Monday, January 18, 2010

Nursing Room

Saya tak suka dan kadang-kadang stress juga kalau mengepam di dalam surau. Ada yang faham kenapa saya terpaksa mengepam susu. Tapi bila ada yang tidak paham, memandang saya dengan muka yang pelik, ditambah dengan gelak-gelak kecil, oh.... geram ada, sedih ada dan kadang-kadang malu pun ada. Jadi, production saya pun malu-malu nak keluar.

Bila difikir-fikirkan balik, saya bernasib baik kerana masih boleh mengepam susu di surau. Bayangkan mereka yang terpaksa bersusah payah mencari tempat untuk mengepam & lebih menyedihkan lagi terpaksa mengepam di dalam toilet.

Bila keluar membawa Hana Alesya, saya mesti mencari tempat untuk menyusukan dia. Kalau terdesak sangat, saya boleh saja *NIP. Tapi, kalau ada nursing room, alangkah bagusnya. Dapat menyusu di surau pun sudah cukup bagus. Tapi ada sesetengah tempat, nama saja gah, nursing room tak ada dan suraunya di hujung alam. Lagi menyedihkan kalau surau pun tiada. Tension makcik.

Di tempat kerja saya pun tiada nursing room. (Saya nak komen banyak tapi.....)
Saya pernah tulis entry berkenaan Nurul Izzah yang menyusukan anaknya. Bagusnya kalau saya Nurul Izzah. Boleh request nursing room. BACA DI SINI.


Simply the breast: Nurul Izzah carrying her fivemonth- old baby Raja Ahmad while Rosnah is getting the baby’s attention after feeding in Parliament


Katanya.....
“I used to feel bad to have the place for myself."

Tolonglah jangan rasa bersalah. Mereka di sekeliling yang tahu tentang kebaikan breastfeeding akan faham. Tapi, mereka yang tidak paham mesti mengeji. Walaupun dia bekerja, dia masih seorang ibu, macam saya!

Sekali lagi, saya nak kata 'Bagusnya kalau saya Nurul Izzah'. Request saya mesti tak dilayan. Saya orang 'kecil'. Tapi saya kena bersyukur, sekurang-kurangnya saya ada surau tempat menumpang kasih.

* NIP = Nursing In Public

8 comments:

precious innocent said...

mesti yg gelak2 kat u tu bukan kaki tenet.. kalau ye pun, sure selalu masuk ohartis je tu... huhu..

ape kata u print article thestar tu, the tempek kat surau.. kasi org baca... kalau ada org baca article tu sambil pandang u, u just buat moka toya je...

-mama emma®-

Afne said...

afne tak paham knp msh ada segelintir org menganggap mengepam/memerah/breastfeed ni satu benda yg pelik/menyusahkan.

afne dulu pun camtu.. segan2 turun naik corporate office semata2 nk tumpang fridge. kadang tumpang HR punya. alhamdulillah skrg office dh ada fridge sendiri so semua tau susu tu sapa punya.

skrg ni afne mengepam 2 sesi di office. pg dlm surau (selesanya) & ptg dlm server room (kadang bergilir dgn staff lelaki yg solat dlm tu). ptg tak pam dlm surau sbb org bersilih ganti keluar masuk memandangkan 80% staf di sini ialah pompuan. bkn malu tp tak selesa.

ninarif said...

benda baik, jangan malu aishah.. kasihanilah mereka yang x faham dan tak mau faham..

gurau je dgn depa.. "mai la join!".. kadang2 nina ajak depa "jom, nina nak gi main t***k (isy x senonoh betul ibu muhammad ni)..

nina dulu masa stress kerja,susu kurang, menyorok di dlm pantry, sandarkan kerusi belakang pintu takut org lelaki masuk, mintak balik kejap between classes untuk hantar stok. Pengetua siap nasihat lagi.. ajar la pakai susu tin.. tapi dia bagi jugakla keluar..

don't worry aishah, Allah knows..and that matters..

Aishah Megahasz said...

Dan perbincangan dalam facebook menerima satu maklumbalas yang sungguh menyedihkan "orang buat building office untuk kerja bukan untuk nursing" Pergh....

precious innocent said...

in that case xleh nak argue, melainkan kat same building tu ada smoking area.. if yes, boleh buat petisyen tu...

-mama emma®-

Dayah said...

dah baca entry nursing room di ofis saya.soh la Institut termaju tu buat satu..heheh

http://imtiyazs.blogspot.com/2009/02/nursing-room.html

Aishah Megahasz said...

Dayah, ala...susahlah. Ni dah bertikam2 pasal nursing room ni (bertikam lidah jela :P)

m@Ri@ said...

kt tempat maria ada nursing room tp ramai sgt mak2 so mcm berebut gak nk guna..atau tumpang pinjam bilik lain utk pam..