Friday, October 30, 2009

Nur Kasih


Mesti ramai yang menonton drama Nur Kasih di TV3, setiap hari Jumaat. Drama ni memang favourite aku. Malah Huzein pun terjebak sama tengok Nur Kasih. Dia mana suka tengok drama-drama ni.

Dalam banyak-banyak watak dalam cerita ni aku suka dengan watak Hajah iaitu mak kepada Aidil dan Adam.



Orang lain suka hero/heroin aku suka dengan watak orang tua. Kenapa ye? Kalau aku menjadi Hajah, akulah orang yang paling bahagia dan senang hatinya dalam dunia ni. Mempunyai anak-anak yang baik, taat dan sangat-sangat menjaga hati ibu mereka. Siapa yang tak mahu? Pulak tu dikelilingi menantu-menantu yang baik-baik jugala.

Sebagai ibu, apa yang aku harapkan semoga anak-anak aku menjadi insan yang baik dan pastinya sayangkan aku. Insyallah, aku akan sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anakku.


Kalau Haziq & Hadif macam Aidil & Adam, alangkah bahagianya. Amin.....

Thursday, October 29, 2009

Cukur Rambut Alesya

Seperti biasa, lepas pusat baby dah jatuh, aku akan prepare untuk acara cukur rambut. Alesya pusatnya jatuh lewat skit dari abang-abangnya. Haziq & Hadif dalam 4 atau 5 hari dah jatuh dah. Alesya lewat skit. Tukang cukur rambut Alesya ni makcik yang sama urut aku dan cukur rambut Hadif & Haziq.

Jenuh jugala makcik ni mencukur bersih rambut Alesya sebabnya rambut Alesya lebat sangat. Tapi aku tengok makcik ni relaks je. Alesya melalak dia buat tak heran pun. Cukur sampai habis!







Inilah hasilnya. Lihat wajahku, seksikan?


Ikut sunat, rambut yang dah dicukur tu selalunya Huzein akan bawa ke kedai emas untuk ditimbang dan dikira mengikut harga emas semasa. Kali ni berat jugakla sebab rambut Alesya banyak. Kalau ikut harga emas, adalah dalam RM300 lebih. Jumlah ni akan disedekahkan.

PROGRAM PENYUSUAN SUSU IBU



PROGRAM PENYUSUAN SUSU IBU: KEMBALI KEPADA FITRAH
TARIKH: 8 NOVEMBER 2009
MASA: 8.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI
TEMPAT: 9-1 COCO DRIVE, TAMAN BANDAR SENAWANG, NEGERI SEMBILAN

PENDAFTARAN :
RM35/seorang
RM60/pasangan suami isteri
RM30/seorang untuk yang mendaftar sebelum 25 Oktober 2009

HUBUNGI :
019-6548073 (Dr Faridah Idris)
019-6532973 (Shamsul Kamal Idris)
Email: myzulfa@gmail.com

Maklumat lanjut boleh refer di sini. Yang tinggal di Negeri Sembilan, apa lagi jomla join.

Wednesday, October 28, 2009

BENEFITS OF WEARING YOUR BABY

BENEFITS OF WEARING YOUR BABY
Story and photos by JEREMY TAN

BABYWEARING doesn’t only make it easier and safer for parents to carry their little ones around, but it also fosters a closer bond between parent and child.

The Malaysian Babywearers, a local non-profit group, highligh-ted the new trend during a recent fashion show at the Little Penang Street Market to promote the benefits of ‘wearing’ one’s baby.


Its president Jess Tang explained that babywearing involved the carrying of one’s baby close to the body in a sling or some form of carrier, making it more convenient for one to go places with their young children as opposed to pushing them around in a pram.

“Besides, in a pram, the baby would only be able to see things close to the ground. By ‘wearing’ them, parents allow their babies to see the world from their point of view, at the same time giving the babies some sense of security and fostering a deeper bond between the two.” she said.

“The theme for this year’s International Babywearing Week — Close Enough to Kiss — illustrates the benefits of babywearing, they’re so close that you can just tilt your head down and kiss the baby anytime,” Tang added.

Deborah Christiansen-Lee from England was among the ‘models’ who paraded around the street market while wearing her baby, two-year-old Jack. With four-year-old Oscar by her side, wea-ring the younger sibling makes it easier for her to go about her daily routine, including shopping.

“The pavements in Penang aren’t very conducive for the use of prams and strollers, as they’re quite bumpy or inaccessible.

“So it’s a lot easier to wear the baby, which also provides warmth to him or her and allows them to get comfy and cosy,” she explained.

Earlier, Organic 5, a group set up by enthusiastic mothers with a passion for organic and baby-friendly items, delighted the crowd with an Organic Fashion Show where their young children strutted around in outfits made from organic cotton.

