Wednesday, February 17, 2010

Day 2: Pekan Rabu & Batu Feringgi

Lepas sarapan, kami semua ke Pekan Rabu. Ini adalah kali pertama saya ke sini. Kalau nak shopping kuih tradisional, barang-barang keperluan rumah (belacan, asam jawa dll), baju tradisional di sinilah tempatnya. Pendek kata, macam-macam ada.

Saya cuma beli sedikit makanan (kerepek, keropok, kuah rojak & dodol). Yang lain-lain malas nak beli. Lagipun kami tak lama di sini. Panas dan penuh sesak dengan orang ramai. Maklumlah cuti umum, ramailah yang datang shopping. Dan sekali lagi, saya sangat-sangat berterima kasih pada babywearing. Saya kendong Hana Alesya dalam JumpSac Orbit SSC seperti biasa. Ada yang memandang penuh minat, ada yang pandang buat muka pelik. Saya dah biasa. Ada yang menegur kata senang dukung anak dalam tu. Ya, memang senang makcik...hehehehehe. Bukan setakat anak saya dukung, siap bawa beg lagi kat belakang.


Habis shopping kami bertolak ke Pulau Pinang. Makan di Hameediyah yang sangat famous. Lepas tu shopping di Mydin (tempat shopping kegemaran bapa mertua saya).

Kami check-in di Tanjung Bungah Beach Resort. Lepas rehat sekejap Huzein bawa Haziq dan Hadif main dan mandi di bawah.


Saya malas nak ikut. Lepas mandikan Hana Alesya, tidurkan dia. Kesian dia letih.


Malamnya kami dinner di Restoran Tarbush. Sedap betul makanan di sini. Tapi anak-anak dah buat perangai sebab mengantuk. Lagipun orang ramai sebab cuti umum dan hari tu ramai yang sambut Valentine jadi restoran penuh. Makanan lambat sampai. Anak-anak meragam. Selera saya pun hilang.



Kami singgah di pasar malam Batu Feringgi. Saya memang suka jalan-jalan di sini. Boleh shopping! Tapi Hadif Syahmi dan Hana Alesya dah tertido. Malasla nak jalan lama-lama. Saya tak kisah, sebab saya boleh kendong Hana Alesya. Cuma saya takut Huzein bising sebab dia kena dukung Hadif yang terlentok lena. Tula, orang suruh bawa Angelpack tamau...huhuhuhu

Saya kata pada Huzein, saya teringin nak beli baju ni. Tapi mungkin dia tidur tak lena 3 malam kalau saya pakai baju ni. Bukan sebab saya seksi. Bukan, bukan.... Sebab dia terkejut bila ternampak lemak-lemak saya terbojol keluar kalau pakai baju ni...hahahahaha

2 comments:

Hi !! I'm Bulan .... said...

cantik la you punyer JumpSac Orbit SSC..wish to own one nanti. =)

Aishah Megahasz said...

Bulan (cutenya nama): Salam. Hm..memang cantik tapi dah jual sebab ada banyak sangat SSC, nak beli Mei-Tai pulak. JumpSac buka order pada 10orang untuk Orbit SSC ni. Terjahla facebook JumpSac. Maybe ada peluang lagi kalau tak cukup 10.