Monday, January 4, 2010

Permulaan Yang Baik

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU. Hm... mesti ada yang pelik, kenapa saya menggunakan kata ganti diri sebagai 'saya' dan bukannya 'aku' seperti biasa. Tahun ini tahun baru dan saya mahu melakukan sesuatu yang baru. Lagipun, insyallah tahun ni Haziq Fahmi bakal pandai membaca. Saya selalu melarang dia bercakap membahasakan dirinya 'aku'. Saya selalu tunjukkan dia blog saya. Dulu mungkin dia tak pandai membaca, cuma melihat-lihat gambar saja. Tapi akan datang, mesti dia akan komplen kenapa ibu cakap 'aku'? Saya harap ini adalah permulaan yang baik untuk saya berubah.

Menjelang tahun baru,saya mendapat khabar yang sangat gembira. Gred jawatan saya telah dinaikkan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. Saya anggap ini adalah rezeki anak-anak. Dah lama sangat saya tunggu sampaikan dah malas mengharap. 2010 tertunai juga impian saya tu.

Dan.... sesuatu yang tak disangka. Saya menang Snuggbaby 1st Anniversary Blog Giveaway. Pengsan, sebab rasa tak percaya. Happy sangat! Selalu mengidam nak beli produk Snuggbaby, tapi tak terbeli-beli. Akhirnya saya dapat free. Thanks to Liza.

Permulaan tahun baru yang baik bukan? 2009 ada yang menyedihkan (saya kehilangan abah. Alfatihah...), ada yang menggembirakan (saya dikurniakan baby girl, Hana Alesya) dan ada yang membahagiakan (perkahwinan saya sudah mencecah 5 tahun). Saya harap 2010 lebih menceriakan hidup saya. Azam tahun baru? Maaf, saya tak berazam apa-apa untuk tahun ini. Cuma mengharapkan yang lebih baik dalam segala hal. Doakan untuk saya.

No comments: