Wednesday, February 17, 2010

Day 1: Padang Besar

Cuti Tahun Baru Cina saya sekeluarga bersama mertua dan adik ipar berjalan sakan. Dari Kulim kami check-in hotel di Alor Star. Kemudian kami ke Padang Besar. Dah lama rasanya saya tak ke sana. Borong sakan? Hm...tak juga. Yang pasti semua dapat bahagian masing-masing.


Bagi Haziq dan Hadif shopping tak penting. Yang penting dapat beli mainan. Dari awal sampai, nampak saja belon buih ni, bising suruh saya dan Huzein belikan. Last-last dapat juga mereka. Asyik benar main, dekat kawasan orang ramai pun sibuk nak tiup.


Saya seperti biasa, mengendong Hana Alesya. Saya pakai JumpSac Orbit SSC. Saya ada bawa Mei's Mei Tai tapi tak pakai sebab nak cepat. Saya sungguh beruntung sebab kenal dunia babywearing. Kalau tidak, mahunya lenguh tangan dukung Hana Alesya. Tempat macam kompleks membeli-belah di Padang Besar ni adalah sangat tidak sesuai bawa stroller. Siapa yang sanggup usung stroller ke tingkat dua? Kalau ada, gigih betulla orang tu.



Habis shopping kami singgah solat di masjid dan meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis. Makan sedap dekat situ. Order ketam tak hingat dunia, penuh pinggan. Tapi bagi saya ketam masak cili di Juru, Pulau Pinang adalah paling sedap. Lain tempat tak boleh lawan.



Suka je si Hana Alesya ni. Perut kenyang, kami balik semula ke hotel di Alor Star. Anak-anak terbongkang tidur. Saya ingat nak nonton movie di TV. Tapi saya pun letih dan join anak-anak tidur sama. Termasuklah Huzein Fahmi.

4 comments:

sue said...

babywearing jenama apa tu ekk?

Aishah Megahasz said...

Yang ni JumpSac punya SSC. Lawakan?

http://www.jumpsacbaby.com/

Hana Seman said...

Aishah..
CNY gi Padang Besar, tak cekik darah ker peniaga kat situ..

Aishah Megahasz said...

Hana, susahla jugak nak mintak diskaun. Tapi tak beli barang banyak pun. Saja bawa mertua dan adik ipar jejalan.