Thursday, December 31, 2009

Samakan?


Sekali pandang nampak macam sama. Dua kali pandang? Kwang..kwang....kwang....

Tuesday, December 29, 2009

Penyusuan Susu Ibu Dari Pandangan Islam

Artikel ini diambil dari Facebook saya. Saja nak share dan sebagai panduan kepada diri sendiri.....

Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, dia memerlukan ibunya. Bayi itu perlu diberi makanan yang diserap melalui darah ibunya semasa di dalam kandungan. Makanan ini telah ditukar dengan kehendak dan kuasa Allah kepada susu yang mengandungi semua kandungan penting dan perlu untuk tumbesaran bayi itu. Al-Quran ada menyebut tentang penyusuan ibu dan perhubungan antara bayi dan ibu susunya iaitu apabila ibunya tidak dapat menyusu dengan sebab-sebab tertentu maka ibu susu diupah untuk menyusuinya. "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu". Dari ayat di atas (Al-Baqarah:233)kita dapat pendirian berikut:

PERTAMA
Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan meyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu.

KEDUA
Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun. "Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya: dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika kedua-duanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang dapat dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut." (Al-Baqarah:233)

KETIGA
Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Di sini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas di sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu.

KEEMPAT
Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga harus mengambil alih tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuknya terus menyusu.

KELIMA
Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedu-dua ibu dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak.

KEENAM
Ibu yang tidak mampu dan tidak boleh menyusui bayinya adalah digalakkan mengupah orang lain untuk menyusui bayinya. Islam memerintahkan bapa untuk memberi upah kepada ibu yang meyusukan anaknya. Dengan cara ini, Islam memastikan anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu. Allah telah memenuhi segala keperluan bayi dan susu yang dihisap olehnya tiga hari pertama dalam kehidupan bayi.
Buah dada ibunya akan menghasilkan sejenis cecair berwarna kekuningan iaitu kolestrom yang terdapat dalam kuantiti yang kecil. Cecair ini sudah cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama kehidupannya. Tambahan pula ia membantu bayi untuk mula menerima dan mencernakan makanan yang dihisapnya. Dalam masa 24 jam buah dada ibu menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehinggalah dia mencerai susu.
Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah. Penyusuan susu ibu menjanakan perasaan keibuan dan memperkayakan sifat kasih sayang. Selain dari apa yang diperkatakan tadi, penyusuan susu ibu menggerakkan sistem penghadaman ibu untuk menghasilkan makanan untuk bayi, dengan itu juga mempertingkatkan kesihatan ibu tersebut. Penyusuan susu ibu juga boleh menolong mengembalikan ibu kepada keadaan asal (sebelum bersalin) dengan cepat dan mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari.


Artikel yang sungguh menarik. Please take note this one.....

Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah.

Jadi buatlah pilihan yang terbaik ok!

Thursday, December 24, 2009

Simpanan Untuk Masa Depan

Saya nak share macamana saya menyimpan untuk anak-anak. Adalah skit-skit, taklah banyak sebab saya bukan orang kayo. Tapi, baik ada daripada tiada lansungkan?

AMANAH SAHAM DIDIK
Semua duit raya, duit tabung dan duit yang disedekahkan kepada anak-anak akan disimpan di dalam Amanah Saham Didik. Dalam setahun tu dalam 3-4 kali sajalah saya pegi bank untuk menyimpan. Malas pegi bank sebab kena drive dan jauh. Parking pun satu masalah, nak beratur lagi. (Eh...ni citer pasal simpan duit ke pasal bank)

Antara syarat nak buka akaun Amanah Saham Didik:-
> Anak berumur 6 bulan ke atas.
> Salinan surat beranak anak.
> Salinan kad pengenalan penjaga.
> Bawa surat beranak dan kad pengenalan penjaga yang asal semasa nak buka akaun.
> RM100 sebagai permulaan nak buka akaun.
> Akaun boleh buka dengan agen yang dilantik macam Maybank, CIMB, RHB dll.
> Contoh borang macam kat bawah ni, tanda kat Amanah Saham Didik (ASD).


Bila siap, akan dapat buku warna purple macam ni.....



TABUNG HAJI
Satu lagi saya menyimpan untuk anak-anak di dalam akaun Tabung Haji. Kenapa saya pilih Tabung Haji? Sebab boleh buat potongan gaji, mudah bagi saya. Kalau nak harap saya menyimpan sendiri pada anak-anak tiap-tiap bulan, haruslah habis duit tu. Duit bila dah ada dalam tangan, pandai sangatlah nak membeli itu dan ini. Lupa nak menyimpan. Buat potongan gaji macam ni senang. Potong untuk diri sendiri dan anak-anak. Tak banyak, skit pun tak apa. Hujung tahun baru pergi update buku.

Nak buka akaun Tabung Haji senang je:-
> Boleh buka dari anak berumur sehari dan ke atas.
> Salinan surat beranak anak.
> Salinan kad pengenalan penjaga.
> Bawa surat beranak dan kad pengenalan penjaga yang asal.
> RM10 sebagai permulaan nak buka akaun.
> Cawangan Tabung Haji ada merata-rata senang bila nak buka akaun.

Isi borang ni yer.....


Kalau nak buat potongan gaji jangan lupa isi borang ni. Pastu bagi copy kat Bahagian Gaji/Payroll.


Ni dia buku Tabung Haji kalu sapa-sapa tak pernah tengok.


Untuk Haziq Fahmi dan Hadif Syahmi saya dah buka dah akaun Amanah Saham Didik dan Tabung Haji. Untuk Hana Alesya je belum, masih dalam tindakan. Leceh skit isi-isi borang ni. Insyallah, akan diusahakan secepat mungkin.

Tu sajalah cara saya menyimpan untuk anak-anak. Nak buka akaun lain rasa macam tak perlu. Lagipun apa gunanya ada akaun banyak, tapi duitnya tak banyak. Biarlah akaunnya skit, tapi duitnya berlambak!

30 Minit Yang Panjang

Setiap hari, aku sebelum ke tempat kerja, aku akan singgah untuk hantar Hadif Syahmi & Hana Alesya ke rumah mak. Kalau time cuti sekolah Haziq Fahmi akan ikut sama. Perjalanan dari rumahku ke rumah mak dalam 30 minit.

Hm... 30 minit tu kalau diikutkan sekejap saja. Masa sekarang ni berjalan cepat sangat. Tapi dalam masa 30 minit aku drive ke rumah mak aku macam-macam perkara bakal berlaku. Kadang-kadang boleh stress jugak.

Bayangkan dalam perjalanan, Hana Alesya mula merengek dan akhirannya menangis dan melalak tak ingat dunia. Hadif Syahmi sibuk nak itu, ini. Time nilah tak nak nenen dan nak bagi botol kat ibu. Time nila nak sweet. Haziq Fahmi pulak sibuk tanya itu dan ini, tunjuk itu dan ini. Wah, sungguh tak tahan. Kadang-kadang bising yang amat dalam kereta. Aku ni dahla tak cekap sangat drive.... huhuhu...

Bayangkan pergi kerja 30 minit, balik kerja 30 minit lagi. Pergh.... Tapi bukan hari-harilah macam tu. Ada masanya sunyi sepi jugak. Macam semalam, time balik. Semua terbongkang.



Wednesday, December 23, 2009

Hana Alesya: Rambutku Lebat

Satu perkara yang orang mesti tegur kalau tengok Hana Alesya adalah rambutnya. Mesti nak cakap 'lebatnya rambut' ataupun 'tebalnya rambut dia'. Memang rambut Alesya cepat tumbuh tak macam abang-abangnya. Rambut pun sama jenis dengan Huzein. Masa lahir pun rambut Alesya memang lebat sangat. Sampai cecah ke telinga. Ni gambar masa dia berumur 9 hari.


Masa cukur rambut Hana Alesya, kami cukur habis rambutnya. Botakla anak daraku itu.


Tapi rambut Alesya cepat je tumbuh. Masa dia berumur sebulan rambut dia naik sama rata, tak makan bantal pun.



Ni masa berumur 2 bulan lebih. Dah penuh dah pun rambutnya.....


Ni gambar terbaru. Nampak serabut pulak sebab dah panjang lagi rambutnya. Nak potong rasa macam tak sesuai je. Takkan nak botakkan balik?

1st Time Outing Pakai Ring Sling

Sebenarnya dah lama dah aku beli Jumpsac Ring Sling ni. Dari Hana Alesya belum lahir lagi. Aku beli masa mengandungkan dia. Konon-konon senang nak babywearing Hadif. Tapi bila kandungan dah mencecah 5 bulan aku dah tak mampu lagi nak kendong Hadif. Stamina tak cukup, semput makcik. Aku try pakai masa Piknik Geng Utara Susuibu.com. Lepas tu sekali masa dalam pantang. Lepas tu tak pakai dah sebab dah confident dengan cara aku pakai.

Masa ke Lost World of Tambun aku decide bawa Ring Sling. Sebelum ni kalau outing aku selalu bawa Pouch. Tapi masalahnya, kalau Hana Alesya tidur dalam pouch, dia hanya akan tidur dalam 15 minit saja. Aku pun tak sure kenapa? Maybe dia tak selesa, entahlah. Jadi, aku ambil risiko bawa Ring Sling. Dalam hati aku ingat, bawa sajalah. Tak cuba pakai, mana tau ok ke tak? Betul tak?