The young ones drew some chuckles with their adorable antics, unfazed by the attention focused upon them. Clad in outfits with earthy colours — a homage to mother Earth — they waved and curtsied to the crowd.

“Our philosophy is to introduce products that we, ourselves, believe in and promote wholesome healthy living, especially for the young ones. In short, we focus on the family to have vitality in health and be environmentally friendly,” said Nora Beh, one of the founders.

She explained that children wearing organic clothing find it more comfortable as its natural fibres provide a more airy feel.

Note: Diambil dari The Star, Sabtu, 3 Oktober 3009

Pertama Kalinya

Pertama kalinya aku ada baby girl. Yeay! Happy sangat-sangat sebab sekarang ni aku dah ada kawan. Haziq & Hadif lebih rapat dengan Huzein. Jadi, harap-harapnya Alesya akan rapat dengan aku. Dapatlah kawan untuk pegi shopping-shopping bila dia besar nanti.
Hana Alesya lahir dengan berat 3.6kg. Besarkan? Tapi mudah sangat-sangat melahirkannya. Ada kesempatan nanti aku ceritakan detik-detik kelahiran Hana Alesya. Wajahnya persis Huzein. Anak abah......


Pertama kalinya aku bersungguh-sungguh buat stok EBM. Sanggup bangun jam 2@3 pagi semata-mata nak perah susu. Kagum betul aku dengan diriku sendiri. Sekarang ni peti ais kat rumah penuh dengan EBM saja. Ada ruang skit je untuk ais kiub. Terfikir nak beli deep freezer. Tapi kena fikir ongkosnya juga dan berbaloikah beli? Tengok ni EBM aku. Walaupun tak sebanyak mana, tapi bangga jugala dengan kesungguhan diri sendiri sebab sebelum ni aku tak pernah ada stok EBM yang banyak macam ni.


Pertama kalinya aku berjaya pakai Ring Sling yang dah lama aku beli. Sebelum ni dah banyak kali aku try nak pakai Ring Sling untuk kendong Hadif, tapi tak berjaya. Usaha aku terberhenti sebab masa tu aku mengandung. Bila perut dah makin besar tak larat dah nak mengendong Hadif. Dan apabila Alesya lahir, apa lagi bermulala sesi test Ring Sling. Tak sure sangat cara pakai ok ke tak? Tapi aku rasa selesa dan Alesya pun duduk diam je dalam tu. Sampai tertido dia dibuatnya.....



Pouch pun aku try jugak pakai, buat craddle carry. Dah lama tak pakai pouch rasa macam tak betul cara pakainya. Tapi aku hantam saja. Setakat ni Ring Sling aku tak pernah pakai bawa keluar rumah lagi sebab tak confident dengan cara pemakaian. Pouch aku dah pakai keluar berjalan-jalan.


(Nota: Gambar tak cun lansung. Pakai kain batik je. Sorry ye masa tu masih dalam pantang lagi)

Tuesday, October 27, 2009

Kembali Bekerja

Hari ini merupakan hari pertama aku kembali bekerja selepas cuti 2 bulan. Sedih pulak nak tinggalkan anak. Rasa malas pun ada. Seperti dijanjikan, aku nak tunjukkan gambar puteri pertamaku Hana Alesya. Hari ni macam sibuk skit maklumlah baru start kerja. Banyak benda nak cerita tapi tunggu bila aku lapang skit ok..... So, enjoy the picture!

Gambar Alesya berusia 9 hari.....




NAMA: Hana Alesya bt. Huzein Fahmi
DOB: 28 Ogos 2009
MASA: 4.55ptg
BERAT MASA LAHIR: 3.6kg

Ni gambar Alesya dalam Ring Sling. Mata kuyu nak tertido. Masa ni dah cukur rambut dah, tapi rambut Alesya cepat betul tumbuh.

Saturday, October 17, 2009

Hari-Hari Terakhir (Stiky Mode)

Akhirnya, setelah berfikir semasak-masaknya aku mengambil keputusan, hari ini merupakan hari terakhir aku bekerja. Dah tak larat dah ni. Konon-konon nak kerja sampai saat-saat terakhir melahirkan, tapi apakan daya. Er...maybe sebab aku dah tua kot....

Jadi kalau ada apa-apa, sila tinggalkan message di blog ini ye. Ataupun:-
E-mel: megahasz@yahoo.com
Facebook: Aishah Megahasz


Nampak gayanya bersawangla blog ni selama 2 bulan. Ni gambar aku kot-kot nanti ada yang rindu...hehehehehe... Apa-apapun doakan semuanya akan selamat. Insyallah.....