Tuesday, November 24, 2009

Hana Alesya: Saya Selsema

Memandangkan sekarang ni musim hujan, Haziq & Hadif tak ketinggalan sama (entah apa-apa ayat aku ni) dapat selsema. Bila Haziq & Hadif dapat selsema, berjangkit pulak dekat Hana Alesya. Skit-skit asyik nak kiss Hana Alesya, camna nak berjangkit.

Jadi, 1st time kami bawa Hana Alesya ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Kamachi. Gambar di klinik malas nak ambik sebab sibuk nak layan anak 3 orang, mana sempat nak bergambar bagai. Yang bestnya berat badan Alesya dah 5.4kg. Wah, cemerlangnya anak ibu.

Sebelum ke klinik sempat snap gambar Hana Alesya. Tengok reaksi dia, happy ke? Nak nangis ke? Aku pun tak sure.....

Hadif Syahmi: Eee... Egham!


Hadif Syahmi sekarang ni sudah menjangkau usia 1 tahun 10 bulan. Hm...semakin besar ni semakinlah pandai cakap. Kadang-kadang geram jugak dibuatnya. Tapi jangan ingat geram kita saja, geram dia pun boleh tahan jugak!

Sekarang ni, kalau dia nak apa-apa, kita kata 'no', 'tak boleh' atau 'jangan', mesti Hadif akan cakap balik 'nak jugak!'. Sekiranya jawapan yang dia dapat still negatif, mesti dia akan kata 'eeee...egham!'. Huihs...boleh tahan. Siap geramkan kita lagi. Ni belajar dengan Haziq Fahmila ni.....

Tapi ada juga benda yang aku suka dia belajar dengan abangnya. Contohnya, Hadif dah pandai membahasakan diri 'saya' bila bercakap. Sukanya ibu dengar. Cute sangat!


Ini gambar terbaru Hadif Syahmi. Bergambar dalam car seat baru. Yang lama dah rosak (baca: rosak teruk sangat!) jadi kena beli yang baru. Mahal plak tu. Takpe duit abahnya, bukan ibunya.....

Friday, November 20, 2009

EBM (19/11/09) & Ibu Susuan

Ni gambar last EBM yang aku ambil semalam. No more ice cube, ayam, ikan dll. Cuma aku tinggalkan sedikit ruang untuk letak MLO ice pack. Runsing jugak bila tengok ruang dah semakin sempit. Nak beli deep freezer ke tak payah?


Dan dengan rasminya juga kelmarin 19 November 2009 aku bergelar ibu susuan kepada Muhammad Afiq Ahza. Ibunya ada masalah dengan EBM (EBM rosak) jadi aku dengan izin Huzein telah memberikan stok EBMku sebanyak 28oz. Mula-mula aku ragu-ragu sama aku betul-betul jadi ibu susuan sebab aku bukan direct feeding cuma berikan EBM saja. Hasil perbincangan dengan kawan-kawan di facebook, confirm aku dah jadi ibu susuan.

Sumber:
1) Artikel dari susuibu.com
2) http://baheis.islam.gov.my

Jadi dengan automatiknya Haziq, Hadif & Hana Alesya dapat saudara/adik-beradik baru. Tapi ada beberapa perkara yang aku inginkan penjelasan. Maybe aku akan refer mana-mana ustaz supaya jelas kefahaman aku. Banyak perkara yang aku tak tahu pasal ibu susuan ni.


Gambar Ahza yang dicurik dari facebook abahnya :D
Dah rupa Alesya pulak aku nengok.

Thursday, November 19, 2009

Thanks Joanne!

Aku ada masalah skit dengan pouch aku. Aku pakai saiz 22" tapi entah kenapa aku rasa ketat semacam. Sebelum ni aku kendong Hadif tak ada masalah. Sekarang, rasa susah pulak nak masukkan Alesya. Last-last kau kendong dia reverse cradle carry. Nampak pelik semacam. Tapi bolehla daripada jenuh berdukung bila keluar berjalan-jalan.


Mulanya aku nak bercadang nak test saiz yang lebih besar dengan pinjam pada Shida, tapi tetiba dia bersalin pulak. Jadi, aku tanya-tanya kat facebook aku kot-kot ada yang boleh pinjamkan aku saiz pouch 23" & 24". Seronoknya aku dapat message daripada Joanne, founder Littlepods yang dia nak beri aku pouch saiz yang aku nak tu. Yeay...seronok sangat aku.




Dia poskan aku Littlepods pouch saiz M (23") warna pink dan saiz L (24") warna light brown. Aku suka warna pink tu.

Aku sempat test dekat Alesya sekali saja.....



Lepas tu dia dah semacam sebab time tu time dia tidur, jadi dia kurang bekerjasamalah skit. Muka pun masam semacam je.


Aku sempat test saiz M saja, saiz L tak sempat. Aku nak test kedua-dua saiz tu nak make sure saiz tepat dan nanti tak lenguh bila keluar berjalan-jalan. Nantila ada kesempatan aku test lain dan ambik gambar lawa-lawa ye...