Alhamdulillah, sepanjang di Lost World, Hana Alesya 2 tidur dalam Ring Sling. Dan lama pulak tu dia tidur, dalam 45 minit ke 1 jam. Senangnya hidupku. Lega saja rasa hati ni. Lagipun sepanjang dia duduk dalam Ring Sling ni mudah bagi aku nak pegang tangan Haziq (Hadif, Huzein jaga sambil bawa beg lagi). Sambil aku jalan ngan Haziq siap boleh tolong Huzein bawa payung sebab hari tu hujan renyai-renyai. Kalau aku dukung Alesya dengan tangan, payung tu haruslah Huzein kena bawa sendiri.

Mesti ada yang tanya, kenapa susah-susah nak dukung. Bawa sajalah stroller. Stoller? Sorry, tak best. BACA KENAPA STROLLER TAK BEST. Lagipun kawasan macam Lost World tu ada sesetengah tempat tak sesuai bawa stroller. Rugila tak boleh explore habis-habisan.

So, enjoy my babywearing picture di Lost World of Tambun. I love it!








Hm, nak kata dah master Ring Sling ni pun tak jugak. Tapi dalam hati ni teringin nak beli Ring Sling baru. Kaler pink maybe.....

Lost World of Tambun


Mulanya aku dengan Huzein rancang nak ke Cameron. Tapi tula last minute punya perancangan, semua hotel dah penuh dan teringat maybe strawberry dah habis dikutip orang maklumlah cuti sekolah, kami tukar plan ke Lost World of Tambun. Lost World tu dekat saja dengan rumah mertua aku. Bawa anak-anak mandi-manda kat sana. Haziq & Hadif memang suka main air, apa lagi syok sangatlah diaorang.

Memandangkan time ni cuti sekolah, orang punyalah ramai. Aku sampai rasa macam malas saja nak masuk Lost World tu. Ramai sangat orang, sampai berlaga bahu. Tapi ingat dekat anak-anak yang excited yang mandi, aku gagahi juga. Cuaca pun tak berapa elok, hujan renyai-renyai. Aku duduk dalam payung yang Abah bawa, khemah semua penuh sebab dah dibooking orang. Ada company buat Hari Keluarga dan Treasure Hunt.


Masam pulak muka anak daraku ini. Masam sebab takleh mandi sama abang-abang ke? Huzein, Haziq & Hadif enjoy mandi. Aku, Abah & Alesya tengok je diaorang mandi, dalam hujan renyai pulak tu. Tensen makcik.....




Habis acara mandi-manda, Abah decide nak balik. Mak yang baru balik dari kenduri singgah ambil Abah. Tingallah kami 5 beranak.



Bila anak-anak dah siap tukar baju, kami semua ke Petting Zoo. Masa ni hujan dah berhenti. Aku rasa okla skit, kalau tak rimas semacam je.

Petting Zoo best bagi aku sebab anak-anak suka tengok animal. Macam-macam binatang yang cute ada kat situ. Kat situ jugak boleh tangkap ikan. Timba kecil dan jaring penangkap ikan disediakan. Beria Huzein, Haziq & Hadif menangkap, tapi tak dapat pun. Ikan tu cerdik, menyusup sana-sini.




Last sekali kami naik train untuk pusing dalam kawasan Lost World. Pendek saja perjalanannya. Nak tunggu train tu sampai punyalah lama. Perhentian akhir sekali boleh tengok tiger. Masa tu ada show bagi makan tiger. Kami singgah sekejap tengok.


Masa tu Hana Alesya dah merengek nak menyusu. Aku kena bagilah, takkan nak bertindak kejam tak bagi kot heheheheh... Nursing cover ada dalam beg pada Huzein. Aku bagi sajalah dia menyusu. Tapi sempat pulak tu panggil Huzein suruh ambil gambar aku. Jangan marah ha.....



Gambar-Gambar di Lost World of Tambun

Bila Makcik Datang Berkunjung

Sebelum berkahwin, aku dengan makcik memang rapat. Sebab aku dari kecil lagi memang tinggal dengan Tok dan masa tu anak Tok yang tak kahwin lagi cuma makcik aku sorang saja. Lagipun aku tak ada adik-beradik perempuan. Jadi, kiranya makcik ni macam kakak aku jugak la walaupun pangkatnya mak sedara.

Cuti sekolah ni, makcik ada datang lepak kat rumah mak aku. Anak makcik ada 4 orang. Kalau dicampur dengan anakku, nampak selonggok saja depan TV tu. Time ni tengah concentrate tengok citer Upin & Ipin. Budak-budak, asyik le jadinya.


Dan aktiviti paling best yang selalu aku buat dengan makcik adalah MENICAH. Tau ke menicah tu apa? Menicah tu bahasa utara, tak sure tak tempat lain panggil apa. Menicah tu kira acara makan buah-buahan (selalunya mempelam, nanas, betik, sengkuang, jambu dll) yang dicicah dengan kuahnya. Kuahnya kadang-kadang buat sendiri ataupun guna kuah rojak pun boleh.

Hari tu yang ada cuma buah epal saja. Buah epal pun boleh buat menicah tau. Menicah ni sedap kalau guna buah yang masam-masam manis.


Kuahnya kami buat sendiri. Orang Kelantan panggil kuah cicah colek. Betul tak? Kuah cicah yang kami buat sendiri ni senang je resepinya. Campurkan sambal belacan, gula dan kicap. Gaul sama rata dan siap! Senang jekan?


Jemput makan semua.....


Tengok tu berebut semua makan. Haziq tak join sama sebab dia memang tak suka makan buah. Hadif tengah tido masa ni, kalau tidak dia mesti join sama. Aku? Join samala. Mana boleh terlepas. Sedap woooo......

Monday, December 21, 2009

Hana Alesya: Saya Dah Pandai Meniarap!

Yeay, Hana Alesya dah pandai meniarap! Awalnya risau jugak sebab rasa macam lambat dia meniarap. Haziq dan Hadif dulu 2 bulan lebih dah boleh meniarap. Alesya sibuk nak tido je, aku pun risau jugakla. So, pada usia 3 bulan lebih Hana Alesya dah boleh meniarap. Gambar-gambar ni adalah gambar 1st time Alesya meniarap. Kalut je aku ambik kamera sebab nak ambik gambar dia. Syoknye tengok dia meniarap!





Cepat-cepat pandai berjalan. Boleh ikut Ibu pegi shopping :P

EBM (15/12/09)

Setakat 15 Disember 2009 inilah stok yang ada.....


Terpaksa susun rapat-rapat. Tupun ada hati nak letak tupperware yang berisi ayam. Karang orang kata aku tak memasak lansung kat rumah pulak. Ops, tu belum termasuk stok EBM kat bahagian tepi pintu peti ais ye tuan-tuan dan puan-puan.


Memandangkan dah penuh sangat, aku kadang-kadang rasa malas pulak nak buat stok. Tapi kena ingatkan diri sendiri juga, jangan malas-malas mengepam. Aku simpan skit kat bahagian bawah sebab dah tak boleh simpan kat bahagian beku. Dalam otak masih terfikir-fikir wajarkah beli deep freezer (berapa lama mau fikir da.....?)


Cuba tengok label kat botol susu tu. Pukul 1 pagi ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Pergh..... aku tak sangka aku begitu rajin sekali bangun tengah malam buta mengepam. Itulah pengorbanan yang aku kena buat bila bertekad nak menyusukan Hana Alesya.


Tapi ramai lagi yang masih berdolak-dalih untuk menyusukan anak mereka. Macam-macam alasan yang ada. Anda bagaimana?

Thursday, December 10, 2009

Mr. Bee

Jom aku perkenalkan Mr. Bee. Mr. Bee ni adalah penenang di kala aku drive bawa anak-anak. Asalnya Mr. Bee dibeli untuk menenangkan Hadif Syahmi dalam perjalanan. Sekarang ni diperturunkan pada Hana Alesya pulak.


Perjalanan dari rumah aku ke rumah mak mengambil masa kira-kira 30 minit. Kalau Huzein bawa 20 minit je. Aku ni tak teror macam dia, so ambil masa lama skitla. Dalam masa 30 minit tu macam-macam boleh jadi. Kalau anak tido nyenyak, tak meragam tenanglah aku drive. Tapi, kalau tetiba saja melalak tak tentu pasal, aku pun gelabah. Silap-silap boleh masuk longkang dibuatnya.

Nasib baik ada Mr. Bee ni. Boleh layan anak-anak sekejap time aku drive. Mr. Bee ni bagus sebab masuk dalam kategori soft toys, anak-anak gigit pun tak ada masalah. Selain tu nak cuci pun senang, masuk je dalam mesin basuh dan jemur. Lagi satu yang aku suka, Mr. Bee ni cute. Cutekan dia?


Tapi, walaupun dia cute, kadang-kadang masih tak mampu menjadikan Hana Alesya tenang dan senang duduk dalam car seat. Stress tau.....