kesempatan
Ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
Tapi ingat niat kerana Tuhan
Bukan kerana ingin kuruskan badan
Tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
Tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
Sama-samalah merampinkan badan
Yang terlebih dikurangkan
Jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
Apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan?

Bukan masanya lagi merenung dara
Tapi kini saat menghitung dosa
Lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
Moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
Di dunia ini dan di akhirat nanti
Itulah yang dikatakan
Hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama

Uhhh.....
Kekadang isteri mengamuk
Dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu?
Kekadang disergahnya kita
Ketika keringat masih membasah
Baru menjengah pintu rumah

Ketika itu nilailah diri
Mungkin kita berdosa dengan Tuhan
Atau bersalah dengan insan
Mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
Yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
Secara 'indirect' dari Tuhan
Hadapkanlah diri ke cermin hati
Kaji diri satu persatu
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
Nasihatkanlah baik-baik
Bukan senang nak senang
Ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
Suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
Akan mendapat pahala Nabi Ayub
Atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
Kketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri

"Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita
Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu
Dia yang membantu menjaga makan minum kita
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya?"

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
Walaupun sudah berdekad-dekad usianya

Institusi ini adalah kubu terakhir kita
Marilah kita pertahankan bersama si dia
Si diaku, si diamu
Cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber
Biar setia kita makin waja
Biarlah skrin-skrin internet atau inTranet memaparkan
Yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
Yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
Atau kad ulang tahun perkahwinan
Atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya
Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu, pada malam nanti

"Aku hanya seorang suami
Yang menerima setulus hati seorang isteri
Janji yang termeterai
Di akad nikah kita musim yang lalu
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur
Bersamalah kita harungi derita yang datang
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata
Biar kita rasa, rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya

Isteri.....
Tidak kutagih setia, sesetia Hawa
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam
Terimalah kehadiranku
Di sudut tersuci di dalam hatimu seorang isteri"


Monday, August 3, 2009

Penyusuan Menurut Perspektif Islam

Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Menurut Perspektif Islam karya Ayu Aima Yusuf ni aku beli masa Jualan Gudang Kumpulan Utusan. Harganya aku tak ingat (sebab Huzein yang bayarkan, aku main ambil je) tapi rasanya murah saja sebab bukunya nipis.


Buku ni banyak menceritakan tentang kepentingan penyusuan susu dan juga diselitkan berbagai surah dalam Al-Quran berkaitan susu ibu seperti yang selalu kita dengar/baca.....

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu" - surah Al-Baqarah, ayat 233.

Dalam agama kita dan Al-Quran pun ada disebut tentang penyusuan susu ibu. Jadi, mengapa ada yang masih ragu-ragu lagi untuk menyusukan baby mereka?

Bersedia Ke Hospital!

Memandangkan usia kehamilan dah masuk 9 bulan lebih, saya dah pek siap-siap semua barang-barang yang perlu dibawa ke hospital. Beg tu saya letak dalam kereta. Mana tau tetiba je baby bagi signal, mudah skit kerja saya. Perrgh...sungguh bersungguh-sungguh saya ni kan? Tapi saya memang macam tu, suka bersedia awal.

Antara yang saya isi dalam beg untuk dibawa ke hospital:-
KEPERLUANKU
> Kain batik
> Baju
> Sweater
> Stokin
> Maternity pad
> Nursing bra
> Tudung & anak tudung
> Keperluan diri (sikat, bedak dll)
> Tuala
> Kad hospital/buku merah
> Beg extra untuk baju busuk

KEPERLUAN BABY
> Pakaian
> Sarung kaki & tangan
> Selimut
> Lampin
> Keperluan diri (bedak dll)
> Tuala
> Tuala kecil/saputangan

Sekarang ni pun rasa tak larat sangat. Perut pun dah turun. Tapi, Dr. Fawziah kata baby belum masuk dalam salurannya. Ada lagi 3 minggu ni. Berdebar-debar hati ni....

Pedas? Tak adalah....

Hadif Syahmi dengan selambanya makan fun fries dengan sos. Dia tengok aku dengan Huzein makan dan dia pun nak try sama. Sedap pulak aku tengok dia makan. Berbeza sangat dengan Haziq yang tak boleh makan pedas lansung.






Celebrate WBW @ USM

Excited aku nak celebrate World Breastfeeding Week ni walaupun perut dah memboyot dan jalan pun ala-ala dah tak larat. Kira lambat jugala aku sampai di USM. Dahla hujan turun lebat. Pegi sana sampai salah tempat pulak. Boleh kena marah ni.....

Sampai kat tempat yang betul, Dewan Kuliah A acara untuk 1 Minute Stimultaneous Breastfeeding dah habis. Kalau sampai awal pun aku tak join sama sebab dah tak breastfeed dah. Pergi cuma nak bagi sokongan saja. Tapi, rasanya sambutan tak begitu meransangkan. Tak ramai sangat orang macam event tahun lepas di Hotel Bayview.


Huzein, Haziq & Hadif mesti boring sebab asyik dengar talk.


(Mr. Yusoff)


(Dr. Aishah)

Apa-apapun thank you sebab sudi temankan ibu ni.....


Sebelum balik ambil sekeping gambar kenang-kenangan. Tak lawa sebab perut dah melandut benar ke bawah.


Kat sana sempat say hi pada Rozy, Dayah, Shida, Debz & Tze Shin.

Insyallah, tahun depan aku boleh join 1 Minute Stimultaneous Breastfeeding dengan baby baru. Mudah-mudahan.....

Projek Terkini (Part 2)

Selepas berhempas pulak menjalankan Projek Terkini, akhirnya habis jugak aku mengira duit syiling yang ada. Jadi, diumumkan jumlah duit semuanya adalah sebanyak RM201.50 (tidak termasuk syling 5 sen, malas nak kira).

Duit tu semua aku masukkan dalam akaun Tabung Haji Haziq & Hadif. Aku tambah le skit duit aku bagi banyak lagi. Untuk aku? Tak tambah pun duit, cuma update buku saja. Lega skit bila dah settle kerja-kerja mengira duit syiling dan masukkan duit ke dalam akaun anak-anak. Aku ni biasalah, lagi tak settle kerja rasa tak selesa. Lepas ni boleh bersalin dengan aman.


Di Tabung Haji, diaorang guna mesin kira duit syiling. 3 keping duit 50sen aku kena rejek. Katanya duit palsu. Nasib baik duit 50sen. Kalau RM50 meraung le.....

Sebut pasal duit ni, aku teringat masa aku tanyakan Haziq soalan ni....

AKU: Haziq, kalau Haziq ada duit banyak sejuta, Haziq nak buat apa?
HAZIQ: Hm...nak beli aiskrim.
AKU: Tak berbaloi Haziq beli aiskrim dengan duit sejuta tu.
HAZIQ: Haziq nak beli roti juga.
AKU: Hm...yalah tu...
HAZIQ: Ibu nak aiskrim apa? Nanti Haziq belikan...
AKU: Belila apa-apa pun....
HAZIQ: Haziq beli Vanila. Untuk Abah dengan Hadif pun Haziq beli juga...



Harap-harap bila dah besar nanti Haziq tak kedekut nak 'berkongsi'. Tapi, Haziq...tak berbaloi beli aiskrim dengan duit sejuta tu tau!