Anyway, thanks to Joanne. Thank you soooo much!

Haziq Fahmi: Graduation Concert

Seperti tahun lepas, habis je exam Haziq gigih berlatih untuk konsert. Kat rumah hari-hari melalak lagu entah apa-apa yang liriknya dibuat sendiri.

Konsert tu dibuat di Kulim Golf Club. Masa kami sampai, ramai yang dah sampai. Maklumlah hujan, dengan anak-anak lagi, lambatlah jadinya.

Pose istimewa dari Hadif Syahmi dan Hana Alesya yang tak berapa paham kenapa kami berada di situ?


Aku dijemput memberikan ucapan sebagai wakil parents untuk year 4. Alesya aku tinggalkan dalam stroller sekejap. Mulanya ingat nak kendong saja Alesya, tapi takut pulak dia meragam. Buat malu saja, dah le aku macam tak berapa bersedia. Gambar aku berucap, tak ada. Yang ada video. Malas nak letak kat sini, sebab aku rasa aku cakap merapu.

Banyak jugak show yang Haziq masuk. Masa ni tengah nyanyi lagu 'Aci Aci Bukak Pintu'

Hadif memang enjoy tengok show. Sampai nak duduk kat depan. Terpaksa Huzein berkejar ke sana ke mari. Mana nak ambil gambar lagi. Last-last gambar dia tak ada. Kesian.....

Last sekali acara penyampaian hadiah.....

Tahun ni Haziq dapat nombor 2. Beza skit saja markah untuk kalahkan Hakim (di sebelah kiri Haziq). Masa exam paper English hari tu, Haziq cakap dengan teacher dia, dia penat dan tak larat nak buat. Boleh pulak gitu.....

Tapi aku bangga jugak la dengan Haziq. Sekurang-kurangnya dia dapat BEST IN SPELL NUMBER. Dia dengan Hakim saja yang dapat. Takpe, tahun depan usaha lagi.

Last sekali sempat juga kami ambil gambar sekeluarga. Seperti biasa, tak pernah dapat gambar yang perfect. Hadif sibuk nak makan kek pulak...huhuhuhu....

Wednesday, November 18, 2009

My Nursing Cover

Pernahkan anda terfikir yang pario ini bakal menjadi Nursing Cover?


Aku pun mulanya tak terfikir jugak. Aku dah lama mengintai-intai Kedai Chomel sebab nak order Nursing Cover. Tapi aku ni biasalah, susah nak buat pilihan. Nampak semua lawa. Last-last datang idea nak tukarkan pario yang aku simpan lama (4 tahun tau) untuk dijadikan Nursing Cover. Corak pario ni pun cantik.


Pario ni aku dapat hadiah untuk contest yang aku masuk dalam majalah Pa&Ma. Tak pernah pakai pun sebab tak reti nak pakai. Pario ni sebenarnya khas untuk ibu mengandung, tapi tak mengandung pun boleh pakai jugak. Kena pandai adjust la. Brand pun hebat, Motherclub.


Jadi, atas kreativiti taukeh Kedai Chomel, jadilah Nursing Cover yang sangat ekslusif ini. Lawa tak? Aku sorang je yang ada tau. Jangan jeles.....

Tuesday, November 17, 2009

Hana Alesya: ZZZzzzZZZZZzzzz

Sudah lama perkara ni bersarang di fikiran aku. Aku pun tak sure sama ada perkara ni adalah normal, atau tidak, ataupun aku ni suka sangat risau. Bak kata Dr. Fadzilah Kamsah, 'Orang perempuan ni hobi dia RISAU. Semua perkara dia nak RISAU'.

Hana Alesya akan minum susu 5-6 botol X 3oz setiap hari semasa di rumah mak aku.

Dalam jam 6.00 petang, aku balik kerja, singgah di rumah mak untuk ambil Alesya dan Hadif. Biasanya aku akan BFkan Alesya.

Jam 7.00 malam bertolak ke rumah aku dan dalam 7.30 malam akan sampai. Jam 8.00 atau 8.30 malam aku akan BFkan Alesya sampai dia tertidur. Dan Hana Alesya akan tidur dengan nyenyaknya sehingga jam 4.30 atau 5.00pagi. Tak bangun-bangun. Aku tak sure sama ada ini adalah perkara biasa bagi baby girl sebab ini 1st time aku ada anak perempuan. Haziq & Hadif biasanya akan bangun banyak kali jugala untuk minum susu. Wah...sungguh risau hati ini. Yang merisaukan aku:-

1) Bagaimana dengan berat badan Hana Alesya? Aku takut skit saja naiknya. Pasni mesti orang kondem susu ibu. Tak suke!
2) Adakah susu aku akan mulai kering sedikit demi sedikit? Aku akan pam jugak di rumah sekurang-kurangnya sekali sebab bila Alesya tidur nyenyak sangat, mesti susu pun jadi banyak. Jadi terpaksala aku pam.
3) Kenapa macam ni? Orang tak suka anak berjaga malam. Tapi aku ni risau pulak tengok anak tido nyenyak sangat tiap malam. Baby girl memang macam ni ke? Aku ada juga cuba bagi dia minum susu bila dia ada tanda2 nak bangun (mengeliat dll) tapi digonggong saja, hisapnya tidak.
4) Er...er...risaula. Macam-macam yang risau.

Tolonglah saya........

Monday, November 16, 2009

Gimme that shopping voucher, MS READ!


Er....rasanya aku sekarang ni dah masuk kategori big size. Tapi siapa kata big size tak boleh bergaya? MS READ kan ada!

Malaysian Supermummy berbesar hati nak hadiahkan RM100 online shopping voucher di MS READ. Boleh shopping koleksi terkini MS READ, FALL INTO FASHION.

My favourite.......


Pergh....kalaulah dapat.

Tuesday, November 10, 2009

EBM (09/11/09)

Semalam aku dengan rajinnya menyusun EBM stok aku supaya senang aku nak ambil dan guna nanti. Dah siap susun, aku snap le gambar.


Hm...nampak gayanya skit hari lagi penuhla peti ais tu. Tak boleh dah nak simpan ayam, daging, ikan dll. Nak kena beli deep freezer ke?

Tuesday, November 3, 2009

Hana Alesya: 2 Bulan

Hana Alesya baru saja menjangkau 2 bulan. Seperti biasala, bila dah dah cukup 2 bulan kena bawa ke klinik untuk check up dan kena cucuk. Kadang-kadang macam boring pulak. Udah le time mengandung dulu selalu kena pegi check up. Dah dapat baby pun kena berulang ke klinik lagi..hehehehe....

Gambar Alesya berumur 2 bulan.....



Masa di klinik,

NURSE: Dah timbang ke tadi?
AKU: Sudah. 5kg
NURSE: Minum susu apa sekarang?
AKU: Susu badan
NURSE: Campur susu apa?
AKU: Susu badan
NURSE: Campurla....
AKU: Tak, susu badan saja
NURSE: Oooo...perah simpan. Susah nak jumpa macam ni...
AKU: *sengeh*
Kembang dah berbunga-bunga hati ni. Saya suke!

Aku sangat berharap dan berdoa semoga dapat menyusukan Alesya sehingga 2 tahun. Moga dipermudahkanNYA. Amin.....

Hana Alesya dengan abang-abangnya.....


Monday, November 2, 2009

Happy Birthday Haziq Fahmi

Sekejap rasanya Haziq Fahmi dah berumur 4 tahun. Maknanya dah 4 tahun aku menjadi seorang ibu.


Birthday kali ni kami belikan Haziq kek Ben 10 seperti yang diidamkannya.



Kek ni cantik sangat. Tetapi rasanya, aduhai bolehla. Asal Haziq happy sudah.....



Siap baca doa dulu sebelum makan kek.....


Tapi yang paling enjoy masa celebrate birthday Haziq ni. Jeng..jeng...jeng...nampak tak tangan siapa tu?


Hadif Syahmi le siapa lagi. Enjoy betul dia makan kek. Lebih dari birthday boy.

Hebat, Hebat.....!

Kalau langgan Astro Channel 613 (Playhouse Disney) mesti penah dengar lagu "Hebat, hebat....." Kat rumah aku tak ada channel 613 ni. Tapi kat rumah mak aku ada. Memandangkan hari tu aku berpantang di rumah mak aku, jadi Haziq & Hadif banyak menghabiskan masa tengok channel 613. Sampai naik muak dibuatnya, siang malam asyik tengok kartun saja.


Aku terbaca tentang Disney Hopla Roadshow ni dalam majalah. Jadi 17 Oktober aku, Huzein dan anak-anak pergi ke roadshow di AEON Seberang Prai (Jusco). Roadshow ni akan diadakan di.....

1. AEON Seberang Prai, P.Pinang: 16 Okt - 25 Okt '09
2. AEON Tebrau City, Johor Bahru: 30 Okt - 8 Nov '09
3. AEON Bukit Tinggi, Klang: 11 Nov - 18 Nov '09
4. Jusco 1 Utama Shopping Centre: 21 Nov - 6 Dec '09

Kalau nak tahu apa aktiviti yang ada, boleh refer di sini. Macam-macam ada!


Haziq main game. Aku kat sebelah jadi tukang sibuk sambil kendong Alesya.



Lepas main game, dapat hadiah. Tu yang teruja tu. Pastu dapat bergambar sebelah kartun kegemaran Handy Manny. Lagila teruja. Sebab tula sengih pun nampak semacam je Haziq ni.




Yang penting, Haziq & Hadif happy dan buat tempat tu macam rumah sendiri. Siap berbaring bagai.....